Uncategorized

Rider Suami Isteri Ini Dah Macam Filem AZURA, Sanggup Rentas 11 Hentian Nak Cari Tempat Makan Best

Share

Motosikal Yamaha fz 150i ditunggang rider suami isteri ini membelah jalan raya, meluncur laju dari Kuala Lumpur menghala ke Parit 11 Sungai Panjang.

Hari itu pemandunya, Mohamad Dinibilal Bin Sabri, 23 dan isteri, Fatihin Binti Sobani, 23 perlu menyelesaikan siri penjelajahan ‘Ride With Love’ menawan 11 hentian demi misi Jalan-jalan Cari Makan.

 

Hmmm.. boleh juga dikatakan jalan-jalan menyuburkan cinta. Sebabnya, pasangan suami isteri ini baru saja melangsungkan perkahwinan 23 Disember yang lalu.

Kembara bermotosikal dengan isteri, Jadi satu hobi yang mengasyikkan. 2 Februari bermulalah perjalanan panjang untuk rider suami isteri ini. Menawan 11 mukim yang ditandakan di bawah ini.

Parit 11 sungai panjang- Jeti Ulu Bernam (Sepong) – Kg Asli Aerong- Felda Besout – Sungkai – Kuala Bikam – Teluk Intan – Bagan Datuk – Sabak Bernam – Bagan Nakhoda omar(BNO) – Bagan Terap.

 

Layan Offroad/Shortcut Ke Nasi Bamboo Sungkai

Menurut suami isteri yang bekerja sebagai Guru Agama di Wilayah Persekutuan ini “Bila saja ada masa terluang, saya akan ride bawa isteri dan perkenalkan tempat dan makan yang menarik ke pada rakan-rakan di media sosial.”

Untuk ride kali ini, saya cadangkan penunggang motor Sungai Besar dan sekitarnya yang nak merasa layan offroad dan shortcut untuk ke Nasi Bamboo Sungkai, boleh guna laluan masuk melalui Ulu Bernam.

Dapatlah nanti merasa naik feri sekejap. Route dan viewnya terbaik dalam itu. Akan lalu estet. Estimate ride dalam estet lebih kurang 30 minit saja. Bergantung pada kelajuan dan pemanduan.

 

 

Selesai makan, teruskan jelajah ke tempat makan marvellous di sekitar Teluk Intan dan Bagan Datuk.

-D’Tepian Sungai ( Udang galah fresh & besar-besar) buka petang.. tak dapat merasa sebab datang jam 1 tengahari
-Restoran Gulam Rasul(ayam sedap)
-Mee rebus Mastan Ghani
-Nasi Lambai
-Kari Manaf
Dan banyak lagi

 

Wajib Bawa Isteri Sekali Dalam Setiap Kembara

Biasanya rancangan ride bersama isteri dilakukan pada hujung minggu, jika berkelapangan. Kami ride ke tempat-tempat dalam Malaysia saja.

Asalnya, saya ini ada ramai kenalan yang overlander ke serata negara. Melihat mereka mengembara dengan motosikal membuatkan saya mula berminat nak ikut jejak.

Cuma kelainan saya, setiap kembara pasti saya bawa isteri sekali. Kembara dengan motor ini pengalamannya cukup mencabar diri, ketahanan mental dan fizikal.

Dalam masa yang sama is mengeratkan hubungan kami suami isteri. Lebih seronok, penunggang motosikal ini lebih bebas.

Nak berhenti dekat mana-mana, bila-bila masa pun boleh. Kita yang tentukan semuanya.

Lagi seronok, dapat masuk ek pedalaman ceruk-ceruk kampung yang mana kereta tak boleh nak masuk. Nanti akan dapat lihat view yang sangat menarik yang jarang dapat kita lihat

.”

 

Impiannya Mahu Rider Ke Tanah Suci Makkah

Kata Dinibilal lagi, idea dan minatnya dalam dunia riding ini dah bermula sejak kecil lagi.

Saya mula menaiki motor seawal usia darjah 2 lagi. Dan saya menanam cita-cita untuk mengembara dengan motosikal ke seluruh dunia bersama isteri jika diizinkanNya.

Ride ke Tanah Suci Makkah adalah cita cita utama saya.”

MW doakan impian saudara Dinibilal ini akan dimakbulkan Allah dan dipermudahkan laluan untuknya mencapai impiannya itu.

Sumber/Foto/Video : Diny Sabri

 

Published by
Netty Ah Hiyer