Hiburan

Rezeki Hamil Anak Ke 2, Uyaina Arshad Dilantik Jadi Duta Baby Ayo

Share

Rezeki anak ni sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi. Bagi pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad kehamilan kali ini banyak memberi impak terhadap dirinya baik dari segi kehidupan mahupun kerjaya.

Baru-baru ini, Uyaina mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki untuk kehamilan keduanya yang kini  telah memasuki usia tujuh bulan.

Teruja dengan kehamilan kali ini, Uyaina melahirkan harapan agar  bayi dalam kandungannya itu sihat dan berjalan lancar.

“Saya cuma berdoa agar anak saya sihat serta sempurna akal, fikiran, hati dan fizikal.

Uyaina ditemui pada majlis pengumuman jantina anak keduanya dan pelantikannya sebagai duta bagi suplemen kesihatan kanak-kanak, Baby Ayo Berries Gummy yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Ketika ditanya adakah dirinya kecewa belum dikurniakan zuriat perempuan, Uyaina mempunyai jawapannya yang tersendiri.

“Saya tidak kecewa kerana belum dikurniakan anak perempuan tapi saya sangat bersyukur. Jika diikutkan, dalam keluarga saya, dua adik-beradik di atas saya adalah lelaki. Kemudian, kakak dan barulah saya.

Duta Suplemen Kesihatan Kanak-Kanak

“Anak buah saya pula seorang sahaja lelaki dan yang selebihnya perempuan. Bila ada Raja Urhan (anak sulung) dan bayi kedua ini, bertambahlah bilangan lelaki,” katanya.

Sementara itu, suami kepada Uyaina Arshad, Raja Syahiran pula meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata lelaki sekali gus menjadi tunjang utama buat keluarganya satu hari nanti.

“Saya sangat bersyukur. Lelaki atau perempuan, saya terima saja. Seperti ibu bapa lain, mereka pasti gembira jika mempunyai anak sepasang.

“Bila dikurniakan dua anak lelaki pun saya bersyukur sangat. Mungkin dia boleh menjaga ibu, nenek dan adik-beradiknya yang lain nanti.

“Saya juga berharap agar dapat menjadi seorang bapa dan pemimpin yang baik buat anak-anak saya. Saya juga nak didik mereka menjadi manusia berguna buat masyarakat,” katanya.

Bercerita mengenai pelantikannya sebagai duta Baby Ayo, Uyaina berkata, dia menganggap tawaran yang diterima sebagai rezeki buat anak-anaknya.

“Sebagai ibu saya mesti nak yang terbaik untuk anak-anak saya. Jadi apabila mereka melamar saya sebagai duta, saya terlebih dahulu meneliti kandungan yang ada di dalam suplemen ini.

“Tawaran ini memberi peluang kepada saya berkongsi rezeki dengan anak-anak. Segala hasil yang diterima adalah untuk mereka pada masa mendatang,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Baby Ayo, Saidatul Amin berkata, selepas mengkaji khasiat Elderberry dan Acai Berry yang mampu meningkatkan dan menguatkan sistem imunisasi anak-anak  ia sekali gus memberi inspirasi kepada AYOGI Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan Elderberry dan Acai Berry menerusi jenama Berries Gummy Kids Vitamin.

Menguatkan Sistem Imunisasi Anak-Anak

“Idea ini terhasil apabila salah seorang anak ahli keluarga kepada pengasas produk ini sering mengalami masalah demam dan selesema selepas mula masuk ke sekolah. Salah seorang rakan baiknya mengesyorkan satu produk berasaskan Elderberry dan Acai Berry dari Australia dalam bentuk cecair, anaknya sudah jarang demam dan selesema.

Sekali gus memberi idea untuk membuat satu formulasi baharu tetapi dalam bentuk gula-gula kunyahan (gummy) supaya lebih mudah dan lebih digemari oleh anak-anak kecil terutamanya.”

Terdahulu, Uyaina Arshad menerima kejutan sempena majlis perlantikan sebagai duta Baby Ayo dan majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta jenama Baby Ayo.

Published by
Rosmah Idayu