Bagi sebahagian isteri melakukan kerja-kerja seperti mencuci, menyidai, melipat, menggosok baju antara perkara yang cukup renyah untuk dilakukan. Apatah lagi jika tiada pembantu rumah semuanya kena buat sendiri, memang memerlukan banyak masa dan tenaga.Belum dicampur jika mempunyai ahli keluarga yang ramai. Bayangkan berapa banyak baju yang perlu diuruskan. Penatnya.. terkejar-kejar masa.
Namun perkongsian daripada Mohd Fhais ini mungkin boleh dijadikan panduan buat para suami, bila nak hadiahkan sesuatu bermanfaat buat isteri, iaitu dengan membelikan mesin ‘dryer’. Banyak kelebihannya bila ada mesin dryer ni di rumah.
Inilah hadiah paling bermanfaat saya pernah beri pada isteri.
Kalau serius nak bantu ringankan tugas isteri, saya rekemen bagi sebiji dryer mesin ni kat rumah kerana sebiji mesin ni sahaja boleh selesaikan berpuluh masalah dalam rumah.
Jimat masa kerana baju lebih cepat kering. Dah tak perlu nak tunggu sehari suntuk jemur baju di ampaian. Itu pun kalau langit cerah, kalau mendung 2-3 hari belum tentu kering.
Lepas basuh terus masuk mesin dryer. Dah tak perlu masuk bakul, angkat satu-satu bawa ke ampaian. Dapat ampaian jauh, boleh sado badan isteri tu angkat bakul hari-hari.
Habuk, benang, debu semua dia sedut. Bila jemur bawah matahari 3 benda dia tak sedut. Malah tambah teruk lagi ada la, dengan asap kereta, asap rokok, pasir berterbangan lagi.
Kucing mana boleh nampak kalau ada port untuk landing ni. Mula la dia nak mengepet. Penuh bulu kucing kat baju. Kalau kucing jantan lagi bahaya, dia main pancut je kat ampaian tu.
Dari besar sampai kecil pakaian semua ahli keluarga kita ada privasi sikit. Tak ada la jadi tatapan mata orang lain yang lalu lalang kat situ. Selamat dari fitnah juga.
Isteri tak payah risau tentang aurat. Semua buat dalam rumah. Ini manfaat paling besar sebenarnya. Kadang angkat baju tudung lupa pakai. Kalau hari hujan berlari nak angkat baju, tak perasan dah baju di pakai tu sempurna ke tak tutup aurat.
Ini belum cerita lagi manfaat seperti senang nak lipat baju, baju tak tersangkut, baju tahan lama dan berpuluh lagi manfaat lain yang memang boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat kerja orang rumah.
Bila isteri dah tak banyak buang masa dengan tugas basuh baju ni baru la dapat dia nak berkepit dengan suami 24 jam.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Bukan je dapat keringkan baju, malah dapat buat hati isteri semakin cair meleleh tau.
Baca Di sini: Cuci Mesin Basuh Front Loader Guna Cuka & Soda Bikarbonat, Elak Baju Bau Masam
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat encik suami, mudahkanlah urusan isteri dalam tugas basuh baju dengan hadiahkan mesin dryer ini. Banyak manfaatnya, lebih-lebih lagi digunakan ketika musim hujan ni.
Sumber: Mohd Fhais