Seorang rider terlantar dan tidak boleh berkerja selepas terlibat dalam kemalangan, dugaan berganda bila isterinya pula keguguran.
Masalah yang datang bertimpa-timpa ini sudah tentu membuatkan pasangan muda ini sedih dengan takdir yang dilalui.
Dugaan berganda buat seorang penghantar makanan apabila dia yang cedera parah selepas terlibat kemalangan pada 22 Julai lalu terpaksa menerima berita isterinya mengalami keguguran sehari selepas itu.
Menurut Mohd. Adi Azri Safiee, 26, dari Taman Nilam, Langkawi, Kedah, dia terlibat kemalangan dengan sebuah van ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.
Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahunya patah dan pangkal pahanya cedera teruk sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk duduk.
“Impak kemalangan itu menyebabkan saya tercampak dan kepala terhantuk pada hadapan cermin van, mujur topi keledar saya dipakai kemas dan tidak tercabut.
“Waktu itu, dalam kepala saya cuma fikir bagaimana hendak sara isteri yang sedang mengandung kalau saya ditakdirkan tidak boleh bekerja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nilam di sini semalam.
Ujarnya, isterinya, Nur Azimah Ahmad Zabri, 25, yang baru dikahwini pada Ogos tahun lalu pula mengalami keguguran sehari selepas dia terlibat dalam kemalangan tersebut.
Terlibat Kemalangan, Puluhan RIDER Ziarah Keluarga, Temani JENAZAH Ke KUBUR
Ikat Bakul Plastik Dekat Pagar, Mudahkan ‘Rider’ Taklah Letak Barang Merata!
Niat Sediakan Pek Bungkusan Istimewa Buat Rider “Saya Sendiri Akan Memasak Di Rumah”
Rezeki RM5000 Untuk Rider OKU, Hikmah Sampai Lambat Hantar Order Berbuka
“Isteri saya yang tidak bekerja mengalami keguguran ketika kandungan berusia kira-kira tiga bulan dan ketika itu saya masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Maliha di sini.
“Nasib baik jiran bantu menghantar isteri saya ke hospital,” ujarnya.
Mohd. Adi memberitahu, dia kini menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan melalui program i-Sinar awal tahun ini untuk menampung keperluan hariannya.
“Sekarang setiap bulan saya perlu bayar sewa rumah sebanyak RM500 dan hutang kereta pula RM600. Kalau tidak mampu menjelaskannya, mungkin saya akan jual kereta dan balik ke rumah keluarga di Kuala Nerang sehingga keadaan saya kembali pulih,” katanya.
Mingguan Wanita : Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank CIMB milik Mohd. Adi 7046251586. Hulurkan tangan, ringankan beban keluarga ini untuk meneruskan hidup.
Sumber : Kosmo Online
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita