Rezeki terpijak Heliza dan suami apabila rakan baiknya Mila sudi menghadiahkan majlis persandingan. Begitu bertuahnya pasangan pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi, 36, dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38 apabila beroleh rezeki terpijak diraikan lagi dalam satu majlis persandingan.
Majlis yang cukup indah dan meriah itu telah diadakan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, yang dihadiahkan Mila Jirin sendiri sebagai teman baik Heliza.
Bertemakan ‘Malam Islamik’ menyaksikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan Mila dan Heliza. Seperi umum mengetahui Mila merupakan pemilik empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre.
Rezeki Terpijak Heliza & Suami
Pasangan pengantin Heliza dan Mahadi telah bernikah pada 1 Januari. Berbicara tentang rakan baiknya itu, Heliza akaui pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang mekar sejak sama sama menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan teman baik yang bersungguh sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan.
“Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.
“Dia sendiri siapa tak kenal memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.
Ikut Sunah Nabi Gembirakan Mila
“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya. Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila.
“Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.
“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.
“Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan Al – Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah,” terangnya.
Artikel Menarik : Heliza, Adiknya Kongsi Pegalaman Pesakit Covid-19 “Alhamdulillah ALLAH Hari Ini Masih Pinjam Nyawa”
‘Mama Abah Ada Di Mana Mana..’ Gelagat Ibu Ayah Heliza Helmi Mencuit Hati
Akrab Dengan Mila
Heliza juga akui persahabatannya dengan Mila cukup akrab.
“Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5.
“Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.
“Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklah berborak fasal zaman dan kenangan dulu,” tambahnya.
Mingguan Wanita : Alahai suka tengok gelagat pengantin baru ni, memang sweet dan manja.
Sumber Foto : Bizmilla Wedding Centre
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI