Benarlah rezeki itu datang dalam pelbagai cara dan tidak pernah tersalah alamat. Tidak kiralah sihat sempurna tubuh badan atau memiliki masalah kurang upaya (OKU). Apa yang penting rajin berusaha cari pendapatan tanpa rasa jemu.Siapa sangka, kekurangan yang dimiliki boleh menjadi satu kelebihan suatu hari nanti.
Seorang wanita yang mengalami masalah pendengaran bakal bergelar jutawan pada bulan April ini selepas menandatangani perjanjian bernilai lebih 1 juta pound (RM5.3 juta) bersama syarikat besar untuk kelas pengajaran bahasa isyarat hanya dari rumahnya sendiri.
Katie Redstar, 34, yang mengusahakan syarikat Ignite Your Inner Light dari rumahnya di bandar ini menawarkan kelas bahasa isyarat kepada syarikat-syarikat sejak tahun lalu. Dia mahu membantu orang senasib dengannya memperoleh pekerjaan.
“Saya pernah bekerja di sebuah kedai amal tetapi rasa tidak dihargai. Saya memberitahu agensi Pusat Pekerjaan bahawa saya mahu bekerja tetapi mereka mengatakan (saya) tidak boleh bekerja disebabkan kecacatan,”
“Ada kawan yang berkata, saya kena bersedia untuk menerima kenyataan ini. Saya katakan tidak. Saya ada visi untuk syarikat-syarikat diseluruh dunia untuk menerima pekerja yang pekak”.
“Membesar dengan ‘pintu tertutup’, masyarakat selalu memberitahu saya tak boleh buat banyak perkara kerana saya seorang pekak. Perkara ini memotivasikan saya dan sekarang saya tunjukkan pada orang ramai yang “hanya kerana saya pekak tidak bermakna saya tak boleh buat banyak perkara yang saya tak boleh capai”.
“Saya ada otak dan mampu berfikir untuk diri sendiri dan melakukan banyak perkara untuk diri sendiri. Ia mungkin bukan cara yang normal, contohnya menjawab telefon, tetapi saya ada kemahiran yang unik yang banyak orang dan syarikat perlu pelajari,” ujarnya.
Redstar menjadi pekak selepas menghidap meningitis ketika berumur tiga tahun. Dia mula mempelajari bahasa isyarat ketika berumur 4 tahun yang sekaligus menjadi salah satu bentuk komunikasi yang digemarinya. Dia juga mempunyai masalah penglihatan kabur dan akan menjadi buta tidak lama lagi disebabkan jangkitan sama.
Meningitis adalah radang pada membran otak dan tulang belakang. Ia boleh menjejaskan saraf telinga hingga otak. Kesan meningitis boleh menyebabkan kerosakan otak, peka, kegagalan fungsi ginjal dan masalah pendengaran.
MW: Tahniah kepada wanita ini. Buat golongan orang kurang upaya (OKU) jangan sesekali mengalah dengan takdir yang telah ditentukan. Teruslah berusaha gigih untu meneruskan kehidupan dengan kelebihan yang ada dengan cara yang tersendiri.
Sumber: Kosmo, metro.co.uk