Rezeki Anak Ramai @ Sedikit Bukan Kesalahan, Mak Ayah Berbanggalah Galas Tanggungjawab Ini

Share

Pertanyaan yang selalu diberikan bagi pasangan yang berkahwin, tentulah bilangan anak. Tak kurang juga yang tanya ‘bila nak dapat anak? Itulah, anak ramai atau sedikit, semua itu tidak menjadi persolan sebabnya itu rezeki yang Allah tentukan.

Mungkin ada isteri yang setiap tahun diberikan rezeki untuk beranak, tapi ada juga isteri yang ditakdirkan berpuluh tahun kahwin tapi belum dikurniakan anak. Ada juga yang hanya mempunyai seorang saja dan macam-macam lagi.

Tak kisah rezeki anak ramai atau sedikit, itu tidak menjadi persoalan. Apa yang harus kita ingatkan sebagai mak ayah adalah tanggungjawab dalam menjaga anak itu sebaik mungkin.

Tak perlu rasa sedih sebab belum dikurniakan anak atau hanya seorang saja. Malah, jangan mengeluh diberi anak ramai. Sebab semua itu ada asbabnya dan sudah diatur rezeki masing-masing.

Perkongsian daripada Nooor Fathin Azlan boleh dijadikan panduan dan amalkan bacaan doa ini terutamanya bai suami isteri yang belum dikurniakan anak. Paling penting, bila diamanahkan untuk tanggungjawab meenjaga anak, galaslah sebagainya sebab itu adalah AMANAH.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Ekzema, Jangan Takut Beri Makan Telur, Pilihlah Telur Warna Oren Untuk Khasiatnya

Anak Sulung IQnya Tinggi, Mak Ayah Didiklah Cara Betul Sebab Dia SANGAT ISTIMEWA

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Ramai Atau Sedikit Itu REZEKI

Dulu aku pernah berkongsi mahu memiliki anak seramai yang mungkin jika diizinkan Allah, Insya Allah. Maka ramai yang bertanya kenapa? Kata mereka biar seorang dua asalkan berkualiti dari ramai tetapi tidak berkualiti.

Anak sedikit atau anak ramai, bukanlah satu kesalahan. Masing-masing punya alasan tersendiri kenapa mahu begitu dan begini.

Cuba tanya diri, apa tujuan kita untuk memiliki anak? Adakah kita mampu berjanji kepada Allah untuk sedaya upaya mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah?

Apakah kita memiliki impian untuk mewariskan sesuatu kebaikan dalam generasi keturunan kita?

Kalau ditanya kepada kami, iya kami mahu menyumbangkan zuriat-zuriat kami kepada agama dan masyarakat. Kami mahu melahirkan zuriat yang dapat mengajak orang berbuat kebaikan, yang menghalang orang berbuat keburukan, yang mampu menyumbang pada masyarakat dan umat Islam.

Sebagai suami isteri, kami ada misi dan visi dalam mendidik anak-anak. Bukan hanya sekadar mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak tanpa sebarang ilmu.

Jika kalian juga berkata ya, maka jangan sesekali berputus asa dalam mendidik anak-anak. Bagi yang belum memiliki zuriat, marilah kita belajar sesuatu dari kisah Nabi Zakaria.

Doa Dapat Anak

Q.S Ali Imran, ayat 38.
“Ya Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Doa”

Anak-anak ini dilahirkan tanpa satu dosa pun, tetapi adakah mereka akan selamanya baik? Tentu saja tidak. Ibu bapa perlu berusaha dalam mendidik anak-anak. Dalam doa ini, Nabi Zakaria berjanji kepada Allah bahawa akan mendidik anak sebaik-baiknya jika beliau dikurniakan anak.

Q.S Maryam, ayat 4-6
“Ya Rabbku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa. Yaa Rabbku, sesungguhnya aku khuatir terhadap waliku (yang mewarisiku) sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Maka anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisiku dan keluarga Ya’qub dan jadikanlah ia, Ya Rabbku, seorang yang diredhai”

Masya Allah betapa Nabi Zakaria mengadukan segala keadaannya yang semakin tua dan isterinya yang mandul, tetapi beliau tidak berputus asa dalam berdoa.

Bahkan beliau sangat takut jika tidak dikurniakan keturunan, siapa lagi yang akan meneruskan misi kenabian ini? Nabi Zakaria memiliki misi yang sangat besar dalam keturunannya, bahawa ia akan mendidik anak yang akan meneruskan amal soleh keluarga besar, yakni misi dakwah dari moyang beliau, Nabi Yaqub.

Q.S Al Anbiya, ayat 89
“Ya tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris yang paling baik”

Pada doa terakhir ini, Allah memperkenankan doanya. Dalam doa ini Nabi Zakaria mengadu. Mengadukan segala keresahan dan kegundahan dalam dirinya. Tidak pernah lelah dan tidak sedikit pun berburuk sangka atas ketetapan Allah.

Sedangkan Nabi Zakaria, seorang nabi tidak pernah berputus asa meminta dan berdoa pada Allah, yang doanya mudah dimakbulkan, apatah lagi kita?

Wahai ibu ayah dan yang bakal menjadi ibu ayah, berbanggalah dengan tanggungjawab yang akan dan sedang kita jalani ini. Persiapkan diri untuk menjadi madrasah utama untuk anak-anak.

Memang tidak mudah, tetapi percayalah bahawa tanggungjawab ini akan memberi ganjaran indah di syurga.

Bagi kalian yang sedang menanti zuriat, amalkan 3 doa ini. Doa sungguh-sungguh dan berjanjilah kepada Allah.

Mingguan Wanita : Anak itu amanah, jagalah amanah itu sebaiknya dan semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sumber: Noor Fathin Azlan

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora