Rezeki Tak Pernah Putus, Resepi KUIH SIPUT Dibuat Jual Tahan Lebih Sebulan!

Share

Kuih Siput antara kuih ‘lejen’ dan tradisional kegemaran ramai. Namun tak mudah nak buat kuih siput ni dan agak renyah kerana ia perlu ‘ditenyeh’ atau digentel terlebih dahulu sebelum di goreng. Malah jika adunannya salah, membuatkan kuih siput tersebut, jadi keras.

Ada caranya untuk goreng kuih siput ni supaya warnanya sekata, malah tahan lama lebih sebulan.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Che Aziah Daud ini sebagai rujukan;

Syawal hanya beberapa hari saja lagi saya ingin kongsi resepi kuih siput yang telah lama mnjadi punca pendapatan saya sejak 2012. Sampai sekarang saya masih menjual kuih siput. Alhamdulillah..rezeki tidak pernah putus dengan usaha ini, saya berikan resepi.

Kuih siput saya tahan sebulan lebih. InsyaAllah.

Bahan-Bahan:

1kg gandum
1cawan majerin
Air secukupnya
Cili mesin (kalau nak pedas boleh letak banyak)
Bawang besar blend sekali dengan cilikering
(saya guna bawang besar banyak)
1bungkus rempah kari daging
Garam,gula ,ajinomto
Daun kari
Minyak untuk menggoreng.

Cara Membuat:

1. Mesin semua bahan hingga lembut, biarkan adunan setengah jam.

2. Tekan dengan acuan, panaskan kuali. Minyak mesti banyak dan goreng hingga kekuningan.

3. Masukkan daun kari, kacau selalu untuk dapatkan warna yang sekata.

4. Angkat, biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba, Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Resipi Kuih Siput Untuk Jualan, ‘Ralit’ Makan Tak Sedar Habis Satu Bekas!
Baca Lagi Di Sini:Resipi KUIH SIPUT Lejen, 20 Tahun ‘Menenyeh’ Warna Sekata, Rangup & Sedap!
Artikel Menarik:‘Kuih Siput’ Ekspres Paling Senang Nak Buat, Tak Payah Gentel & Tak Perlu Rebus, Goreng Je!

Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat niaga. Boleh cuba buat kuih siput sendiri di rumah sempena raya nanti.

Sumber: Che Aziah Daud

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab