Memang merisaukan apabila dalam rumahtangga, ramai isteri yang kian hilang rasa hormat pada suami. Ia berpunca daripada sikap suami itu sendiri yang menghilangkan rasa hormat isteri buat ketua keluarga ini.
Sesuatu yang merisaukan kita lihat sekarang dalam rumah tangga apabila isteri hilang rasa hormat pada suami. Iya, kadang isteri juga teruji dengan segelintir sikap suami yang lepas tangan dalam mendidik anak, tidak bantu uruskan rumah, panas baran atau yang mengabaikan keperluan isteri.
Sesetengah suami menggunakan alasan itu semua takdir untuk menghalalkan perbuatan yang dilakukan, tetapi sebenarnya setiap tindakan manusia adalah pilihan. Jika suami banyak melakukan perkara yang merosakkan rumah tangga dengan sengaja atau mempunyai matlamat tersendiri, maka wajar seorang isteri hilang rasa hormat terhadap suami.
Saya sangat kagum dengan wanita-wanita yang menghadapi dugaan seperti ini. Mereka berusaha untuk bersabar dan kekal kuat demi rumah tangga serta anak-anak. Namun tidak bermakna, mereka perlu menelan semua tohmahan dan derita yang diberikan suami bulat-bulat.
Saya pernah terbaca luahan seorang wanita yang mengadu tentang suaminya, berkahwin selama lebih 20 tahun tetapi sangat sabar dengan sikap suami yang panas baran, kaki pukul dan lepas tangan akan tanggungjawab terhadap keluarga, bahkan anak-anak pun takut untuk berjumpa setiap kali ayah mereka pulang dari kerja.
Allahu Akbar, telinga yang mendengar pun terasa berat apatah lagi bahu yang memikul ujian tersebut. Namun saya percaya kalian sangat hebat kerana masih bertahan dan bersabar sehingga ke hari ini. Saya doakan semoga dengan berkat kesabaran menjadi asbab hidayah buat suami untuk berubah.
Andai tidak berdaya lagi, carilah kebahagiaan sendiri tanpa bergantung kepada suami, dalam masa yang sama banyakkan berdoa kepada Allah, jangan hilang kepercayaan kepada-Nya.
Dalam membina keluarga yang harmoni, cuba mencari titik persamaan antara pasangan. InsyaAllah semua ini boleh menjadi penawar mujarab dalam membina sebuah keluarga, suami isteri menjalani kehidupan yang diisi suka dan duka, saling menghormati serta berkasih sayang sepenuh jiwa, agar akhirnya dapat dibangkitkan di dalam Syurga bersama.
Asma’ binti Harun
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca: 15-20 Tahun Kahwin, Kalau Tiada Sifat SABAR Tak Mungkin Mampu Bertahan Lama
Baca Lagi Di Sini:Hubungan Renggang Lebih Banyak MAKAN HATI, Perkahwinan Bertahan Atas Dasar TANGGUNGJAWAB Sahaja!
Artikel Menarik:Amalan Orang Lama Eratkan Hubungan Suami Isteri, Perkahwinan Berkekalan Hingga Hujung Usia
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, akibat sikap suami itu sendiri, ramai isteri yang semakin hilang hormat pada suami sebagai ketua keluarga dalam rumahtangga. Ramai yang hanya mampu bersabar dan bertahan demi anak-anak, mengabaikan kebahagiaan dan memendam perasaan sendiri.
Sumber: Ustazah Asma Harun
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.