Rossa dedah sebulan tak tinggal sebumbung dengan Shuk Sahar akhirnya tekad untuk bercerai.
Begitulah pendedahan yang dibuat oleh Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali dengan panggilan Rossa Sera yang juga isteri kepada pelawak Shuk Sahar tentang rumahtangga mereka yang sebelum ini diketahui umum sudah retak.
Rossa Dedah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Shuk
Perkongsiannya menerusi petikan dari Harian Metro, Rossa menerangkan dia dan suami sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan mengambil keputusan untuk menfailkan perceraian.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga sudah tidak boleh menahan sabar dengan sikap curang suaminya lalu nekad untuk bercerai.
“Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.
“Orang Luar Berkongsi & Bertanya Kepada Saya”
“Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat? Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.
“Dia suka memanipulasi dan itu membuatkan saya sering memaafkannya. Apabila terbongkar begini, orang di luar sana yang berkongsi dan bertanya kepada saya,” ungkapnya seperti mana yang dilaporkan.
Ads
Kali Ini Tegas Dengan Keputusan Hendak Berpisah
Pasangan yang bernikah pada 20 Disember 2015 ini kisah mereka menjadi hangat apabila Rossa membongkar kecurangan suaminya menerusi platform media sosial.
Namun Rossa telah memaafkan suaminya, takdir penentu segalanya mahligai mereka terus dilanda badai apabila Shuk ditangkap curang.
“Apa yang penting kali ini saya tegas dengan keputusan untuk berpisah. Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja. Tempoh sebulan berjauhan ini memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih mendalam.
“Keluarga juga tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana apa pun keputusan terletak di tangan saya. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat,” luah Rossa yang juga sebelum ini tidak menafikan dakwaan suaminya curang bersama wanita lain di Pulau Pinang apabila diajukan persoalan itu oleh netizen di akaun Instagramnya.
Ini bukan mengharapkan anak lelaki buat kerja-kerja rumah dan memasak sepanjang hidupnya, tetapi menjadikan dia manusia yang serba boleh. Dia boleh menukar tayar, boleh memanggang daging, mencuci pakaian, memotong rumput di halaman rumah dan sebagainya.
Nak tahu cara mudah nak mendidik anak lelaki biasa dengan semua kerja rumah ini macam mana? Semak perkongsian daripada doktor Taufiq Razif ini…
Biasakan Anak Lelaki Buat Kerja Rumah
Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.
Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!
Niat dah baik tapi caranya tu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!
Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi.
Sebab tu la :
+ jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
+ kena berani suruh anak lelaki buang sampah
+ kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
+ kena biasakan anak lelaki memasak
+ kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata
Ini semua adalah persediaan hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.
Taufiq Razif
Bapa yang percaya anak takkan bertukar pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau ikutkan sibuk kerja, memang kebanyakan mak ayah tak ada masa nak melayan karenah anak-anak 24 jam. Sudahnya anak membesar tanpa sedar, tahu-tahu semua dah berjauhan dan masing-masing pandai berdikari.
Sudahnya, kenangan apa yang anda ada? Itulah yang diluah oleh saudara Amir Syahir di status facebook miliknya baru-baru ini, sebelum terlambat eloklah mak ayah betulkan mana yang silap.
Bonding Time Dengan Anak
Anak biasanya lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Sebab selalunya ibu lebih punya banyak masa dengan anak berbanding ayah. Tapi, sesibuk manapun kau bekerja, jangan lupa cari masa untuk anak.
Memang kau kerja sebab nak cari duit untuk anak isteri kan. Tapi, tak guna juga kau punya banyak duit tapi kau jauh dengan anak. Anak bila tengok kau pun menangis. Kau nak ke macam tu?
Anak dekat dan rapat dengan kita sampai umur 12 tahun je biasanya. Dah masuk sekolah menengah, lepastu tinggal di asrama, biasanya diorang akan lebih rapat dengan kawan-kawan.
Masa tu kau tanya dia sepatah dia pun jawab sepatah lah. Dah kau ajar dan tak layan dia masa kecil dengan baik. Kau jangan marahkan dia jika dia bersikap kurang ajar masa tu. Kau yang selalu mematahkan semangat ingin tahu dia.
Jangan biarkan dorang membesar tanpa ada kenangan indah bersama kau.
Setiap Kali Hujung Minggu
Hari minggu bawalah keluarga kau jalan-jalan. Berkelah di tepi pantai atau lepak dekat air terjun ke. Luang masa berkualiti dengan keluarga. Dah hari bekerja kau sibuk je manjang. Hari minggu, utamakan keluarga.
Kalau anak suka menyanyi, luangkan masa dengan dorang kat rumah nyanyi sama-sama. Kalau anak suka jalan-jalan tepi pantai, bawak la dorang jalan-jalan tepi pantai. Boleh main bina istana pasir ke.
Takpun, kau ajak anak kau berkebun belakang rumah, ajak basuh kereta sama-sama. Memang suka la dorang main air tu. Ada juga kenangan kau dengan dorang nanti.
Masa makan, biar makan sama-sama. Masa tu kau nak tanya aktiviti dorang di sekolah. Bantu dorang buat kerja sekolah. Jangan asyik duk layan drama ngarut je.
Elak Bercinta Dengan Gajet
Tetapi ingat , masa kau luangkan masa dengan keluarga, jangan pegang telefon pintar kau tu. Simpan sekejap. Off semua gajet. Kalau kau keluar dengan dorang tapi mata masih kepada telefon pintar, tu bukannya bonding time namanya.
Telefon pintar telah ambil masa kau. Janganlah biarkan telefon pintar ambil masa kau dengan keluarga kau. Sampai bila tak habis kalau kau nak melayan kawan-kawan kat media sosial tu. Kalau sakit demam, anak isteri juga yang kau cari.
Hargailah isteri dan anak-anak kau selagi mereka masih setia di sisi. Jangan bila mereka pergi, baru kau menyesali. Pada saat dan ketika itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak semua menantu sanggup menjaga mentua yang sakit. Lebih-lebih lagi bila mana sebelum ini, diri bukanlah menatu pilihan. Jangan berkira, mentua umpama ibu dan bapa kandung sendiri. Baik daripada segi layanan, kasih sayang dan kewajipan yang harus diberikan tetap sama seperti ibu bapa kandung sendiri.
Namun, emosi mungkin terjejas sedikit sebanyak apabila menantu terpaksa menjaga mentua yang sakit. Terpaksa melayan kerenah yang kadang-kadang boleh menguji kesabaran menantu. Belum termasuk melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar. Jadi, apakah yang harus dilakukan sebagai seorang menantu? Kita ikuti ulasan lanjut daripada Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM),
Usah Rasa Terbeban
Perlu diingatkan, selagi kita merasakan mentua bukan ibu bapa kita sendiri, secara tidak langsung perasaan terbeban atau stres akan menjadi lebih kuat. Sebagai menantu cubalah untuk:
Pujuk hati dan memperbetulkan sikap kita bahawa mentua adalah sama tarafnya dengan ibu bapa kita sendiri.
Ujian ini berupa peluang yang Allah lorongkan untuk anda menuju ke syurga. Hilangnya ibu bapa bererti kita kehilangan saluran keberkatan, punca doa yang makbul dan satu lorong memasuki syurga. Peluang ini sangat singkat dan terhad memandangkan usia mereka sudah lanjut.
Apa yang dilakukan terhadap ibu bapa dan mentua, itulah yang akan dilakukan oleh anak-anak menantu kita pada usia tua nanti. Mudah-mudahan dengan cara ini, mereka terikut untuk sedar dan melakukan perkara yang sama terhadap kita.
Pujuklah hati untuk menganggap semua ini sebagai peluang bukannya tekanan dan bebanan.
Peranan Menantu Lelaki & Perempuan
1. Fahami fitrah orang tua yang ingin dihormati. Meskipun mereka tidak berupaya atau sakit, jangan sesekali memperlekehkan mereka.
2. Jagalah mereka seperti ibu bapa sendiri,malah, antara kita dengan mertua langsung tiada apa-apa sekatan mahupun halangan aurat yang membolehkan kita menjaga mereka sepenuhnya.
3. Perintah Allah dalam Al Quran perlu diterapkan dalam praktis hubungan kita dengan ibu bapa atau mertua.
Jangan buat muka yang menyakitkan hati mereka, jangan bercakap kasar atau kuat, sebaiknya sentiasa lembut dan dekat dengan mereka, dan bercakaplah sesuatu yang manis dan perkara yang membahagiakan mereka seperti kesukaan mereka, cerita-cerita yang ssesuai dengan orang tua dan sebagainya. (Surah Al Isra’: 23-24)
Layan mereka dengan bertanyakan pengalaman, nasihat dan jadikan mereka pakar rujuk untuk anda. Inilah yang lebih membahagiakan dan mereka rasa dihormati serta kewujudan mereka diperlukan.
Elak Pergaduhan Akibat Stres
Sebagai suami isteri, jangan sesekali kita memaksa pasangan mengutamakan keluarga sebelah pihak sahaja. Tetapi, kita perlu memulakan dengan mengutamakan keluarga pihak pasangan. Cara ini lebih mudah pasangan merasa dihargai dan terbuka untuk mengutamakan sebelah kita.
Jika isteri stres, sentiasalah berada di sebelah isteri, pujuklah dan ajaklah isteri ke tempat yang disukai seperti membeli belah, bersiar-siar dan sebagainyan dengan penuh kasih sayang.
Manakala, jika suami stres, isteri perlu bersedia berada di sisi suami dan memberi sokongan kepada apa jua keputusan dan tindakan suami dengan penuh hormat.
Memang sukar untuk mengalah tetapi penghujungnya, pengorbanan yang kita lakukan ini lebih bahagia dan stres pasangan akan hilang.
Kualiti Masa Suami Isteri Tetap Terjaga
Sebagai menantu, sudah tentu kita turut mengoptimakan masa dengan anak-anak. Begitu jugalah perlunya ada waktu untuk ibu bapa terutamanya mertua yang sakit.
Dalam suasana kesibukan di bandar, sudah tentu kita tidak berupaya untuk menghabiskan sepenuh masa bersama keluarga. Jadi, dengan mengambil masa yang berkualiti, cubalah merancang aktiviti yang menggembirakan untuk ibu bapa seperti melawat saudara mara, berjalan ke tempat yang menarik dan sebagainya.
Tetapi , jika ibu bapa mengalami masalah kesihatan, barangkali inilah masa untuk menggunakan pendapatan kerja untuk menghargai ibu bapa dengan mengkhususkan pembantu rumah semasa ketiadaan anda. Sebaiknya, jangan merungut tentang masa yang dihabiskan untuk mereka
Tip Kawal Emosi & Stres
Tidak dinafikan, stres tetap wujud pada suami isteri. Namun, cara untuk tangani juga adalah berbeza.
Jika suami stres – isteri jangan tunjuk pandai untuk cuba selesaikan tetapi lebih baik sediakan apa yang suami perlu dan biarkan suami selesai sendiri. Anda juga boleh cadangkan penyelesaian jika diperlukan.
Jika isteri stres – Suami perlu bantu isteri melayani masalah dan sentiasa berada di sisinya. Fitrah wanita, kadang kala isteri tidak memerlukan jawapan atau penyelesaian tetapi lebih kepada sokongan dn berada di sisinya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...