Rosyam Nor nak seret hakak kaki fitnah ke mahkamah, gara-gara isu cerai Fattah Amin – Fazura. Penerbit juga pelakon Datuk Rosyam Nor nyata berang dengan tindakan dua individu yang memuat naik satu pernayataan tidak benar mengenai kes perceraian Fattah Amin dan Fazura.
Disifatkan satu kenyataan aib dan buat fitnah, Rosyam Nor dalam satu perkongsian di instagramnya dilihat agak berang dengan kenyataan yang tidak keluar dari mulutnya tapi dibuat seolah-olah dirinya mengeluarkan kenyataan tersebut. Bahkan kenyataan itu dilihat cuba melaga-lagakan sesama artis.
Antara kenyataan yang disiarkan di akaun Tik Tok @hakakiela dan satu lagi akaun facebook Fazella Nazeera yang mengaku berada di situasi ketika Rosyam membuat penyataan tersebut.
Hal ini membuatkan Rosyam berang dan tak akan teragak-agak mengheret kedua-duanya ke mahkamah kerana berkongsi fitnah yang jelas mengaibkan ini mengenai isu perceraian Fattah Amin dan Fazura.
“POKET KENA TEBAL.
“Fattah patut tahu dari awal, dengan siapa dia nikah,aku dah tegur dulu….Rosyam Nor. Sekarang dia tak nak kau. Sebab apa? Sebab dia dah ada semua yang kau tak ada. Kau buat salah sikit je, dia humban kau tahap hina.
Sebaik Rosyam memuat naik keberangan ini, akaun Tik Tok @hakikiela dilihat tidak lagi berkongsi kenyataan tersebut (mungkin sudah menurunkan kandungan tersebut). Begitu juga akaun facebook Fazella Nazeera juga sudah tiada termasuk menghadkan komen netizen di akaun media sosialnya.
Apa pun jika Rosyam Nor mengheret dua individu ini, ia jelas memberi pengajaran kepada netizen agar tidak memandai-mandai berkongsi kisah tidak tepat lagi selepas ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Datuk Rosyam Pesan Jangan Buat Wakaf Dosa Menfitnah “Kalau Netizen Nak Buli, Memang Tak Kisah Pun. Ia Tak Jadi Kudis”
Shuib Menang Kes Saman, “Ini Pengajaran Untuk Kaki Fitnah…”
Siti Nordiana Setuju Selesai Kes Saman Fitnah RM2.5 Juta Secara Baik Terhadap 5 Sahabat
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE