Foto: Instagram Elfira Loy

Pelakon cantik yang  baru saja bergelar ibu, Elfira Loy mengakui sebenarnya dia tidak sabar untuk menyambut Ramadan tahun ini memandangkan tahun lalu dia sedang sarat mengandung.

Namun dek kerana wabak virus Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Elfira akui berasa sangat rindu dengan suasana normal Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.

PKP Tak Halang Ibadat, Untung Berkurung Di Rumah Sepanjang Ramadan-UAI

Rindu SOLAT TERAWIH DI MASJID & BAZAAR RAMADAN, Elfira Loy Tak Mahu Bersedih Raikan Secara Sederhana

Ternanti-Nanti Ramadan, Reda Situasi Yang Berlaku

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid-19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

Ads

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

Ujian Ramadan

“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bulan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih di masjid.

“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.

Ads

‘Semua Tak Kena..’ Elfira Loy Menangis, Hari Pertama Dijaga ‘Confinement Lady’

Rindu SOLAT TERAWIH DI MASJID & BAZAAR RAMADAN, Elfira Loy Tak Mahu Bersedih Raikan Secara Sederhana
Foto: Instagram Elfira Loy

Rezeki Anak Sulung, Muhammad Rayyan Khalaf 

Ditanya tentang perkembangan terbaru kerjayanya, isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini berkongsi khabar gembira tentang dirinya kini disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di Indonesia.

Ads

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.

“Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series,” terang Elfira yang akui rezeki yang hadir sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

Elfira juga menambah hasil penjualan siri tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa covid-19 di Indonesia dan Malaysia.

“Tolong Jaga Mak Abah” Pesanan Terakhir Jururawat Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI