Tahniah MW ucapkan buat penyanyi Noryn Aziz yang telah selamat bergelar isteri malam tadi. Berita pernikahan pasangan ini memberi kejutan buat peminat seni hiburan tanahair tempatan.
Tidak ada sebarang gosip yang menular, Noryn bijak menyimpan kisah cintanya.
Menurut Noryn seperti mana kenyataan yang dikeluarkan, dia berasa sangat bersyukur.
Mas Kahwin Sebentuk Cincin
“Terlebih dahulu, dipanjatkan rasa syukur kapada Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ads
“Dengan izinNya juga, saya dan suami selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan dalam suasana yang sangat sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat seramai 30 orang jemputan semuanya. Pada malam akad nikah yang diadakan di kediaman suami saya di Bukit Damansara, dengan bermas kahwin sebentuk cincin kepada saya.
Sepatutnya Nikah 25 Oktober Namun Diawalkan
“Sebetulnya, saya dan suami pada awalnya ingin melangsungkan majlis akad nikah pada 25 Oktober ini. Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober hari ini, majlis tersebut akhirnya diputuskan untuk diadakan lebih awal. Ini kerana, kami berhasrat untuk hari bahagia mereka dihadiri oleh kaum keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat kami.
Seri pengantin Noryn begitu jelita.
Persiapan dalam Jangkamasa 24 Jam
“Alhamdulillah segala persiapan dapat dilaksanakan dengan baiknya dalam jangkamasa 24 jam dengan pertolongan padu kaum keluarga terdekat, sahabat-sahabat handal dan juga ahli “team” saya semuanya. Alhamdulillah, hajat dan keinginan itu tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah.”
Ads
“Majlis akad nikah itu juga diadakan dalam suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Saya percaya ramai yang tertanya-tanya bagaimana permulaan kepada perkenalan kami berdua. Kami mula berkenalan pada penghujung 2019 sebagai kawan kenalan perniagaan pada mulanya dan cuma pertengahan 2020 kami mulai rapat dan serius yang akhirnya membawa kami ke alam rumahtangga.
Semuanya Berlaku Sekelip Mata
“Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih. Hubungan kami benar-benar secara profesional namun suami saya banyak mendorong saya untuk lebih berjaya dalam industri seni sehinggalah lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal amat menyenangkan saya dan juga keluarga terdekat. Keperibadiannya memikat saya. Dia seorang yang sangat positif dan banyak memberi sokongan moral yang padu kepada saya dalam segala urusan bisnes saya. Untuk makluman, suami saya adalah seorang ahli perniagaan dalam industri pembangunan dan pembinaan.
“Selepas beberapa bulan kami menjadi lebih akrab (terutama sekali dalam waktu MCO bermula Mac lalu), banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya kami sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabatan kepada ikatan yang lebih suci.”
Allah Makbulkan Hajat Kami
Ads
“Pada usia saya 44 tahun dan suami 48 tahun, tiada apa lagi yang kami harapkan selain majlis pernikahan kami dirahmati oleh Allah SWT dan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua. Bagi saya adalah penting persahabatan cinta kita harus dihalalkan secara betul kerana ini bukan main-main buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah SWT telah makbulkan hajat kami ini.
“Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu, Ia amat memberi makna buat kami.
“Kepada rakan-rakan media, terima kasih atas sokongan dan doa buat kami berdua. Saya cuma berharap perkahwinan kami dapat dihormati tanpa apa apa gosip dan fitnah yang tidak diingini. Kami amat pentingkan soal privasi kami secara peribadi dan keluarga amnya,” ungkap Noryn Aziz yang begitu cantik dirias oleh Sheila Mohamad dan berbusana pengantin ciptaan Rizman Ruzaini. Selain itu Noryn juga turut dibantu stylist Tym Fatimah.
Untuk makluman Noryn pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan berpisah pada tahun 2018. Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.
Bersama anak kesayangan.
Sumber Foto: Instagram Noryn Aziz, Instagram Sheila Mohamad dan Instagram Rizman Ruzaini.
Bila mana Fasha Sandha dikatakan sombong oleh peminat yang mengajaknya berselfie, artis ini menjelaskan kedudukan sebenar.
Kata Fasha, dia bukan tidak mahu melayan permintaan peminatnya itu. Sebaliknya, ajakan berselfie itu tidak kena masanya. Malah, melibatkan soal keselamatan anak-anaknya.
Kongsi Fasha Sandha,
.
Assalamualaikum,
Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat)
Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier.
First of all, terima kasih SITI SARA di atas posting ini.
Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah , sebab fokus utama saya adalah anak-anak, BUKAN UNDI ANUGERAH.
Ingin saya jelaskan di sini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI , DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK-ANAK.
PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA, SILA HADAM JAWAPAN SAYA
Jangan GANGGU SAYA KETIKA
1. Ketika saya bersama dengan anak-anak saya, anak-anak buah saya, dan dengan anak-anak sahabat-sahabat saya, kerana TANGGUNGJAWAB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG!
2. Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan, sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut.
3. Di kaunter tiket atau access mana-mana tempat sesak dengan anak-anak.
4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA.
Ingat ya, SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU.
ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI.
Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU-RIBU dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA
Saya Ingat Awak Minta Selfie.. Saya Cari Awak – Fasha Sandha
MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya , Hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar.
Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA.
Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak-anak saya sekejap.
Lepas saya bayar dan lepas anak-anak saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA.
Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK
Terima kasih.
Mak-mak memang terasa bila harga bawang makin mahal. Dari beli bawang mahal-mahal, mungkin duit tu boleh beli keperluan lain. Bayangkan harga bawang India meningkat mendadak daripada RM5 sekilogram kepada RM10.93 dalam tempoh dua bulan ini berikutan gangguan bekalan dari negara pengeluar.
Kenaikan harga bawang besar dan bawang ros (bawang kecil) India berlaku secara mingguan sepanjang awal bulan September hingga penghujung tahun lalu. Memang masalah ini sangat dirasai mak-mak.
Harga bawang yang naik mendadak kebelakangan ni membuatkan ramai tukang masak dan suri rumah susah hati. Sebagai alternatif kepada bawang, boleh saja gantikan dengan beberapa bahan lain dalam masakan mengikut kesesuaian atau masak menu yang tak menggunakan bawang sebagai perencah. Antara yang boleh digunakan sebagai pengganti bawang (seperti dalam gambar):
1. Leek atau ada yang panggil bawang perai atau daun kucai cina.
2. Fennel atau dalam bahasa melayu Andas.
3. Chives atau dalam bahasa melayu kucai.
Contohnya macam dalam hidangan pasta yang dimasak (seperti dalam gambar), saya gunakan hirisan leek dan tak menggunakan bawang putih mahupun merah dalam menu pasta tu. Rasanya sedap juga, tak banyak beza pun. Sedap sesuatu masakan itu bukan bergantung hanya pada satu bahan, banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh digunakan.
Cuba Pelbagaikan Cara Masakan
Melainkan anda berniaga makanan yang memang menggunakan bawang dalam semua menu makanan. Itu tak dapat nak elaklah. Tapi kalau untuk masakan harian di rumah, boleh saja masak menu tanpa bawang. Banyak je resipi yang tak menggunakan bawang seperti Ayam atau daging panggang, ikan bakar, masak lemak cili padi Nismilan dan banyak lagi. Gunakan bahan perapan lain untuk rasa yang berlainan.
Another alternative, start tanam bawang sendiri. Pilihan di tangan kita kan? Don’t complicate life! Dah reda nanti, dah turun harga bawang nanti, bolehlah back to normal menu. Apa susah?
MW: Jadi mak-mak jangan risau, selain bawang merah anda boleh gantikan bawang dengan pilihan di atas seperti leek, fennel dan chives. Mungkin selama ini kita agak asing dengan penggunaan tiga bahan ini, bermula hari ini pelbagaikan bahan masakan, asalkan rasa tidak lari.
Siapa sangka Profesor Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, 46, atau mesra dengan panggilan Ustazah Nik Salida pernah tolak masuk televisyen (tv).
Dr Nik Salida sebenarnya tidak mahu dikenali dan malu “ke depan” kerana dia lebih cintakan dunia penulisan. Jelasnya, ia bukan sesuatu yang dirinya mahu lakukan pada awalnya. Hanya kebetulan sahaja.
Tolak Masuk TV Kerana Tidak Mahu DiKenali
“Minat saya adalah pada penulisan. Saya menulis di akhbar-akhbar arus perdana tempatan berkaitan pelbagai isu yang melibatkan perundangan dan masyarakat. Lama-kelamaan saya mempunyai pengikut dan pembaca setia yang mengikutinya sehingga saya ditawarkan sebagai penulis kolum tetap.
“Antara yang mengikuti tulisan saya ialah pengamal-pengamal media elektronik yang akhirnya menjemput saya ke program bual bicara di TV. Walaupun saya menolak pada awalnya kerana tidak mahu dikenali, tetapi hasil pujukan mereka dan izin suami juga, saya beranikan diri. Dan itulah permulaan penglibatan saya.
Sebagai panel jemputan Forum Perdana Ehwal Islam.
Malu Ke Depan
“Justeru, ia bukanlah ‘passion’ pada saya, tetapi tanggungjawab saya kepada masyarakat. Walaupun saya adalah seorang pensyarah universiti, pengajaran saya bukan eksklusif di dalam bilik kuliah sahaja.
“Banyak perkara yang saya ingin masyarakat, khususnya wanita di luar dari kampus tahu dan faham. Kerana itulah kita tidak boleh berkira dengan masa dan keringat yang ada,”katanya.
Semuanya Berlaku Secara Kebetulan
Setiap kali berkongsi ilmu dengan penonton dan pendengar, sudah tentulah Dr Nik Salida mahu mereka menghayati dan mengamalkan apa yang baik.
“Seringkali saya katakan, jika tidak mahu semua, ambillah sedikit, jika tidak sedikit, ambillah satu, amal dan sampaikan kepada orang lain. Mudah-mudahan, jika saya ikhlas mencari redha-Nya, saya juga akan diberikan ganjaran seperti yang dijanjikan.
“Yang penting, saya tidak mahu pendengar atau penonton berkecil hati dengan apa yang saya kongsikan walaupun isu yang saya sebutkan adalah berkaitan dengan mereka. Saya juga tidak mahu ‘menyerang’, tetapi ingin ‘menerang’.
“Kasih sayang dan rahmat Allah itu tidak bertepi, kenapa pula di antara manusia perlu ada sempadannya? Kerana kasih sayang yang melimpah ruah di antara manusialah kita mampu berkorban untuk manusia yang lain.
“Justeru, jika bukan kerana kasih sayang, saya tidak fikir ramai wanita berada di lapangan seperti saya kerana kita perlu berkorban banyak perkara, terutama keluarga,” ujarnya lagi.
Dua Kali Bersalin
Seperti mana orang lain, Dr Nik Salida juga mempunyai pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Dua kali bersalin ketika sedang lanjutkan pelajaran. Jadi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.
“Banyak perkara yang tidak dapat kita lupakan dalam hidup kita. Yang paling memberi kesan pada saya ialah cabaran dalam mengejar cita-cita dan komitmen pada suami dan anak yang baru lahir. Saya mengandungkan anak pertama sewaktu bergelar mahasiswi ijazah pertama di universiti kerana saya berkahwin sewaktu sedang belajar.
“Saya melahirkan anak secara pembedahan kecemasan kerana komplikasi akibat kedudukan bayi yang songsang. Pada ketika itu saya fikir usia saya tidak panjang, namun Allah masih berikan saya peluang hingga ke hari ini.
’Saya meneruskan pengajian selepas bercuti rehat selama 12 hari sahaja kerana ingin menamatkan pengajian segera dan meninggalkan anak kecil bersama ibu saya yang belum bersara pada ketika itu. Saya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan setiap hujung minggu untuk bersama dengan anak yang baru lahir,” cerita Dekan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia ini panjang lebar.
Sokongan dan izin suami membawa Dr Nik Salida ke kaca televisyen.
Jadi Pengalaman Yang Tidak Mungkin Dilupakan
Manakala, sewaktu menyambung pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah di United Kingdom, Dr Nik Salida mengandungkan anak ketiga. Oleh kerana ingin menamatkan pengajian pada tempoh yang ditetapkan, dirinya langsung tidak bercuti selepas bersalin.
Kedua-dua pengalaman melahirkan anak sewaktu bergelar penuntut ini banyak memberikan pengajaran kepadanya tentang kesungguhan mencari ilmu, pengorbanan suami, anak dan ibu bapa, ketepatan masa, kecekalan hati, pergantungan kepada Allah dan pengurusan diri yang luar biasa.
Keluarga adalah segalanya buat Dr Nik Salida.
Jarang Rasa Down
Tambah Dr Nik Salida, apabila kita menunjangkan setiap perbuatan kita untuk mencari redha Allah, jarang sekali akan rasa ‘down’. Walaupun dikecam, dikeji, difitnah dan dipersenda, jauh di sudut hati kita tetap rasa kitalah menang dan kitalah yang paling kuat kerana Allah bersama kita.
Tetapi sebagai manusia, dia juga tak lari daripada pelbagai macam pandangan masyarakat apatah lagi dalam dunia moden sekarang.
Menerima Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.) daripada YDPB Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz, sempena hari keputeraan baginda ke 74 baru-baru ini.
Cabaran yang dihadapi apabila berkongsi pandangan dengan khalayak yang besar ialah kita mendepani lapisan masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran dan ilmu yang berbeza.
“Sedangkan kita perlu menyampaikan ilmu yang boleh difahami sama oleh semua orang. Kita juga tidak mahu apa yang disampaikan itu menyebabkan salah faham dan perbalahan di kalangan orang awam kerana mereka menafsir sendiri butir bicara yang kita sampaikan mengikut perspektif yang mereka mahu.
“Bukan mengikut apa yang benar sebagaimana yang kita sampaikan. Hari ini, ramai orang bersuara untuk menjadi johan, bukan untuk mencari kebenaran,” luahnya.
Ketika menjalankan ibadat umrah bersama keluarga tercinta.
Tidak Suka Bergantung Pada Orang Lain
Ternyata dibesarkan dalam keluarga besar iaitu anak ketiga daripada enam orang adik beradik menjadikan Dr Nik Salida bukanlah seorang yang manja atau terlalu bergantung kepada saudara yang lebih tua.
“Dek kerana saya merupakan anak perempuan bongsu yang mempunyai 3 adik lelaki, boleh dikatakan saya adalah seorang yang lasak, suka berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain. “Kebetulan pula kedua ibu bapa saya merupakan guru dan mereka amat menyintai profesyen mereka, tidak banyak ruang antara mereka dan anak-anak, menjadikan kami cepat berdikari dan mengurus diri.
“Saya menganggap situasi itu secara positifnya membimbing kami untuk menjadi orang yang tekun, bersungguh-sungguh apabila bekerja, tidak suka membuang masa dan banyak berkorban untuk orang lain.
“Kami juga tidak banyak pilihan, kerana banyak halatuju kehidupan kami ditetapkan oleh ibubapa. Contohnya, kami hanya dibenarkan bersekolah di sekolah aliran agama yang menggunakan Bahasa Arab sebagai perantara dan lebih banyak matapelajaran agama berbanding kebangsaan.
“Walaupun awalnya terasa tidak adil untuk dipaksa begitu, tetapi akhirnya itulah perkara yang paling kami syukuri dan hargai,” ucapnya syukur.
Menerima anugerah Tokoh Khas Maulidur Rasul Wilayah Persekutuan tahun 2019.
Tidak Suka DiAngkat
“Saya tidak merasakan bahawa saya mampu memberi inspirasi kepada wanita lain, dan saya tidak suka diangkat menjadi contoh atau model ikutan kerana saya sememangnya seorang yang pemalu, tidak suka menonjolkan diri atau berada di hadapan.
“Apa yang dilihat hari ini adalah sesuatu yang berlaku secara tidak sengaja. Jika akhirnya jua saya boleh memberi inspirasi kepada orang lain, saya bersyukur,” jelas Dr Nik Salida.
Sebahagian rakan sejawat dari pelbagai universiti dan kementerian.
Menurutnya secara peribadi, dia selesa memimpin diri dengan falsafah yang mudah sahaja, iaitu melakukan apa jua amalan dan tindakan dengan cara yang paling ihsan (baik) dengan tujuan untuk mendapat redha Allah SWT.
Dalam masa yang sama, dirinya juga sentiasa mengingatkan diri bahawa sentiasa berada dalam kerugian. Masa, wang ringgit, tenaga, ilmu, apa juga yang dirinya miliki bukanlah sesuatu yang menguntungkan, tetapi merugikan.
Bersama rakan sepengajian semasa berseminar di Oxford University UK.
“Melainkan jika saya manfaatkan itu untuk mencari redha Allah. Sebab itu saya amat bimbang jika tidak menepati masa atau membelanjakan wang pada perkara yang tidak sepatutnya.
‘Begitu juga dengan ilmu, jika tidak disampaikan semuanya kepada pelajar saya sehingga mereka pula boleh mengajar orang lain, saya rasakan saya gagal menjadi orang yang tidak rugi,” katanya lagi.
Mewakili negara ke 8th Forum on business and human rights di United Nations Office, Geneva, Switzerland.
Jawatan & Pencapaian:
1. Profesor Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh merupakan Dekan, Fakulti Syariah dan Undang- Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (2021-2022)
2. Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (2016-2022)
3. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2014-kini)
4. Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2019-kini)
5. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institute of Malaysian Plantations and Commodities (IMPAC) (2021-2023) dan Ahli Lembaga Penasihat Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) (2022-2024).
6. Menulis dan menyunting beberapa buah buku mengenai isu Syariah dan undang- undang antaranya, Diskusi Syariah dan Undang-Undang (2004 dan 2005), Islam Hadhari: Rakyat Berjiwa Merdeka (2005), Prinsip Dan Pengurusan Fatwa di Negara Asian (2006), Issues in Laws and Syariah (2007) dan banyak lagi.
7. Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila telah dijemput sebagai penceramah dalam pelbagai persidangan, seperti di Universiti Oxford, Universiti Manchester, Universiti Birmingham, Universiti Keele, Universiti Nottingham di United Kingdom dan Zayed University, Emiriah Arab Bersatu.
8. Pada Oktober 2021, nama beliau tersenarai sebagai antara ‘Malaysia’s Top Civil Servants’ yang dirakam di dalam buku berjudul ‘Malaysia’s Who’s Who In The Civil Service – The Steel Backbone of the Government – Creme De La Creme’.
9. Dikurniakan Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar yang Ke-74.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...