Memang teruja setiap kali melihat kulit wanita yang sihat dan cantik dalam usia 30an ke atas dan kali ini salah seorangnya adalah NSD Robiah Huri.
Bukan hanya fokus dengan kecantikan luaran, wanita ini juga rajin melakukan aktiviti luar seperti hiking dan senaman untuk tubuh badan yang sihat. Lagi pun, kecantikan luaran ini kena lah selari dengan dalaman. Biar cantik dan sihat, katanya.
Bila bercerita tentang kecantikan, Puan Robiah atau lebih mesra disapa dengan gelaran Kak Ruby tidak kedekut berkongsi tip kecantikan untuk 30an ke atas.
Maklumlah, biasanya tanda-tanda penuaan berlaku pada wanita bila masuk umur 25 ke atas. Jadi yang mana dah masuk dunia 30an, anda tergolong dalam kategori orang yang wajib jaga kulit wajah.
Kalau nak ikutkan penampilan, dari segi luaran ini sebenarnya kulit memerlukan penjagaan rutin regiman yang lengkap.
Wajib Ada Pencuci Yang Sesuai Dengan Masalah Kulit
Pertama seperti yang kita tahu, pencucian yang golongan wanita perlu ada di rumah ialah pencuci muka untuk jaga kebersihan kulit.
“Kita ni keluar terdedah dengan macam-macam, dekat luar habuk kotoran jadi pencuci muka adalah wajib bagi seorang wanita.
Tetapi pastikan pencuci yang sesuai untuk kulit muka. Tak adalah kita nak letak pencuci sabun badan dekat badan kita. Sebab kulit muka kita tak akan sama dengan badan. Jadi pastikan pencuci muka itu sesuai dengan jenis masalah kulit kita.”
Tak Kenal Jenis Kulit
Ada satu masalah lagi, ada sesetengah golongan wanita, walau pun dah masuk umur 30an tapi dia masih tak tahu apa jenis kulitnya. Jadi Kak Ruby kongsikan cara mudah untuk selesaikan masalah anda ini.
“Ok, kena ada ilmu pasal kulit. Nak lagi mudah kena cari orang yang tahu pasal produk yang sesuai dengan kulit macam beauty consultant. Tapi zaman sekarang ni segala info anda boleh dapat di hujung jari je. Jadi, ini mudahkan anda untuk kenal masalah kulit.
Selalunya wanita boleh rasa sendiri, kalau kering kulitnya ada jeragat dan rasa kesat.
Kalau berminyak, tak sampai pukul 10 kulit mukanya dah berminyak-minyak. Jadi 30an ke atas mesti ada pencuci muka untuk hilangkan masalah kulit ni.”
Pentingnya Pelembap Muka
Pelembap ini wajib sebab bila kita cuci muka dan semakin berumur, kulit perlukan kelembapan pada kulit. Terutama bagi wanita yang bekerja yang duduk dalam aircond atau jenis kurang minum air, dia akan keringkan kulit. Tak ada pilihan lain, anda perlu add on pelembap.
Ads
Kongsi Puan Ruby, “Kalau kulit tak pakai pelembap, wanita itu akan nampak tua lebih 5 tahun daripada usia sebenar. Mana-mana wanita berumur 30an, anda wajib ada pelembap sebagai bantuan untuk elak kulit cepat rosak.”
Exfoliate atau Skrub
Sangat penting untuk buang sel kulit ati yang ada di kulit wajah. Bila usia meningkat 30an ke atas, sel kulit mati tu tak akan gugur dengan sendiri.
“Macam bayi atau kanak-kanak, cukup 28 hari sekali dia akan tumbuh kulit baru. Tapi wanita yang dah semakin berumur dan metabolisme semakin menurun, jadi kulit mati tak akan gugur sendiri.
Kita memang perlukan sesuatu untuk exfoliate, tapi bukan yang menggunakan bahan yang ada chemical. Cara ini cuma untuk buangsel kulit mati atas supaya bila kita pakai serum, dia akan serap dengan lebih berkesan.”
Lagi satu kalau kita rajin skrub, kulit wajah kita akan nampak berseri.
Jangan Tinggal Toner
Paling terbaik sebenarnya adalah penyegar yang dipanggil toner. Lepas cuci muka, toner itu fungsinya untuk kecilkan pori.
“Kalau ikut regimen yang asa yang penting, pencuci, pelembap, skrub (seminggu dua kali), sun protecter. Ada sesetengah wanita nak dua asas produk yang paling terawal, jadi dia boleh ambil pencuci muka dan pelembap.
Tapi kalau betul nak kulit yang ‘molek’ kena pakai lengkaplah lah.”
Ads
It belum campur serum lagi. Haaa… yang dah masuk 30an dan 40an, serum itu dah kira wajib! Nak tahu kenapa? Ok, jom rujuk perkongsian Puan Rubi seterusnya.
Macam Mana Dengan Serum?
Ada orang umurnya baru 30an tapi tengok rupa macam 40an. Hah… itu tandanya kulit kita dah semakin menua, kena lah rajin pakai serum.
Pelindung Kulit (Sun Protector)
Untuk kes wanita yang suka buat aktiviti luar, malas macam mana pun anda kena calit sun protector. Ini mampu elakkan jeragat semakin membiak dan kulit rosak dalam usia yang muda. Dah ada ke belum?
Petua Alami Selain Guna Produk Dalam Masa 30 Hari
Kacang Hijau
Dulu-dulu Puan Ruby suka rendam kacang hijau satu malam dan esoknya blend dengan kunyit hidup dijadikan sebagai mask.
Bila pakai kat muka dia boleh remove sel kulit mati dan rasa kulit tegang.
Memang mula-mula pakai kulit nampak kuning tapi mask ini bagus.
Putih Telur
Ads
Selain kacang hijau, Puan Ruby juga pernah menggunakan putih kulit untuk sapu pada kulit wajah. Nak jimat, cubalah!
Masalah Orang Nak Cepat Cantik
Biasalah kebanyakan wanita nak kesan yang cepat tetapi sebenarnya benda yang cepat ni, mesti ada bahan-bahan kimia yang merosakkan kulit.
“Haa… tapi awas ya! Benda yang baik dia perlukan masa. Jadi eloklah lambat asal selamat.”
Healing Proses
Siburn memang dah ada di bawah kulit. Dia dah disekat oleh pori-pori kita tersumbat, minyak ada di situ, sebab itulah keluar nanah dan jerawat makin banyak.
Nak kira berapa lama masalah jerawat akan sembuh, jelas Puan Ruby ini bergantung kepada cara kebersihan seseorang wanita itu sendiri. Termasuklah bantal dan inner yang dipakai berulang kali.
Sekarang, wanita di luar sana sudah nampak secara jelas tak macam mana nak jaga kulit wajah dalam usia 30an?
Nanti semak dulu barang apa yang tak ada di rumah, terutama sekali PELEMBAP. Tengok, walau berstatus ibu anak lima, tetapi Puan Robiah Huri memang awet muda. Macam 30an dan masih sihat.
Jadi sekarang, terpulang pada anda nak cantik sikit atau banyak.
Jualan Meja Untuk Dua Rumah Kebajikan
Showcase amal yang bakal berlangsung pada 30 Mac 2019 di Sime Darby Convention Centre ini turut dijayakan bersama selebriti terkenal tanah air seperti Harith Iskandar, Mark Adam, Zero dan Nabil Ahmad.
Anda dijemput untuk menghadiri acara amal ini.
Meja jualan sudahpun dibuka, datanglah bawa keluarga dan insan tersayang.
Hasil jualan meja ini nanti akan MW salurkan kepada dua rumah kebajikan, RUMAH KITA dan RAUDATUL SAKINAH.
Telefon talian ini untuk tempahan meja : 019 6753057 (Showcase Amal Dunia Raikan Wanita)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Duduk sembumbung tetapi masih ramai yang anggap kerja rumah ini hanya tugas seorang isteri semata-mata. Dia lah yang jaga anak-anak, dan dia lah yang kemas rumah dan cuci pinggan mangkuk bagai.
Allah… memang penat kalau isteri seorang saja yang pulun. Padahal guna tandas bersama, tengok tv bersama, dan tidur pun sekatil. Tetapi pada akhirnya, isteri yang asyik kena basuh pinggan, cuci tandas dan lipat kain selimut!
Yang si dia tahu, balik rumah komplen rumah tak bersepah dan bising pasal anak-anak tak terurus. Pernah tak tanya kenapa isteri tak sempat buat semua itu?
Agak-agak kalau isteri tak ada di rumah seminggu, apa yang akan jadi dalam rumah itu ya? Ini mungkin sebab terbiasa dengan didikan sebelum kahwin.
Sebelum Kahwin, Semua Mak Buat
Baju letak saja atas lantai, nanti mak kutip, mak letak dalam mesin, mak basuh, mak sidai, dan akan mak lipat. Tak payah pening kepala. Sampai bab nak makan apa, si anak cuma cakap saja nak makan apa. Mak akan pergi pasar, mak beli barang, mak masak, mak panggil makan.
Tengok rumah bersepah, jangan risau sebab kejap lagi mak akan kemas. Bilik berselerak, buarkan saja sebab nanti mak akan kemas. Sakit demam, mak jaga.
Si anak?
Anak boleh fokus main game, boleh fokus keluar lepak dengan kawan-kawan, boleh fokus buat apa yang dia nak buat.
Selepas Kahwin, Semua Bini Buat
Baju letak saja atas lantai, bini kutip, bini letak dalam mesin, bini basuh, bini sidai, bini lipat. Nak makan apa, cakap saja, bini g pasar, bini pergi beli barang, bini masak, dan kejap lagi bini panggil makan.
Masuk cerita rumah bersepah, tak payah bising, bini akan kemas. Bilik berselerak pun, bini akan kemas. Sakit demam, bini jaga. Suami boleh fokus main game, boleh fokus keluar lepak dengan kawan-kawan, boleh fokus buat apa yang dia nak buat.
Itulah puncanya! Jadi kalau tak nak susahkan orang perempuan dan tak nak isteri murung, tolonglah buat kerja sama. Tak salah pun bantu isteri di rumah. Jangan sampai anggap suri rumah yang tak ada pendapatan itu macam orang gaji ya, tahu mengarah bila nak sesuatu.
Paling teruk, nak air pun jerit suruh isteri ambilkan. Hmmm… Fikirlah sehabis baik sebelum nasi menjadi bubur.
Simpan Kerja Rumah Untuk Suami
Kalau nak curi-curi tidur pun belum tentu dapat. Buka Tv bagi anak tengok pun, kadang tetap dikacau maknya. Mana lah ada masa nak lelap. Melainkan anak itu jenis tidur siang. Hakikatnya dari pagi hingga petang, isteri memang tak cukup rehat.
Bila ada anak-anak sekolah, selesai ambil anak-anak, baru boleh rehat kejap. Tapi matanya dah mula tengok jam, tunggu suami pulang sebab tak sabar nak kongsi emosinya.
Bukan bermakna kerja rumahtangga dah habis, tetapi dia dah simpan sikit kerja rumah untuk encik suaminya bantu. Maka, kalau suami balik tengok ada pinggan mangkuk tak dibasuh, selesaikan.
Tengok ruang tamu ada mainan dan bantal-bantal, tolong simpan dan susunkan. Nak harap isteri semua buat, serius tak akan berlaku. Penyudahnya suami kritik, isteri tertekan! Tak pasal-pasal berlaku perang dingin pula.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam perkahwinan, urusan rumahtangga dan mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab bersama suami isteri. Namun tidak dinafikan ada ramai suami yang jenis lepas tangan dan serahkan tanggungjawab jaga anak-anak serta urusan rumahtangga semuanya pada bahu isteri.Antara sebabnya ia mungkin dipengaruhi oleh cara didikan keluarga serta faktor perubahan peranan dan tanggungjawab suami isteri pada masa dahulu.
Ramai Suami Lepas Tangan
Perkara ini turut diakui oleh pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, 67, apabila ramai suami yang melepaskan tanggungjawab tersebut pada isteri.
“Ramai suami sebenarnya dia melepaskan tangan dalam mendidik anak kepada isteri.Ini sebenarnya model, yang suami ini dapati daripada ayah mereka. Kebanyakan kita ikut tindak tanduk ayah atau model-model yang kita lihat, yang kita ingat.Ini satu kesilapan. Sebab di zaman dahulu ibu kita sepenuh masa di rumah, suri rumah sepenuh masa, jadi merekalah yang akan menjaga anak-anak. Memang munasabah. Dan ayahlah yang bertungkus lumus di luar sana, di sawah ke di ladang ke di pejabat untuk mencari rezeki.Jadi serahkan mendidik anak itu pada ibu sepenuhnya. Yes,sesuai..,”
“Tapi di zaman sekarang, ibu bapa kedua-duanya bekerja. Kalau ibu sepenuh masa di rumah pun masih memerlukan bantuan, sokongan para suami. Apa para isteri boleh buat. Isteri kena mendidik suaminya.
“Saya dididik oleh isteri saya. Isteri saya telah mendidik saya selama 42 tahun banyak perubahan dalam diri saya, asbab isteri saya mendidik, berpesan, berleter untuk saya berubah langkah demi langkah,”jelas beliau.
Menurut Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah lagi, adalah penting bagi seorang isteri mendidik suaminya untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah dan mendidik anak-anak.Ia juga merupakan salah satu cara untuk mengelakkan para isteri terlalu terbeban dengan mendidik anak dan menguruskan rumah tangga sendirian.
Pakar motivasi ini juga ada berkongsi tip yang para isteri boleh lakukan;
1. Senaraikan Tugasan Di Rumah
Orang lelaki berfikir dengan otak kiri, jadi isteri kena senaraikan tugasan yang perlu dilakukan di rumah seperti membasuh,memasak, menggosok menghantar anak tuisyen. Senaraikan tugasan-tugasan tersebut, agar suami nampak dan cadangkan pada suami tugasan yang suami boleh tolong.Bila suami nampak senarai tugasan yang banyak tersebut, dia rasa isteri terbeban dan dia akan nampak ruang untuk membantu isteri. Ini adalah salah satu cara mendidik suami.
2. Puji Suami & Sebarkan Pujian
Setiap kali suami menolong membantu, ucapkan terima kasih, puji suami dan sebarkan pujian dan perkara positif tersebut.
Namun demikian, Dr.Fadzilah Kamsah juga ada berpesan agar para isteri elakkan diri daripada menjadi terlampau berdikari,terlampau hebat dan super efisien sehingga membuatkan suami tak nampak ruang untuk membantu. Apabila isteri mengadu dan menerangkan bahawa dirinya tak larat, tak mampu menguruskan kerja rumah dan turut sibuk, kebanyakan suami yang munasabah dan siuman pasti akan menolong isteri.
MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat agar para suami isteri dapat menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak dan menguruskan rumahtangga bersama-sama.Tidak melepaskan tugasan tersebut hanya kepada sebelah pihak sahaja.
Showcase Amal Raikan Wanita
Sebagai tanda sokongan dan penghargaan terima kasih kepada golongan wanita, pihak media (NU Ideaktiv) bersama-sama korporat meraikan wanita dari pelbagai peringkat umur dan kedudukan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac ini.
Majlis: Showcase Dunia Tanpa Wanita
Tarikh: 30 Mac 2019
Masa : 2.00 petang- 5.30 petang
Tempat: Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur
Majlis showcase Hi Tea eksklusif ini akan diadakan dengan pendekatan berhibur sambil beramal. Lebih istimewa, sambil berhibur sebahagian daripada hasil kutipan jualan meja akan disalurkan kepada dua (2) buah NGO yang merupakan pusat perlindungan wanita/ remaja wanita, iaitu Rumah Kita dan Raudatus Sakinah.
Showcase juga akan dimeriahkan dengan persembahan stand-up comedy oleh selebriti terkenal tanah air seperti Harith Iskander, Kumpulan Zero, Elly Mazlein dan Mark Adam, serta dihiburkan dengan nyanyian merdu Dayang Nurfaizah. Nabil Ahmad pula akan bertindak sebagai pengacara majlis yang akan menggamatkan lagi suasana serta turut diadakan acara cabutan bertuah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...