Siapa yang tidak teringin menggayakan sepersalinan rekaan pereka fesyen duo Rizman Ruzaini sempena Aidilfitri. Mempertaruhkan kualiti dan rekaan terbaik dalam setiap penghasilan jenama ini, RR by Rizman Ruzaini terus menjadi pilihan penggemar fesyen tempatan.
Sama seperti tahun- tahun sebelum ini, RR by Rizman Ruzaini sekali lagi menjadi perhatian melalui barisan koleksi Empress dan basic kurung pleated yang bakal melengkapkan penampilan pelanggan setia jenama ini pada pagi syawal.
Pop Up Store
Dalam meraikan peminat jenama ini, RR by Rizman Ruzaini tahun ini juga turut menyediakan lokasi RR raya pop up store RR by Rizman Ruzaini yang terletak di IOI Mall dalam memberikan pengalaman berbeza buat pelanggan mereka.
Turut menarik perhatian pastikan potongan harga sehingga 70 peratus buat produk yang dijual di pop up store RR by Rizman Ruzaini.
Ads
Berkongsi mengenai usaha ini, menurut Rizman walaupun merupakan kali pertama pihaknya menyediakan pop up store RR by Rizman Ruzaini di IOI, Putrajaya ternyata sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
“Kami memang mempunyai fizikal store di dalam pusat membeli belah ini, tetapi ini adalah kali pop up store RR by Rizman Ruzaini dibuka di lokasi ini.
“Kami akan berada di sini selama sebulan, dan istimewanya terdapat potongan harga buat koleksi terdahulu dan terbaharu yang dijual. Jadi buat mereka yang menginginkan pengalaman membeli belah yang selesa boleh datang ke sini untuk mendapatkan produk RR by Rizman Ruzaini,” katanya.
Ads
Selain itu, koleksi RR by Rizman Ruzaini juga boleh didapati di Absolut Bazaar @ Mitec, Kuala Lumpur pada 21 Mac ini.
Sokongan Peminat
Sementara itu menjadi antara pelopor pakaian syawal terutamanya kepada mereka yang menginginkan rekaan esklusif pada harga mampu milik, jelas Rizman walaupun jenama miliknya ini berbeza melalui segmen tersendiri namun RR by Rizman Ruzaini kekal menjadi antara segmen penting dalam perniagaanya.
“Saya tidak dapat nafikan sokongan yang kami terima terutamanya dari pelanggan RR by Rizman Ruzaini. Melalui perancangan yang telah kami sediakan tahun ini juga akan menyaksikan jenama ini menjalani perubahan tidak lama lagi.
Ads
“Saya yakin sudah sampai masanya RR by Rizman Ruzaini tidak sekadar menjadi pilihan pada satu-satu musim sahaja. Tetapi sepanjang tahun,”katanya.
Sementara itu tidak pernah menghampakan pelanggan setia mereka, tahun ini juga menyaksikan barisan koleksi Empress yang bakal melengkapkan penampilan penggemar jenama ini pada pagi syawal.
“Koleksi ini memang kami sediakan secara esklusif dan terhad. Inspirasinya tentunya adalah pelanggan kami sendiri, secara peribadi saya melihat mereka maharani, jadi Empress memang direka khas untuk melengkapkan penampilan mereka,”katanya ringkas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang penampilan penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti yang berhijab tatkala berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang baru-baru ini.
“Sesungguhnya Shofa dan Marwah adalah sebagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitulloh atau berumroh, maka tiada dosa baginya mengerjakan sa’i antara keduanya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Baqarah:158)
Menerusi Instagram miliknya, penyanyi berusia 48 tahun itu bersama suami dan anak-anak kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Meskipun tanpa sebarang solekan, wanita ini kelihatan anggun dalam persalinan jubah rona kelabu dan hitam serta putih sepanjang berada di Tanah Suci. Hantaran isteri kesayangan Raul Lemos itu turut disertakan bersama sepotong hadis yang berkaitan dengan ibadah umrah.
Hantaran pelantun Mencintaimu itu mengenai keberadaannya di Tanah Suci menarik perhatian umum apatah lagi ramai memuji penampilan dua beranak ini yang cantik menutup aurat.
Meskipun Ariannha Amora Lemos baharu mencecah berusia 12 tahun, namun Amora tampak begitu manis menutup aurat dengan sempurna. Bahkan, sekali imbas, Amora dilihat lebih tinggi daripada ibunya. Amora kini mewarisi bakat dalam bidang nyanyian seperti ibunya apabila kini bergelar penyanyi remaja di Indonesia.
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelawak Azmi Saat yang berkongsi berita kehamilan isteri tercinta, Nazirah Muhammad.
Menurut Azmi, Nazirah kini sedang hamil empat bulan setelah 10 tahun menantikan kehadiran cahaya mata.
10 Tahun Azmi Saat & Isteri Usaha Timang Cahaya Mata
Bagaikan kejayaan berganda, Azmi yang menyertai program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) bersama kumpulan Heart juga telah dinobatkan sebagai juara.
“Sebenarnya saya sudah mengetahui isteri hamil sejak dua bulan lalu, cuma saya tidak beritahu kepada sesiapa kerana ketika itu berasa masih terlalu awal.
“Ini pun saya beritahu kepada ahli kumpulan Heart setelah isteri saya dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.
Kandungan Kedua Selepas Keguguran
Berkongsi perkhabaran gembira tersebut, Azmi turut menyatakan ini merupakan kandungan kedua isterinya, setelah mengalami keguguran dua tahun lalu.
“Ketika isteri hamil dua tahun lalu, saya memang teruja kerana kami memang dah lama menantikan kehadiran cahaya mata.
“Bagaimanapun selepas dia mengalami keguguran, kami terima dengan hati yang terbuka dan menganggap kami hanya hidup berdua sahaja.
“Bila dapat tahun dia hamil lagi sekali, macam-macam yang saya rasakan. Ada rasa bimbang, ada rasa teruja. Namun lama-kelamaan, hanya ada rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan anak kami lahir,” ujarnya.
Rezeki Tak Diduga
Azmi juga menerangkan, 2021 cukup bermakna buat dirinya apabila dikurniakan rezeki yang tidak diduga apabila kumpulan Heart dinobatkan sebagai juara program MLS2 baru-baru ini.
“Saya anggap ini tahun terbaik saya. Saya nak ucapkan kepada Danial dan Ezad kerana mempercayai bakat saya dan memilih saya untuk menyertai kumpulan Heart. Walaupun macam-macam orang kata bila mereka pilih saya sebagai ahli kumpulan Heart, namun mereka tetap percaya dengan bakat saya dan akhirnya saya dapat membuktikan saya juga mampu buat melawak dan memghiburkan penonton,” kongsinya.
Tak Pernah Fikir Bergelar Juara Sebagai Pelawak
Malah menerusi sebuah entri di status Instagram, Azmi juga seolah-olah tidak percaya tidak bergelar juara sebagai pelawak.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
“Tak pernah saya sangka dalam perjalanan hidup akan bergelar juara sebagai pelawak. Bila fikir-fikir, inilah lawaknya.
“Terima kasih keluarga, saudara-mara, sahabat, kawan-kawan dan kenalan yang sentiasa mendoakan dan mengundi kumpulan Heart. Moga Allah membalasnya dengan banyaknya kebaikan.
“Setiap kejayaan dalam apa juga yang saya lakukan, saya selalu berharap ianya dapat membuka mata masyarakat di Malaysia terutamanya yang orang OKU seperti saya juga boleh berjaya, boleh berbakti, boleh buat apa yang orang normal mampu buat, KALAU DIBERI PELUANG.
“Ayoh, kawan-kawan senasib saya, gali kemampuan kita, cari di mana kekuatan kita, berhenti merungut dengan tanggapan masyarakat terhadap kita sebaliknya tunjukkan yang kita juga mampu.
“Saya juga mohon kepada para pemimpin, majikan dan sesiapa sahaja yang berada dengan orang-orang seperti saya, berilah kami peluang. Peluang apa sahaja sesuai dengan keadaaan kami.
“Bergaullah dengan kami, ambil tahulah tentang kami, catnalah terhadap golongan kami. Pasti banyak yang akan kalian pelajari,” luahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Syatilla Melvin tak tahu dijangkiti virus apa, tekanan muntah & cirit birit buat mata jadi merah. Pelakon terkenal, Syatilla Melvin berkongsi keadaan matanya yang agak merah menyala dan memaklumkan ianya berlaku akibat presscure muntah.
Syatilla Melvin Tak Tahu Dijangkiti Virus Apa
Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla menunjukkan keadaan matanya yang merah dikatakan akibat tekanan daripada muntah yang dikeluarkan.
Masa yang sama dirinya berkongsi, badannya jadi lembik akibat muntah dan cirit birit hingga tak mampu membalas sebarang whatsapp.
“Tilla sakit mata plus muntah-muntah. Cerry berry dah seminggu. Akibat pressure muntah, mata jadi macam ni (mata merah). Sapa pernah? Kongsinya.
Masa yang sama dirinya meminta maaf kepada siapa yang mencarinya di mana dirinya tak mampu menjawab sebarang whatsapp.
“Kepada yang mencari Tilla, mintak maaf memang Tilla tak bukak reply wasap apa pun sebab Tilla lembik xdak energy. Anak-anak pun sama. Harini baru boleh senyum sikit.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...