Hiburan

Rita Rudaini “Sekolahkan” Lelaki Kaitkan Kejayaan Anak Dengan Soal DNA

Share

Rita Rudaini “sekolahkan” lelaki mulut jahat kaitkan kejayaan anak dengan soal DNA. Baru-baru ini, anak sulung Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, yang kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar (MRSM SUBES) berjaya memecahkan rekod berusia 20 tahun dalam  Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.

Rita Rudaini “Sekolahkan” Lelaki

Kejayaan  dicipta Airit Rayyan ini dilihat amat membanggakan. Apa tah lagi anak sulung kepada pelakon ini turut cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh pointer 3.99 dalam peperiksaannya.

Ramai wanita di luar sana yang bangga dengan diri Rita Rudaini yang dilihat berjaya membesarkan anak-anak dengan sempurna tanpa seorang lelaki di sisi. Dari anak-anaknya kecil, dirinya sering berkongsi momen istimewa bersama anak-anak. Tidak hanya Airit Rayyan tetapi seorang lagi anaknya, Airit Qaqa Arjuna, 13 juga dilihat sama-sama aktif dalam sukan.

Kaitkan Kejayaan Anak Dengan Soal DNA

Baru ini dilihat Rita agak emosi kerana sebuah portal dilihat sengaja mengaitkan DNA bekas suaminya yang juga seorang pemain bola sepak dengan kejayaan anak-anak dalam bidang sukan sedangkan dirinya yang bertungkus lumus membesarkan  dua anaknya seorang diri.

Tidak habis dengan isu portal ini, masih ada lagi lelaki yang bermulut jahat turut mengaitkan kejayaan anak-anaknya adalah kerana DNA. Tidak berdiam diri, Rita berkongsi komen tersebut di insta stories miliknya dan menyekolahkan lelaki tersebut.

@anasmart76 “bersyukurlah ada DNA bapak dia. Kalau tak dak DNA bapak dia, tak menjadi budak tu.

Melihat hal ini, Rita bangkit dan menyekolahkan lelaki tersebut  kerana dirinya lebih tahu dan sudah melalui jerih membesarkan anak-anak seorang dirinya. Selepas anak-anak meningkat remaja dan cemerlang dalam pelajaran dan sukan, ramai yang over claim.

Tulis Rita, ” Ooo macam tu ek. Kalau DNA bapak ko bapok, kau jadi bapok jugak la kan? Mak kau pun tak boleh buat apa sebab DNA bapak kau bapok. Correct meif im wrong.

Di insta storiesnya juga Rita turut menulis ” Tu lah..bila aku bersuara, kata aku mulut jahat.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 5 Beradik Bergelar Yatim Piatu, Sebulan Selepas Ibu Meninggal Bapa Maut Kemalangan

Suami Isteri Meninggal Dunia Kemalangan Motosikal, Bayi 8 Bulan Bergelar Yatim Piatu

Luluh Hati Nenek Cucu 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Published by
Almaswa Haji Che Ros