Rezeki tidak datang bergolek dan bukan senang nak mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Gaji yang diperolehi hujung bulan kadang cukup kadang tak. Pelbagai perniagaan yang mudah dan senang dibuat sekarang. Cuma anda hanya perlu rajin sahaja untuk menjana pendapatan.

Orang Tengah

Pernahkah anda menggunakan khidmat “Orang Tengah?”, Personal Shopper dan sebagainya. Ada yang sanggup berkerja siang dan malam demi mencari sesuap nasi buat keluarga. Bayangkan, dalam setiap pesanan yang kita lakukan sebenarnya ada rezeki orang lain.

Khidmat orang tengah memang popular pada masa kini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tiada masa untuk membeli sendiri di kedai. Dengan adanya khidmat orang tengah ini memudahkan lagi urusan anda semua dalam menguruskan rumah tangga. Bukan hanya pesanan makanan sahaja, anda juga kini boleh membuat pesanan untuk membeli barangan basah dapur dan keperluan harian anda.

IKLAN

Di zaman teknologi masa kini tiada alasan untuk kita semua mencari rezeki. Duduk dirumah pun kita boleh memperolehi pendapatan yang lumayan. Cuma usaha dan cara sahaja yang perlu betul. Pelbagai perniagaan secara online sekarang boleh dibuat, walaupun rezeki orang tengah tetapi ia tetap menjadi punca rezeki kepada “orang tengah”.

 

IKLAN

Rezeki Orang Tengah

Ikuti kupasan lanjut, “Rezeki Orang Tengah” dalam Mingguan Wanita Talkshow pada hari esok, 20 Ogos 2019. Di Astro Prima 105 dan Prima Hd 121, jam 11.00 pagi hingga 12 tengah hari.

IKLAN

Untuk Sebarang komen dan pandangan tentang kupasan ini, boleh hubungi talian Teman Wanita anda di 03-89389647 atau komen terus di sosial media Mingguan Wanita seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI