Romantiknya Nota Cinta Aeril buat isteri tercinta Wawa Zainal sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-10 mereka.
Pasangan selebriti itu sudah mendirikan rumah tangga selama sedekad sejak 25 Februari 2012. Ternyata banyak suka duka yang telah dilalui sepanjang tempoh itu. Seperti yang diketahui ramai, pasangan secocok ini bukan saja bergelar pelakon namun mereka juga dimurahkan rezeki dan kini bergelar usahawan berjaya.
Aeril dan Wawa yang dikurniakan empat cahaya mata sering dijadikan contoh pasangan yang sweet kerana mereka kelihatan bahagia berkongsi kisah keluarga di media sosial.
Bersempena ulang tahun perkahwinan mereka, Aeril telah memuat naik satu hantaran di Facebook miliknya. Ternyata nota cinta yang dicoret buat isteri kesayangan cukup romantik.
“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini…
“Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu. Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.
“Terima kasih sayang kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak – dipukul badai ujian.
“Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua.
“Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya. Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini.
“Terima kasih segalanya sayang..
“Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening.
“Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian. Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya.
“Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya. Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.
“Terima kasih sayang untuk semuanya…
“Kutulis ini kerana Hari ini Ulangtahun Pernikahan Kita Yang ke -10.
“Doakan hubungan kami kekal selamanya semua…” luah Aeril yang ternyata begitu menyayangi isteri kesayangan.
Pasangan ini juga dibanjiri doa dan komen terbaik untuk mereka daripada netizen.
Mingguan Wanita: Semoga Wawa dan Aeril bahagia hingga ke jannah.
Sumber Foto : Facebook Aeril Zafril dan Instagram Wawa Zainal
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en Tik Tok : tiktok.com/@mingguanwanita
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura