Pergolakan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak semakin hangat apabila aktres itu mendedahkan lagi sikap bekas suaminya itu.
Menerusi perkongsian di Insta Stories dan entri di akaun Instagram miliknya, Rita menerangkan dia tidak mempertikaikan nafkah bulanan diberi namun hanya terkejut apabila Aidil memasukkan nama dua anak di bawah penjagaan Rita bagi mendapat pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah anak umur setahun dan tiga tahun, Itulah duit perbelanjaan susu dan pampers. Sekarang dah 2021 tapi jumlah yang sama,” antara perkongsian Rita di medium sosialnya.
Malah Rita juga memuat naik beberapa status di Insta Storiesnya sejak semalam.
Seperti mana yang dikongsi di entri Instagram Rita;
“Apa saja kata-kata fitnah yang di cipta mereka utk memecah belah kan sesuatu pertalian dan untuk menutupi kejahatan mereka.
“Selama ini aku cuma ucap لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ kerana aku percaya, selemah mana aku, sehina mana aku di sisi NYA, hanya DIA yg sebaik-baik pelindung yang menjaga dan melindungi aku dan anak-anak kerana DIA yang MAHA MENGETAHUI segala rahsia-rahsia segala kebenaran,” tulis Rita.
Baca Disini Juga:
Aidil Zafuan Akui Beri Nafkah Anak-Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal Yang Ditetapkan Mahkamah
Untuk rekod, sebelum ini Rita dan Aidil bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.
Terdahulu pada 2017, semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan edah Rita daripada Aidil telah diputuskan.
Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.
Sumber/Sumber Foto: Instagram ritrud727
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita