Uncategorized

RichWorks Academy sasar latih potensi orang ramai untuk berjaya

Share

Siapa yang tidak kenal dengan figura Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, individu yang banyak melahirkan usahawan bertaraf jutawan di Malaysia. Hari ini,  Richworks Group of Companies  mengumumkan penjenamaan semula RichWorks International Sdn. Bhd. kepada RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), yang akan memberi fokus kepada latihan dan pembangunan individu serta organisasi dalam mencapai kejayaan mampan.

Langkah ini menjadi pelengkap kepada entiti baharu, RichWorks Consulting Group Sdn.
Bhd. (RCG) yang kini memfokuskan kepada bimbingan dan perundingan strategik khusus
untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpendapatan tinggi seperti diumumkan
sebelum ini.
Menurut Presiden dan Pengasas Richworks Group of Companies, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan
Osman berkata, penjenamaan semula tersebut bagi memenuhi keperluan individu yang
ingin mencungkil potensi diri bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan serta kerjaya.

“Visi kami adalah untuk menjadikan RichWorks Academy sebagai pusat utama dalam
kepimpinan, perniagaan, dan transformasi diri, memberi fokus kepada pemerkasaan individu dan organisasi bagi mencapai kejayaan mampan.

“RichWorks Academy akan menjadi pusat latihan dan pembangunan diri, menawarkan
program kepimpinan, keusahawanan asas, transformasi minda dan kejayaan peribadi.

“Manakala RCG pula akan terus memberikan bimbingan perniagaan dan strategi
pertumbuhan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedia ada yang ingin
meningkatkan skala perniagaan mereka,” katanya.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd pula akan mengetuai RichWorks Academy.

Transformasi Untuk Berjaya

Menurut Azizan, perubahan RichWorks Academy itu bukan sekadar kosmetik, tetapi
membawa misi penting dalam membudayakan pembelajaran berterusan bagi transformasi
kepimpinan, pertumbuhan perniagaan, dan kecemerlangan diri.

“RichWorks Academy memberi tumpuan kepada latihan keusahawanan dan transformasi
diri yang terbukti berkesan. Program akademi ini berpaksikan kepada nilai teras ELEVATE, yang merangkumi Excellence (Kecemerlangan), Learning (Pembelajaran), Empowerment (Pemerkasaan), Vision (Visi), Adaptability (Kebolehsesuaian), Transformation (Transformasi) dan Ethics (Etika)”.

“Sasaran kami untuk membantu individu dan PKS dengan pendapatan bawah RM30,000
setahun untuk berkembang ke tahap lebih tinggi, serta menyokong mereka yang ingin
mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, proses penjenamaan semula kepada RichWorks
Academy dijangka mengambil masa tiga bulan dan akan selesai menjelang pertengahan
tahun ini.

Sehubungan itu, Azizan memberitahu, sebagai langkah awal, RichWorks Academy bakal
anjurkan program eksklusif Transformasi360 pada bulan Mei yang menggantikan program
terdahulu iaitu Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup (NUH).
“Program ini direka khas untuk membantu peserta menguasai potensi diri, kewangan, dan
kejayaan dengan strategi yang terbukti berkesan.

“Sama ada anda seorang usahawan, profesional atau individu yang ingin melakukan
perubahan dan mencapai kejayaan, saya akan membimbing anda dengan ilmu, strategi, dan tindakan yang telah terbukti berkesan,” jelas Azizan seraya mengakhiri sesi bersama media.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Rosmah Idayu