Risau TREND Orang Pergi UMRAH Sekarang, Sekadar Nak Buat ‘Content’ Promosi Produk! Mendapat panggilan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah merupakan nikmat rezeki yang luar biasa. Seiring niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, selepas pulang dari umrah diharap dapat lebih memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Namun cukup membimbangkan trend ramai orang menunaikan umrah sekarang ini. Meskipun bukan semua, pergi umrah dilihat hanya sekadar suka-suka pergi melancong mahupun buat ‘content’ dan promosi produk di media sosial. Sekadar menunjuk-nunjuk di media sosial sekaligus hilang fokus beribadah dan tidak dapat merasa keagungan Allah di tanah suci.
Risau Trend Umrah
Ini antara kebimbangan yang disuarakan oleh Ustaz Dr. Kamilin Jamilin, yang juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
“Saya sebenarnya risau dengan trend orang sekarang pergi umrah. Bukan semua, tapi boleh nampak ramailah dekat media sosial.Dulu-dulu sebelum muncul media sosial dan influencer-influencer yang terkenal. Orang kalau nak pergi Mekah dan Madinah, satu benda yang besar.Memang menjadi satu medan keinsafan yang kita betul-betul terasa dengan keagungan Allah dan kemuliaan tanah suci.”
“Ramai bila pergi sana, jadi bertaubat dan berubah ke arah lebih baik. Tapi sekarang ni pergi sana macam takde apa dah. Orang kita yang pergi sana balik lagu tu jugalah. Orang kata Pi mai Pi mai Tang tu jugalah.”
Sekadar Jadi ‘Content’
Sebahagian artis-artis, selebriti-selebriti bukan semua, pergi sana lebih sekadar nak jadi ‘content’, ‘selfie’ sana sini. ‘Berlakon’ cium Kaabah. berlakon solat bagai. Ada juga yang pergi sana nak ‘promote’ produk. Nak nampak macam produk barakah, snap gambar berlatar belakangkan Kaabah.
Pergi Mekah dan Madinah dah sekadar pergi melancong bukan nak ibadah sangat pun. Ada duit pergi, sekadar nak ‘happy-happy’, show off sana sini dan cari populariti.Cari duniawi, hilang rasa keagungan Allah dalam hati. Ke’izzahan dua tanah suci tu dah tak rasa apa dah.
Ibadah haji dan umrah yang besar tu pun, dah macam sekadar tentatif atau content yang nak menarik views.
Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al Haj:
Mengagungkan syiar Allah yang meliputi ibadah dan tempat masa kita buat ibadah haji dan umrah itu petanda takwa dalam hati. Tapi bila takwa sudah tipis dalam diri agama hanya sekadar jadi pembalut kotak kosong. Luarnya diperlihatkan indah di mata manusia, sedangkan di dalamnya tiada apa yang bernilai di sisi Allah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
@drkamilinjamilin Trend “Umrah” Sekarang Yang Merisaukan! 🕋 #Muhasabah ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin
Mesti Baca:Tiba-Tiba Uzur Di Mekah Tak Boleh Buat Umrah Pertama, Elfira Kongsi Ilmu Manfaat Buat Wanita
Baca Lagi Di Sini:TIP KEMAS Keperluan UMRAH, Pergi Tak Berat Balik Beg Tak ‘Beranak’!
Artikel Menarik:Niat Tunaikan UMRAH Di Tanah Suci, Mulakan Langkah BERDOA Secara Spesifik!
Mingguan Wanita: Semoga kita sama-sama muhasabah diri, niat dan tujuan apabila ingin menunaikan umrah. Janganlah hanya sekadar pergi suka-suka untuk ‘content’ namun tiada pengisian jiwa dan takwa di hati untuk beribadah dan berubah menjadi lebih baik.
Sumber: Dr. Kamilin Jamilin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI