‘Rindu Ini Menyakitkan..’ Siti Sarah Ditiarapkan, Ada Darah Beku Di Paru-paru

Share

Hebat ujian pelawak, Shuib Sepahtu ini. Memaklumkan perkembangan terbaru isteri, kata Shuib, Siti Sarah ditiarapkan bagi membolehkan oksigen dan paru-parunya boleh bekerjasama.

Selepas melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya, Siti Sarah masih belum sedarkan diri. Dekat 30 jam Sarah koma selepas dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM.

Memandangkan ketika dimasukkan ke ICU, Sarah kena jangkitan Covid-19. Keadaan itu membuatkan paru-parunya banyak terkesan.

Jantungnya juga sudah lemah, berkemungkinan jantungnya banyak bekerja ketika proses mengeluarkan bayinya semalam.

Siti Sarah Ditiarapkan, Ada Sedikit Darah Beku Di Paru-paru

Ketika ini, apa yang mereka harapkan adalah paru-paru Siti Sarah dapat kembali normal dan membekalkan oksigen dalam badan.

Difahamkan ada sedikit darah beku pada paru-paru.” Doktor juga tidak boleh berbuat apa-apa padanya buat masa sekarang. Kerana Sarah baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayinya.

Tentunya perkembangan ini sedikit sebanyak mengundang resah di hati Shuib. Sehinggakan apabila ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali dia menjadi takut.

Tapi jika tak dijawab, bimbang itu panggilan dari doktor yang mahu memaklumkan perkembangan isterinya.

Rindu Ini Menyakitkan

Tak mudah bagi Shuib yang ketika ini berada di rumah bersama tiga orang anak-anaknya. Sukar baginya untuk melalui setiap saat tanpa kehadiran isterinya itu.

Maka itulah perkongsiannya, ‘rindu ini menyakitkan, Allahuakbar’ Dan tanpa Sarah membuatkan hati menjadi rindu dan sayu.

Apabila rindu datang, jadi sakit.” Membuatkan jadi sukar untuknya hadapi. Setiap sudut ada bayangan isteri. Jadi teringat-ongat.

Nak kawal sayu, tapi tak boleh.”

Keadaan itu membuatkan Shuib cuba bercakap dalam hati, kadangkala bercakap sendirian. Harapannya agar didengari isteri.

Sehingga ke hari ini, Shuib tak putus menerima kiriman mesej dan gambar baik dari orang persendirian mahupun anak-anak tahfiz yang membaca Yassin dan doa selamat untuk isterinya.

Akuinya, usaha yang mereka lakukan itu sentiasa mengharukannya malah berterima kasih untuk kiriman doa tersebut. “Ia satu rahmat terlalu besar buat kami.”

Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita Covid-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain.

Mingguan Wanita : Mendoakan agar Siti Sarah kembali sedar dan bayinya dalam keadaan sihat. Semoga Shuib dan anak-anak dapat melalui ujian hebat ini dengan tenang dan dipermudahkanNya.

Sumber/Foto : Harian Metro, Shuib Sepahtu

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer