RM600,000 paras simpanan ideal hidup selesa di bandar selepas bersara di bandar, PM tegas tiada lagi pengeluaran KWSP. Isu tuntutan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara isu yang menarik minat orang ramai.
Ini kerana mereka merasakan, simpanan hari tua ini adalah keperluan masa kini kerana terdesak dengan komitmen tinggi khususnya hutang-hutang yang kian bertambah selepas berlakunya kenaikan kos sara hidup. Bahkan ia menjadi bahan di arena politik apabila isu ini turut dibangkitkan hingga kerajaan memutuskan mencagarkan simpanan KWSP bagi yang layak kepada bank seperti diumumkan bulan lalu.
RM600,000 Paras Simpanan Ideal Hidup Selesa Selepas Bersara Di Bandar
Dalam pada itu, menyedari isu ini masih menarik minat orang ramai, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan, tiada lagi pengeluaran KWSP akan terjadi.
Katanya, kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan pengeluaran khas KWSP.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, walaupun tidak popular namun keputusan itu terpaksa dibuat demi masa depan pencarum.
Pengeluaran KWSP juga bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah rakyat. Langkah itu bakal memberi implikasi besar kepada pesara yang berkemungkinan tidak mempunyai wang simpanan mencukupi pada masa akan datang.
PM Tegas Tiada Lagi Pengeluaran KWSP
Untuk meredakan masalah tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat, kerajaan perlu fikirkan kaedah dan cara lain yang lebih efektif, relevan dan sewajarnya,” katanya menambah, kita perlu menerima hakikat bahawa KWSP ditubuhkan di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen demi menjaga kepentingan para pencarum KWSP selepas bersara.
Jika dibenarkan pengeluarannya, KWSP bukan sahaja lari daripada matlamat penubuhannya, malah tindakan itu boleh mengancam kehidupan pencarum selepas persaraan. Pada masa yang sama, sekiranya pencarum mengeluarkan simpanan akan menyebabkan mereka kehilangan dividen dan kesannya simpanan mereka akan semakin berkurangan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jaminan Simpanan Buat Suri Rumah, Suami Prihatin Pindahkan 2% KWSP Ke Akaun Isteri
Ah Long Dah Lama Fikir Cagar Akaun KWSP Untuk Peminjam, Iklan Berleluasa Di Media Sosial Sejak 2022
Pengeluaran KWSP, Dengarlah Suara Rakyat. Ramai Terdesak, Apa Salahnya Pertimbangkanlah- Muhyiddin
Duit KWSP Akaun 2 RM65K Licin Disapu, Wanita Diperdaya Rayuan Haji
‘Anak Dua Baru Merasa, Sebelum Ni Naik Motor Berpanas.’ Dapat Duit KWSP Beli Kereta
Bayar Deposit, Tampung Kos Renovasi RUMAH PERTAMA Boleh Buat Pengeluaran KWSP
Memetik laporan Sinar Harian, sebelum ini dilaporkan paras simpanan ideal bagi pencarum KWSP untuk bersara dengan selesa di bandar-bandar utama ialah RM600,000 bagi membiayai kehidupan selepas bersara.
Namun, laporan KWSP menunjukkan kira-kira 97 peratus pencarum berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mencapai sasaran itu di kawasan urban tersebut.
“Kita tidak mahu kejadian rakyat Malaysia terpaksa duduk di bawah jambatan atau tiada tempat tinggal selepas bersara kerana simpanan yang sepatutnya digunakan untuk hari tua telah habis dikeluarkan ketika muda.
“Wang penting selepas bersara supaya kita dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa mengharapkan bantuan serta menyusahkan orang sekeliling. Sekarang ini mungkin kita masih sihat dan masih boleh bekerja, tetapi bagaimana pada 20 tahun akan datang? Nak salahkan siapa kalau simpanan yang ada habis dibelanja.
Oleh itu, penting supaya kita memiliki sumber kewangan yang benar-benar kukuh bagi menampung kehidupan kita selepas bersara,” jelasnya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI