Rizalman Pernah Berniat Dirikan Kolam Renang Untuk Anak-anak Tahfiz Ini, Nyata Allah Sediakan Syurga Yang Airnya Mengalir Tenang Buat Mereka

Share

Penaung Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Rizalman Ibrahim yang juga pereka fesyen terkenal negara berkongsi rasa hati di laman instagramnya. Di pusat pengajian itulah anaknya, Umar Nail menimba ilmu. Bersahabat dengan anak-anak syurga ini membuatkan hati ayah ini begitu terkesan dengan kehilangan anak-anak tahfiz yang juga sahabat anaknya.

Saya merasa amat-amat terkesan akibat kejadian ini kerana ada di antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail, saya sendiri dan telahpun bergelar anak-anak ‘angkat’ saya selama ini. Kerana selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat. ketika meraikan apa-apa majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas

.”

Kehadiran anak-anak ini bukan sekadar memberi ketenangan dalam majlis yang dianjurkan beliau. Malahan kekayaan doa yang anak-anak ini titipkan sampai ke lubuk jiwa.

Kekayaan doa-doa mereka yang mereka sampaikan pada Allah, pada saya dan keluarga, ketulusan hati mereka, wajah-wajah suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui Al Quran, perasaan hormat mereka ketika mencium tangan saya setiap kali berjumpa dan berpisah terasa dingin syurganya.”

Pesan Datuk Rizalman Lagi

√    Pada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak-anak ini hingga ke akhir hayat beliau saya hanya mampu berdoa.

√    Pada ibu bapa anak-anak ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamuNya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yang terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini.

Saya masih ingat memberi ucapan pada malam majlis hari jadi ini dan saya tujukan khas pada anak-anak ini yang berbunyi, ‘ Keindahan malam ini dengan rangkaian tetamu yang hadir berpakaian serba putih sebegini seolah-olah seperti kita semua berada di dalam syurga Allah dan begitulah kehendaknya jika di izinkan…’

Sempat saya berpelukan dengan pengetuanya tadi, beliau berbisik ‘Maafkan saya.. ‘ Air mata kami berjuraian.

Sanggup saya bina rumah baru kami di kawasan berdekatan madrasah ini supaya anak-anak kecil ini boleh bertandang dan bermandi manda di kolam renang di rumah ini nanti. Ternyata Allah telah menyediakan bukan kolam malah kali syurga yang mengalir lebih tenang dan indah buat mereka terlebih dahulu. Bernaunglah kalian pada naungan Arash yang akan merupakan tempat yang disediakan.”

Umar Nail

Buat Umar anakanda ku, lihatlah kebesaran Allah dan fahamilah apa itu qada dan qadar. Babah masih bisa memiliki mu dan kita semua adalah pinjaman dariNya

Inilah madrasah tahfiz anak saya Umar Nail ketika sebelum melanjutkan pelajaran beliau di STIAS. Banyak nyawa terkorban akibat kebakaran subuh pagi tadi. Semoga semua roh yang terkorban ditempatkan Allah SWT pada kedudukan yang setinggi tingginya di sisiNYA. Pada semua ibubapa serta kaum keluarga saya ucapkan takziah.

Cukup terharu kerana anak-anak inilah yang selalu saya jumpa ketika menjemput mereka ketika adanya majlis berlangsung.

Sumber/Foto: Instagram rizalman71 – Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer