Rezeki ini berbeza-beza, ada orang dikurniakan rezeki wang ringgit, ada setengahnya dikurnikan rezeki ramai anak dan segelintirnya pula dikurnikan kesihatan yang baik mampu berkerja siang, malam.

Kadang-kadang pula ada orang yang dia berusaha sedikit, dia dapat apa yang dimahukan. Ada pula puas berusaha tetapi Allah masih tidak beri rezekinya padanya. Segala yang berlaku adalah atas kehendak-Nya. Oleh itu, jangan persoal apabila rezeki lambat atau cepat kerana apabila tiba masanya yang betul-betul, mesti Allah beri.

Ikuti perkongsian  Firdaus Shakirin ini :

Konsep rezeki…

Rezeki tak pernah salah alamat, rezeki tak pernah terlambat…

IKLAN

Ada orang rezeki awal, ada orang rezeki lambat… Awal atau lambat rezeki kita, itu bukanlah satu perkara yang perlu dibuat perbandingan…

Adakalanya rezeki yang lambat itu lebih baik daripada rezeki yang awal…

Sebab rezeki yang lambat itu datang pada waktu yang betul-betul kita perlukan… Konsep rezeki ini, kalau memang kita punya, tetap kita punya… Tak akan jadi hak org lain, tak akan jatuh ke tangan orang lain…

IKLAN

Bersabar, Pasti Ada Rezeki Kita

Ramai yang mengharapkan bantuan, ramai yang masih menunggu bantuan… Layak dapat, tapi masih tak dapat… Maka jangan risau, jangan tertekan… Sabar, doa lagi banyak-banyak… Mungkin dalam kalangan kita yang tunggu tak dapat ini, ada lagi yang lebih sukar keadaannya, yang lebih teruk ujiannya, yang lebih perlu lagi daripada kita, pun masih tak dapat…

Kita masih lagi ada makanan untuk dijamah, kita masih lagi ada rumah untuk berteduh dan kita masih lagi diberikan kesihatan yang baik oleh Allah…

IKLAN

Kalau ada rezeki itu, ada lah… Jangan kecewa sgt… Tugas kita ialah berusaha… Dapat atau tak, bila nak dapat, kita serah pada Dia…

Bagi yang sudah dapat, ingat, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Jangan mengeluh dan berduka, setiap manusia mempunyai rezeki yang tersendiri. Jika itu hak kita sama sekali tidak akan menjadi hak orang lain. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI