rezeki masing-masing

Memang sudah menjadi rezeki masing-masing, kalau ada anak pasangan boleh bermanja dengan anak-anak. Tetapi andai belum ada zuriat dia dapat peluang berdua bersama dengan suami ke mana-mana.

Kelebihan dan cara bahagia yang tak akan sama, tetapi dua-duanya ada kelebihan tersendiri. Yang berdua mungkin dapat bercuti ke sana sini tanpa gangguan. Pendek kata berbulan madu sebulan sekali.

Dan yang dah punya anak pula, ke hulu hilir dengan anak-anak walau bawa si kecil ke tempat yang dekat-dekat. Tetapi hatinya tetap puas sebab tengok anak-anak seronok bermain. Begitulah… dan situasi ini dilalui sama oleh Puan Nieza Termizi, rasa seronok tengok pasangan yang ada peluang berdating berdua.

Rezeki Masing-masing

Bila tengok pasangan masih belum ada cahaya mata, berjalan sana sini, holiday berdua dan berdating..

Seronoknya la haii…

Ehh… kita teringin juga nak gi dating dengan suami, jalan-jalan ke tempat peranginan sambil berpimpin tangan.

Tapi bila kita teringat anak-anak, kita cancel semua planning. Mana taknya, awal-awal lagi dah kene warning,

Ads

“Ibu jangan la pergi jalan berdua je dengan baba. Kami nak ikut jugak!”

Penyudahnya, kita jalan semua satu keluarga.

Begitulah…

Beza Yang Sudah Punya Anak Dan Belum

Ada banyak beza mereka yang bercahaya mata dengan yang tidak.

Contohnya, kita yang bercahaya mata ni, setiap hari kene tadah telinga dengar anak bercerita. Belum sampai rumah lagi, dalam kereta dah update macam-macam berlaku di sekolah. Kadang nak cakap dengan suami/isteri pun kene potong.

Ads

“Sekejap sekejap..tunggu ibu cakap dulu, baru kakak cakap!”

Kat rumah penat belum habis lagi. Yang kecik nak susu, abang pun nak susu juga. Kakak nak buat homework, minta tolong ibu cek. Siap beg untuk ke sekolah esok, sekali pensel khat yang ustazah suruh beli semalam tak cari lagi. Keluar la si abah cari pensel khat lepas solat isya’.

Malam tu, mata dah tak tertahan sangat. Macam ada bongkah batu letak atas kelopak mata. Berat tak boleh nak buka. Tapi si kecik cergas semacam. Terpaksa ikut kemahuannya.

Esoknya bangun awal pagi. Kejut kakak. Angkat abang sebab dia tak pandai mandi sendiri. Sekali malam semalam dia kencing toto pula. Lagi sekali kene basuh dan jemur toto serta lap lantai. Bangun pulak si kecik, tukarkan pampers. Beg baju salinan nak kene siap 3 kesemuanya. Jangan ada yang terlupa, jangan ada yang tertinggal. Make sure beg adik ada pampers, susu, botol dan sebagainya.

Ads

Huahhh… penat memang penat.

Tapi apa yang menyebabkan ibu dan abah gigih buat rutin ni setiap hari?

Kerana ada nilai syukur dan kasih sayang.

Bahagia Dengan Cara Yang Berbeza

Memang situasi kita berbeza. Yang belum direzekikan cahaya mata, punya lah banyak masa dengan pasangan. Nak relax dan bercuti pun anytime. Tapi pernahkah kita selami kesunyian mereka? Happy tapi kalau boleh tetap mahu dengar keriuhan dan gelak tawa zuriat sendiri.

Begitulah kita. Penat… tapi bersyukur dan gembira hidup dikelilingi orang-orang tersayang. Penyejuk mata dan hati kita. Penghibur di kala duka. Peneman di kala kesunyian.

Benarlah orang kata, bersyukur lah kerana di situlah kunci kebahagiaan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI