Ribuan Iringi ‘Perjalanan Akhir’ Guru, Yang Mewaqafkan Hidupnya Mengajar Al-Quran

Share

MasyaAllah.. alangkah beruntungnya guru ini. Biarpun semasa hayatnya, tidak dikurniakan nikmat penglihatan zahir, guru ini tak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuknya mewaqafkan seluruh hidupnya mengajar Al-Quran.

Sesungguhnya inilah pemergian yang dicemburui. Ribuan anak murid dan para jemaah tabligh, malah pengajar pondok mengiringi ‘perjalanan akhir’ Allahyarham Ustaz Musa bin Al Hafidz di Yala, Thailand.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Iman Muda Asyraf dalam instagramnya, Allahyarham yang berasal dari Terengganu ini telah mengajar ribuan murid dari pelosok negara. Malah, lebih 500 orang khatam hafazan 30 juz Al-Quran dengannya.

 

 

Tulisnya,

انالله وانا اليه راجون

Telah pulang ke rahmatullah Ustaz Musa bin Ali Al Hafidz. Seringkali saya membawa kisah beliau ketika kuliah Nuzul Quran baru-baru ini.

Tuan guru berasal dari Terengganu. Seorang OKU (Tidak mampu melihat) sejak lahir. Belajar sekolah sewaktu kecil di Johor. Menyambung ke Kuala Lumpur. Kemudian belajar Tahfiz di Maahad Tahfiz Kubang Bujuk di Terengganu. Sambung belajar Golok Thailand.

Seorang guru yang sudah mewaqafkan seluruh umurnya untuk mengajar Al-Quran. Selama 30 tahun mengajar di Madrasah Markaz Yala Thailand dan beberapa Madrasah Tahfiz di Malaysia. Ribuan murid beliau tersebar di Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Indonesia.

 

 

Walau Uzur Penglihatan, Ribuan Anak Muridnya

Walau penglihatan beliau uzur tapi ribuan anak muridnya. Bahkan lebih 500 orang yang khatam hafazan 30 juz Al-Quran dengan beliau. Juga seramai 107 orang telah menyelesaikan Syahadah khatam ( Pakar ).

Arwah selamat dikebumikan di Markaz Yala Thailand kelmarin.

Semoga ALLAH merahmati beliau dan memasukkan beliau ke syurga tertinggi.

خيركم من تعلم القرأن وعلمه “Sebaik-baik
kamu ialah sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”

 

 

Lebih 1000 Murid Dan Jemaah Tabligh Solat Jenazah

Dalam ruangan komen posting berkenanan, pengguna akaun syukurmustafa berkongsi pengalamannya yang turut serta dalam urusan pengebumian jenazah.

Alhamdulillah ana dapat kesempatan hadir bersama solat jenazah beliau sampai di Markas Yala sejak zohor lagi. Lebih 1000 para murid dan para jamaah tabligh dan para pjr pondok ustaz 2 yang menunggu solat jenazah beliau.

“Alhamdulilah beratus. Murid yang syahadah 30 juzuk dengan beliau dari Malaysia, Thailand, Comboja dan lain-lain. Beliau antara orang awalun warga Malaysia yang sanggup banyak qurban masa untuk para huffaz.”

 

 

Sumber/Foto : Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf)

Published by
Netty Ah Hiyer