RISAU ‘Camping’ Kawasan Air Terjun, Panduan Kenalpasti 3 Jenis ‘Kepala Air’!

Share

Semenjak kerajaan membenarkan aktiviti riadah dan rekreasi, ramai yang bertumpu di kawasan pantai, sungai, taman mahupun air terjun untuk berkelah bersama keluarga tersayang. Namun memang risau bila pergi berkhemah atau ‘camping’ di kawasan air terjun mahupun anak sungai.

Bukan apa memandangkan sekarang musim hujan kejadian ‘kepala air’ mungkin boleh berlaku. Sebenarnya kita perlu ambil tahu dan kenalpasti ada 3 jenis ‘kepala air’ bagi mengelakkan tragedi meragut nyawa dan kejadian yang tidak diingini terjadi. Sekaligus lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan memilih lokasi perkelahan.

Baca perkongsian bagi mengenalpasti ‘Kepala Air’ daripada Iqbal Halim
ini sebagai panduan.

Ramai yang risau nak camping di kawasan air terjun kerana takut dengan kejadian kepala air terutama kaum perempuan la.Jadi kat sini nak share sikit ilmu tak seberapa ni.Saya pernah merasai pengalaman ini sendiri sewaktu berkelah di Batu Hampar, Yan.

Kepala air terbahagi kepada 3 jenis.

1.Kepala Air Yang Boleh Dijangka

Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat.Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa.Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai, mandi air hujan jek sudah le.

2.Kepala Air Yang Ada Tanda

Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun, cerah saja tapi sebenarnya di kawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat. Antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni:

a-Akan datang buih putih.
b-Selepas buih datang daun-daun pokok.
c-Kemudian datang ranting kayu
d-Lepas tu air jadi amat keruh
e-Akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah.

Pengalaman ini saya rasai di Batu Hampar Yan. Kami baru saja turun untuk mandi, kemudian datang tanda-tanda kat atas. Ada adik yang baru sekolah menengah tak mau naik pasal baru saja turun.Tak puas mandi la katakan, lepas kena marah kaw-kaw baru terhegeh-hegeh nak naik. Sekali datang kepala air baru dia pucat lesi. Kalau dia tak dengar cakap kompom mati pasal dia bukan tahu berenang pun.

3.Kepala Air Yang Tidak Dijangka

Benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara. Air mula bertakung dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba. Tapi benda ni jarang sangat nak jadi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Baca Lagi Di Sini:

“Berkelah Buang Sampah Merata” Kalau Tak Reti Jaga Alam, Duduk Je Lah Rumah!

6 Tips Penting Elak Anak Jatuh Sakit Selepas Mandi Di Kolam Renang, Mak Ayah Mohon Take Note!

Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian

Mingguan Wanita: Begini rupanya cara untuk kenalpasti ‘Kepala Air’. Jadi jika ada perancangan untuk pergi berkelah atau berkhemah di air terjun mahupun anak sungai, lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dengan perhatikan tanda-tanda ini iya. Semoga dapat mengelakkan dari berlakunya tragedi yang tidak diingini.

Sumber: Iqbal Halim

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab