Dalam hubungan intim suami isteri, isu dan hukum suami terminum susu badan isteri sama ada sengaja atau tidak, sering menjadi persoalan. Ini kerana ramai yang sedia maklum, dalam Islam wanita yang menyusukan bayi sebanyak 5 kali sehingga kenyang akan menjadi anak susuan kepada wanita tersebut. Malah apabila keadaan ini berlaku, si bayi akan serta merta menjadi mahram yang sah dan tidak dibenarkan berkahwin sama-sekali.
Perkara ini pastinya merisaukan suami isteri. Sehinggakan ada menganggap perkahwinan mereka boleh terbatal disebabkan perkara tersebut.
Untuk penjelasan lanjut, jemput fahamkan perkongsian daripada Pendakwah Selebriti daripada rancangan Pencetus Ummah, Azman Syah Alias, 38 atau lebih dikenali PU Azman dalam soal jawab hukum berkaitan isu ini di laman instagramnya baru-baru ini.
“Cik Man, boleh ke suami minum susu isteri”
Ulama mengatakan MAKHRUH kalau suami minum susu isteri dengan sengaja.
Suami kena faham, susu tu hak anak.
Tapi jangan bimbang, suami yang minum susu isteri takkan menjadikan suami tu anak susuan yang mengharamkan hubungan kelaminnya dengan isteri. Sebab syarat anak susuan tak berlaku. Suami dah tua bangka.
Kecuali, ulama mengatakan, boleh kalau suami guna susu isteri tujuan rawatan. Ini yang dinyatakan oleh ulama besar Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Eh tapi jangan salah paham yer. Yang makhruh tu bini sendiri tau. Bukan bini orang. Yang tu haram jadah.
Susu dutch lady kan ada? Tolonglah jangan berebut dengan anak.
Baca Lagi Di Sini: Panggil Isteri ‘Ibu, Mama, Ummi’ & Hukum Zihar, Ini Penjelasan PU Azman
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi pencerahan berkaitan hukum suami terminum susu isteri. Tidaklah jatuh hukum menjadi anak susuan hingga membatalkan perkahwinan, sebaliknya hukumnya MAKHRUH dan sebaiknya elakkanlah.
Sumber: Instagram pu_azman