“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”, begitulah luahan pelakon dan pengacara Irma Hasmie yang berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu. Salam takziah kami ucapkan buat Irma dan keluarga.
Menerusi akaun Instagramnya pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.
“Rindu. Hari ini genap seminggu pemergian mama (6 Syawal 1444, 1:13pm). AlMarhumah Hajjah Ropitah binti Robiah,” tulisnya pada Khamis.
“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”
Irma juga turut berterima kasih kepada mereka yang membantu menguruskan jenazah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
“Saya dan adik saya Mohd Farooq Hossny ingin sampaikan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan mana-mana pihak di Prince Court Medical Centre atas setiap rawatan, penjagaan rapi dan layanan yang sangat baik terhadap almarhumah mama kami.
Ads
“Begitu juga adik beradik almarhumah mama, ahli keluarga dan saudara mara yang menemani mama hingga saat akhir. Terus memberi semangat pada kami, membantu menyelesaikan urusan-urusan tertentu, prihatin tanpa jemu, berkorban masa dan tenaga, berjaga sepanjang malam bergilir-gilir zikir dan berdoa buat mama,” katanya.
Terharu Terima Banyak Kata Sokongan
Pada perkongsian yang sama Irma juga berasa terharunya apabila menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat di saat dirinya dan keluarga berdepan saat sukar.
“Terima kasih semua pengikut dan warga media sosial yang mendoakan almarhumah mama. Walaupun mungkin kita tak pernah bersua atau mengenali secara langsung, ramai yang DM dan saya tak sempat nak respon semuanya.
“Alhamdulillah saya baca dan semoga setiap doa kembali kepada kalian dengan berkat dan kebaikan daripada Allah SWT. Terima kasih dan saya sangat menghargainya,” katanya.
Ads
Untuk rekod sebelum ini Irma pernah berkongsi ibunya diuji dengan penyakit kanser. Malah dia juga memberitahu sudah satu tahun ibunya bertarung dengan penyakit terebut.
Bakal timang anak ketiga, Saharul bimbang isteri ada ketulan fibroid “Doakan proses bersalin dipermudahkan & selamat”. Pelakon yang juga kini bergelar ahli perniagaan, Saharul Ridzwan berkongsi kisah dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Saharul Ridzwan dan isteri Deena Amir mendirikan rumahtangga pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, dan Fateema Azzahra.
Saharul juga memaklum isterinya kini sedang sarat mengandung dan menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
Bakal Timang Anak Ketiga
Ibu dan ayah mana yang tidak seronok bakal menambah ahli keluarga dalam rumah mereka. Begitu juga dirasai oleh Saharul dan Deena.
Menyatakan keterujaan tersebut Saharul seperti mana dilaporkan Gempak menerangkan hingga kini dia tidak tahu mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan.
Perkara yang sama dilakukan sewaktu menunggu kelahiran anak kedua kerana bagi dia dan isteri perasaan tersebut lebih menyeronokkan dan sukar digambarkan.
“Saya tengah berdebar, isteri saya memang tengah menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
“Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini.
“Saya suka perasaan sebegini sebab saya memang suka surprise,” kongsi Saharul.
Doktor Pantau Samaada Isteri Bersalin Normal atau Secara Pembedahan
Disebalik kegembiraan dan keterujaan jauh di sudut hati Saharul menjelaskan dia juga risau dengan isterinya kerana belum mendapat keputusan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
“Isteri saya mempunyai ketulan Fibroid di dalam rahim dan doktor akan pantau sama ada isteri saya bersalin secara normal atau pembedahan.”
Dek kerana itu juga bapa kepada dua cahaya mata ini mengharapkan agar proses bersalin akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Doakanlah saya cuma harap proses bersalin nanti dipermudahkan dan selamat semuanya,” kongsi Saharul.
Isu LGBT sering diperkatakan dan menjadi bualan hangat akhir-akhir ini.Golongan ini bersuara meminta ‘hak’ mereka diberikan sama rata seperti jantina normal lain. Betapa golongan ini sebenarnya tersasar daripada landasan fitrah sebenar yang telah di gariskan oleh tuntutan agama.
Namun perlu diingatkan buat golongan ini. Hidup ini bukan selamanya di muka bumi, sampai waktu dan ajal tiba, kematian itu pasti dan pengakhiran bagaimana yang diinginkan nanti. Semoga pengalaman kisah yang dikongsikan oleh pengurus jenazah ini menjadi pengajaran buat golongan ini agar bertaubatlah, kembalilah kepada fitrah sebelum ajal datang menjemput.
Baca perkongsian daripada Syed Sohleh Syed Jalaluddinini yang berpengalaman pengurusan jenazah sebagai panduan.
“Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.”
Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.
Jenazah Diuruskan Mengikut Jantina Asal
In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah tahu mengenai jentina anaknya itu, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.
Keluar Nanah Bercampur Darah Serta Ulat
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak ( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.
Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.
Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan. Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.
Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.
Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.
Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara’ berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.
ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :
” Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk “. (Surah AT-Tiin ayat 4)
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-
” Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki “. (Hadis Riwayat AL-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata (Maksudnya) :-
” Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki “. ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.
Ampunkan kami ya Allah.
Mingguan Wanita mengharapkan semoga secebis perkongsian pengalaman ini, memberi pengajaran buat golongan ini agar tidak terlambat untuk berubah dan bertaubat serta kembali kepada fitrah.
Pencinta kucing ini, walau dekat mana sekali pun dia duduk.. bila dengar je bunyi anak kucing mengeow tak berhenti. Mulalah hati jadi bimbang nak ambil tahu. Inilah yang dialami penyanyi, pelakon dan pengacara, Erra Fazira sewaktu makan-makan dengan rakan-rakan artisnya.
Disebabkan bunyi suara kucing yang tak berhenti itulah, Erra segera mencari di mana gerangan anak kucing itu berada. Bila diselidik, rupanya ada dekat celahan pokok-pokok dekat tingkat atas tempat .
“Asalnya badminton session. Lebihnya.. makan session. Then jadi rescuer session.
Kisahnya, tengah makan dengar anak kucing meow meow.. cari punya cari, jumpa dalam celah pohon-pohon di tingkat atas. Dan kalau biarkan kitten akan merangkak dan boleh jatuh. So kita ambik dan carik maknya.”
Risau Anak Kucing Tiada Mak..
Sebaik berjaya diturunkan, Erra usaha mencari ibu kucing. Tapi sampai ke sudah tak nampak bayang. Semakin risau hatinya, lagi-lagi anak kucing itu terus berbunyi tanpa henti.
“Tanya punya tanya.. mak kitten memang tak nampak-nampak.. aaarghhhh punyalah risau. Kitten dok melalak-lalak.
Buat larian ke pet shop carik susu untuk kitten.. barulah kitten senyap tapi dok nyondol-nyondol nak tido. Nasib baik ada kotak dan tinggalkan towel dalam kotak.
Persoalannya sekarang.. siapa nak jaga kitten? Kalau tak ada sesiapa.. saya lah nampaknya yang akan bawak balik. Tapi alhamdulillah ada hamba Allah yang budiman yang nak jaga kitten. Sekarang kitten di bawah jagaan yang selamat. InsyaAllah.. Doakan kitten ni sihat dan membesar dengan baik yaaaa.”
Tidak pula Erra maklumkan nama penjaga kitten yang baru dia selamat itu. Bagaimana pun sewaktu sesi menyelamat anak kucing, Erra turut ditemani rakan artis Yasmin Hani dan Betty Banafe.
“Tq @bettybanafee n @yasminhani for being so kind and helpful.. Nanti kita bersession lagi ya.”
Bagus sungguh, duta Faith Fleur ini yang miliki sekeping hati begitu penyayang pada haiwan kesayangan nabi. Apa pun semoga kitten membesar dengan jayanya.
https://www.instagram.com/p/CJC_6CUnV0x/
MW : Harap-harap Erra sudi berkongsi perkembangan terbaru kitten yang ditemuinya itu. Nampak comel dalam video instagram yang Erra kongsi.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...