Rizalman Sama Sebak, Bila Permaisuri Agong Luah Perasaan Untuk Istiadat Pertabalan Agong Ke-16

30 Julai ini merupakan hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat kali ini disifatkan sebagai satu detik indah bersejarah yang akan menjadi kenangan untuk Seri Paduka berdua. Kerana, Seri Paduka akan bersemayam di atas takhta singgahsana kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.

Peristiwa ini bakal mencatat bingkisan sejarahnya yang tersendiri.

 

IKLAN

Raja Permaisuri Agong Menangis Sedih..

Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi rakaman video eksklusifnya bersama Raja Permaisuri Agong yang berkenan mencemar duli di butiknya. Beliau bertanyakan perasaan Tunku Azizah berkenaan istiadat pertabalan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ini kongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dalam rakaman video Datuk Rizalman,

IKLAN

Tunku Azizah tak dapat menahan emosi sedih, tuturnya, “Saya menangis sedih sebab ayahanda, bonda dan tuanku (ayahanda mentua) tak ada. Jadi sedihlah.”

Hati Raja Permaisuri Agong menjadi semakin sebak, “Sebab saya dan tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda dan bonda menggunakan takhta semasa menjadi Agong.”

IKLAN

Dan saya dan tuanku akan menggunakan singgahsana itu juga. Itu yang saya hiba sungguh.” katanya tak dapat menahan air mata terkenangkan ayahanda bonda yang telah tiada.

Mohon Doa Saya Dan Tuanku Dapat Jalankan Tugas Sebaiknya

Dalam pada itu, Tunku Azizah turut mohon agar rakyat mendoakan. “Doakan saya dan tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat. Dapat menjalankan kerja-kerja dan tugas-tugas kami sebagai Yang Dipertuan Agong dengan sebaiknya dan berkhidmat kepada rakyat.”

Dalam masa yang sama, Datuk Rizalman juga tak dapat menahan air mata dan sama sebak mendengar kata-kata yang dituturkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah.

Sumber/Foto : Rizalman, Istana Negara

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI