Esok, 15 September 2018, pelakon Datuk Rosyam Nor tawarkan harga belian ayam seekor cuma RM0.88 sen di pasaraya miliknya, ST Rosyam Mart. Mak-mak tentu teruja dengan berita inikan.
Jualan murah yang ditawarkan ini untuk barangan tertentu dan mengikut hari tertentu. Bagi nak mendapatkan harga belian semacam itu, peminat perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pasaraya ST Rosyam Mart.
Seperti yang dikongsikan Datuk Rosyam sendiri di dalam instagramnya, “Sale ini akan berlangsung dari 15 hingga 23 haribulan September 2018
.”“Nak dapatkan ayam harga RM0.88 sen itu, pelanggan perlu datang pada 15hb dan 19hb. Datang pagi-pagi, daftar dan isi borang untuk dapatkan kad ahli percuma.”
“Saya akan berada di sini hari Sabtu ini dari pagi sampai ke malam. Sesiapa yang nak beli buku saya dan yang nak bergambar pun boleh.” Kongsi usahawan ini yang bersedia melayan para peminatnya.
Jelas Datuk Rosyam lagi, pelanggan yang belum mempunyai kad ahli ST Rosyam Mart. Mereka boleh mendaftar secara percuma dari 15hb hingga 20hb September 2018 ini.
Selepas itu, barulah pelanggan boleh membuat belian barangan pada harga sale yang ditawarkan seperti yang disenaraikan dalam katalog pasaraya berkenaan.
Tambah beliau, setiap barangan yang dijual murah telah ditetapkan hari jualannya. Jadi pelanggan tak perlu berebut. Malah memudahkan mereka merancang jadual shopping masing-masing.
“Jangan esok semua rushing-rushing. Sale barang kita ikut hari.” tuturnya yang turut berdebar sama menerima kehadiran pelanggannya pada esok hari.
Pendaftaran kad ahli secara percuma itu akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lupa bawa kad pengenalan kerana ia diperlukan semasa proses pendaftaran.
Yang menariknya, pasaraya Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur ini dibuka 24 jam kepada para pelanggannya. Selain jualan ayam murah, Rosyam juga tawarkan belian mi dan kuetiau pada harga RM0.18 sen. Serta barangan lainnya pada harga diskaun.
Penting untuk mak-mak rujuk katalog ini, sebab offer barang murah itu ditawarkan mengikut hari tertentu. Jadi rancanglah belian mak-mak agar tak bersesak-sesak nanti.
Sumber/Foto : Rosyam Nor, Instagram #STRosyamMart