Jam 5.59 petang tadi, pelakon Hanis Zalikha selamat melahirkan anak keduanya, bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Berita gembira ini dikongsikan suami Hanis sendiri, Hairul Azreen di instagram miliknya. Katanya, “Assalammualaikum, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.”
“Di bulan Ramadan ini isteri saya, Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Bintu Hairul Azreen pada petang tadi, 5.59 pm.”
Tambah Hairul, kedua-dua anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah ini dilahirkan pada hari Jumaat. Tulisnya, “Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat
.”Hairul juga menyatakan rasa terima kasih kepada Hanis yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. “Thank you Mommy, Hanis Zalikha. Thank you sayang. Thank you my bam bam.”
Lihat foto yang dikongsi Hairul, ketara betul kecomelan Alisa Aisyah ini. Si comel ini juga sudah ada akaun instagramnya sendiri, @thealisaaisyah. Malah ramai rakan artis dan follower kedua selebriti ini mengucapkan tahniah di atas kelahiran permata hati kedua mereka.
Dalam perkongsian Hanis yang terdahulu, semasa hamilkan Alisa di trimester ketiga, dia pernah diuji bayinya tidak bergerak aktif. Masa itu, dia cuba berpuasa. Rasa ok saja, rupa-rupanya bila dikira gerakan bayi, jumlah tendangan yang selalu bayinya buat tak aktif macam selalu.
Dan ini nasihat Hanis.
“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang
.”“Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan.”
“Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata, “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya.”
Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.
Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time-time baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita.
Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita. Hanis juga berkongsi info tentang fidyah dan qada yang sumbernya diambil dari dari zakat.com.my.
MW : Tahniah untuk Hairul Azreen dan Hanis Zalikha di atas kehadiran bayi kedua dalam bulan Ramadan ini. Selamat berpantang buat Hanis.
Sumber/Foto : Hairul Azreen, Hanis Zalikha