ROJAK MEE Hasil Tunjuk Ajar Arwah Mak, Nak Makan Buat Je Sendiri

Share

Rojak Mee ni memang ada penggemarnya yang tersendiri. Rupanya tak lah susah mana nak buat resipi ni, bila nak makan boleh buat sendiri je. Tak perlu lagi beli. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan puas hati makan satu keluarga.

Boleh cuba resipi Rojak Mee yang dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha
ini.

“ROJAK MEE”. Saya share resepi Rojak Mee yang biasa saya buat, hasil tunjuk ajar arwah mak saya dulu. Bila-bila nak makan buat je sendiri, jarang dah membeli kalau benda yang boleh dibuat. Arwah mak dulu niaga sekitar umur saya 8@9 tahun. Macam-macam menu mak jual, dari situlah hobi masak saya bermula.

Bahan-Bahan (Hiasan)

Tahu putih (goreng potong-potong)
Kentang rebus sebiji-sebiji bagi empuk (toskn potong)
Telur rebus
Taugeh,lada besar,timun
Mee kuning

Kuah Rojak:

1 paket biskut marie patah-patahkan (saya guna cap ping pong)
Kentang rebus 3 bijik ( Blend)
Cili kering, udang kering & bawang putih 3 ulas (blend)
2 sudu besar tepung jagung

Cara Membuat:

1.Tumis sedikit minyak, masukkan bahan blend masak sehingga naik minyak.
2.Masukkan air, selepas mendidih masukkan kentang yang diblend.
3.Masukkan biskut marie, kacau sehingga biskut hancur dan masukkan tepung jagung.
4. Masukkan gula, garam secukup rasa.

Kuih Rojak:

2 senduk Tepung gandum
2 sudu besar yis
Daun kucai (tak ada pun tak apa)

Cara Membuat:

1.Satukan tepung, yis, secubit garam bancuh jangan terlalu cair.
2.Masukkan kucai, perap dalam beberapa minit kemudian goreng.
3 Saya goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang-panjang. Nak goreng cara apa pon tak kisah.
selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Buat Sendiri Kuah ROJAK BUAH. Rasa Sekali Mesti Nak Makan Berkali-Kali

MW: Menarik juga resipi Rojak Mee ini. Bila teringin nak makan boleh buat sendiri je, puas hati makan. Nak buat pun mudah.

Sumber: SuiSan Aliezsha

Published by
Suhaidah Abd Wahab