Ramai yang menjaga kebersihan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer.-lebih lagi pada musim Covid-19 ni, bagaikan satu kemestian diletak dalam beg, mahupun ada juga ambil jalan mudah letak didalam kereta untuk mudah dibawa kemana-mana .
Pesanan buat kita jangan sengaja cecair pembasmi kuman ini dalam kereta. .Ia merupakan bahan yang berasaskan alkohol dan dalam keadaan cuaca panas dan terdedah pada suhu yang tinggi ia berisiko untuk terbakar.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. N Ganabaskaran berkata, cecair itu seharusnya disimpan jauh daripada tempat yang terdedah kepada cuaca panas atau punca api seperti rokok dan sebagainya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Ads
“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api,” katanya.
Ini kerana pernah terjadi, pintu kereta terbakar gara-gara hand sanitizer yang ditinggalkan dalam kereta dalam keadaaan cuaca panas.
Ads
Ads
MW: Jadi berhati-hati iya. Cecair pembasmi kuman ini dilihat menjadi ‘peneman setia’ kebanyakkan daripada kita dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Penting dibawa ke mana-mana dan disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan ia menjadi punca kepada kebakaran. Jangan sengaja tinggalkan dalam kereta!
Musim jerebu ni sangatlah digalakkan memakai topeng muka atau mask untuk mengelakkan debu berbahaya. Bagi anak-anak memang payah nak disuruh pakai mask. Salah satu cara kreatif yang mak-mak boleh dilakukan ialah membuat mask sendiri untuk anak. Dengan corak yang pelbagai membuatkan mereka suka dan nak pakai topeng muka ni.
Mak-mak yang pandai menjahit tu boleh cuba buat mask sendiri, ikut tutorial yang dikongsikan oleh Tukang jahit Roy Z Resources ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Tutorial mask dari Tukang jahit Roy Z Resources yang tak seberapa pandai ni.”
“Roy guna kain dua-dua cotton tak panas anak-anak pakai.Untuk ibu-ibu di luar sana nak buat untuk anak-anak musim jerebu ni.”
“Ada dua bentuk pola. Roy buat mula-mula buat bawah tu lurus je anak yang sulung tak nak dia nak yang bengkok bawah tu macam topeng orang jual tu..Itu yang buat lagi satu pola yang melengkung tu. Alhamdulillah anak suka.. ibu sanggup buat untuk anak asal kan dia pakai. Selamat mencuba…Semoga berjaya!
Bahan-Bahan:
2 keping Kain Lining
2 keping Kain Luar
2 keping Kertas Gam
2 helai getah halus getah halus (8 inci sebelah kanan 8 inci sebelah kiri)
**Potong kain ikut ukuran pola ini.
Cara Membuat:
1.Letakkan kertas gam pada kain bahagian luar.
2.Jahit macam ni pada kain luar dan kain lining, basi 1/4.
3.Jahit tindih bahagian atas macam dalam gambar.
4.Ia jadi begini, kedua-dua dijahit tindih kasih.
5. Tanda 1/2 inci keempat-empat penjuru untuk letak getah.
6. Tanda 1/2 inci keempat-empat penjuru untuk letak getah.
7. Ia jadi seperti ini.
8.Kemudian, letak bahagian luar sama bahagian luar dan letak jarum peniti pada bahagian hidung dan dagu.
9. Jahit keliling dan jangan lupa tinggalkan lubang untuk terbalikkan nanti.
10. Terbalikkan macam ini.
11. Setelah terbalikkan, kemaskan setiap bucu bagi tajam.
12. Jahit pula bahagian tepinya untuk kemaskan.
Siap!
MW: Mak-mak yang pandai menjahit, musim jerebu ni boleh cuba buat mask untuk diri sendiri dan anak-anak. Bukan sahaja untuk digalakkan pakai untuk kesihatan, malah nampak lebih cantik dan unik dengan corak pelbagai. Bukan itu sahaja, boleh juga dijadikan pendapatan sampingan.
Biasanya air tangan mak yang paling diingati dan dirindui selalui. Bila mak dah tiada, masakannya akan sentiasa menjadi kenangan terindah buat anak dan tak dapat dibeli di mana-mana.Walaupun hanya menu dan resipi yang paling simple seperti sos cili.
Jika nak mak-mak nak buat sos cili sendiri di rumah,jimat, bebas bahan pengawet dan terjamin kebersihannya boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ezanee ini. Menurut wanita ini, resipi tersebut merupakan resipi daripada arwah uminya sendiri. Walaupun tanpa anggaran sukatan sebenar, insya allah pasti jadi sos cili yang sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
“Resepi sos cili arwah umi ni, selama 33 tahun saya tak pernah sukat-sukat, saya campak-campak ja.Arwah umi pun saya tengok campak-campak ja. Jadi saya bagi resepi ni agak-agak je tau.Tapi Insya Allah jadi”.
Bahan-Bahan:
3 senduk cili kisar
1 peket sos tomato
1 cawan cuka
6 ulas bawang putih (diketuk)
700ml air
4 senduk gula
Setengah sudu besar garam
Cara Membuat:
Mula-mula letak periuk atas dapur. Satukan semua bahan-bahan seperti air,cili kisar, bawang putih,cuka sehingga mendidih. Agar bagi cili tu masak dengan lunak dan mesra-mesra.
2. Apabila dah mendidih letak sos tomato, kacau lagi sampai mendidih.
3. Akhir sekali, letak gula dan garam kacau dalam 10 minit. Tengok dah mendidih, tutup api.
Siap! Selamat Mencuba!
Sos ni seakan-akan sama macam sos kopok lekoq, cucuq udang, rasanya pedas-pedas manis.
MW: Buat sendiri sos cili di rumah lebih jimat dan berbaloi. Malah paling penting bebas bahan pengawet mahupun perasa tambahan.Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Mudah je rupanya mak-mak boleh tanam sendiri taugeh di rumah.Hanya gunakan periuk pengukus dan syaratnya perlu siram air 4 kali sehari serta disimpan tempat gelap.Tiga hari semai, dah boleh dituai.Malah taugehnya juga rangup,segar, manis, serta tahan lebih lama. Paling penting bebas bahan pengawet serta baja kimia.
Berikut perkongsian oleh cikpooja yang mak-mak boleh jadikan panduan;
“Ni cikpooja share pulak cara-cara nak buat taugeh homemade yea (tak perlu sebidang tanah untuk tanam taugeh..tanam kat dapo je).Rangup,manis,tahan lama. Selamat mencuba!”
Bahan-Bahan wajib ada:
4-5 genggam kacang hijau direndam selama 10jam
Tuala Nipis Good Morning
Periuk Pengukus
Cara Membuat:
1.Toskan kacang hijau tersebut.Pagi rendam, petang dah boleh buat projek taugeh dah.
Keter”excited”an terlebih tu kena simpan sikit yea.Taugeh tak jadi kalau tuan dia terlebih excited.
2.Bentangkan tuala good morning tu atas lubang-lubang periuk kukus. Kasi tutup lubang-lubang tu.Selapis je tau!Yang separuh lagi terlebih tu…kita nak tutup kacang nanti.
3.Taburkan kacang yang dah ditoskan serta ratakan macam dalam gambar.
4.Separuh tuala yang lebih tadi lipat semula letak atas kacang tadi.Kasi tutup cun-cun punya ya. Kalau tak nanti kacang berterabur.
5.Selepas itu, siram air dengan penuh kasih sayang supaya kacang tak berterabur.Siram bagi semua basah. Lagi banyak siram, lagi bagus.Satu hari Cik Pooja siram 4 kali.
6.Dah siram, letak susunan periuk elok-elok dan tutup comel-comel.
7.Pastikan simpan ditempat gelap.Jangan la pm Cik Pooja pulak sat gi,tanya nak simpan kat mana. Janji tempat tu gelap,kira ok la.
Okey.Settle cara nak tanam taugeh.
Step Seterusnya;
1. Ulang kaedah penyiraman 4 x sehari.
2. Pastikan setiap kali siram,buang air takungan yang ada dilapisan periuk bawah yea, untuk elak taugeh busuk. Ulang setiap kali siram.
*senang cerita: BUKA PENUTUP-SIRAM- BUANG AIR TAKUNGAN-TUTUP SEMULA-SIMPAN
Masa proses penyiraman, jangan dibuka atau digodekgodek kedudukan kacang tu.Nanti dia merajuk,terus tak jadi.
PERHATIAN!Pantang larang dalam penanaman taugeh;
Jangan dibelek-belek,ditenung-tenung,dimanja-manja Cik taugeh tu ya. Cik pooja tau kome excited lebih,tapi…yang ni la pantang larang yang utama.Kalau langgar pantang larang ni,kompem-kompen arwah la taugeh kome.
Tuainya tu senang je, cabut je satu-satu taugeh tu macam kita cabut rumput.Lebih memudahkan kerja kalau buat macam tu.
Mesti ada yang tanya nanti,bila agaknya hari yang betul nak tuai taugeh ni.Okay, katakan rendam kacang pagi isnin & petang tu dah ikut step-step diatas,hari rabu InsyaAllah dah boleh tuai.
Tapi pastikan penyiraman 4 kali sehari ya, InsyaAllah taugeh akan segar & comey.
Taugeh boleh tahan lama, janji dibersihkan elok-elok & toskan.Simpan dalam peti sejuk, seminggu pun masih rangup.
Semoga Bermanfaat!
Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tanam taugeh sendiri di rumah ikut cara yang diajar ini.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.