Memang ada kan orang perempuan yang rimas pakai barang kemas. Samalah macam pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida ini, yang tak suka pakai barang hiasan.
Sudahnya, dia simpan saja hadiah kemenangan anugerah berupa rantai emas tu dalam simpanan. Selepas 21 tahun barulah dapat dihadiahkan pada anak angkat perempuannya, Aisya Humaira yang sudah masuk usia setahun.
Ini kongsi Umie Aida di laman instagram miliknya,
“Me tak berapa suka pakai barang hiasan.. rasa rimas & berat. Ni untungnya ada anak perempuan.. barang emas me dapat dia pakai. Rantai tu Me dapat hadiah anugerah skrin tahun 99 .
Awal-awal dulu hadiah anugerah skrin bestttt… dapat trofi , barang kemas bernilai 15k dan wang tunai 10k . Tahun seterusnya TV3 up lagi hadiah…bawa pergi LA , korea.
Kenangan yang tak dapat Me lupakan. Terima kasih anugerah skrin. Tak semua perempuan suka pakai barag hiasan..kan.”
Bulan lalu, Umie teruja bila mana anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Haniz Zahira, 28 yang dijangka berlangsung Disember nanti.
Katanya, “Baru Me tahu perasaan seorang ibu bakal menerima menantu. Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat rasa ini.” Malah, waktu menghantar rombongan meminang itu cantik betul Umi dalam persalinan Rizman Ruzaini.
Tambah Umie, sebagai ibu dia beri kebebasan kepada anaknya untuk memilih bakal isterinya. “Saya tak ada nak bantah. Sebab bagi saya mereka yang nak hiduo dan lalui segalanya bersama. Apa anak saya suka, saya redha dan berkati. InsyaAllah.”
Akuinya, Haniz anak yang baik. Bertemu dengan keluarga Haniz juga satu rezeki yang Allah beri untuknya.
“Bakal besan pun yang baik-baik. Saya cakap dengana nak selepas selesai pertunangan, kena bersyukur. Bukan mudah pada zaman sekarang kita nak jumpa pasangan baik, bakal mak mentua baik. Jadi, kena bersyukur banyak-banyak rezeki yang Allah berikan
.”Baca sini : Simpan RM3 sehari, lepas 6 bulan suami boleh belanja isteri cincin emas.
Sumber/Foto : Umie Aida, Harian Metro