Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai.Namun bukan semua pasangan bertuah, cepat dikurniakan rezeki anak setelah berkahwin. Ada pasangan yang saban tahun masih menanti agar dikurniakan rezeki dan anugerah ini.
Meskipun, perkongsian pengalaman oleh Puan Ernayanee Nur Julaimi yang juga merupakan Pengasas De’Xandra ini pernah dikongsikan di Facebook beliau pada awal tahun dahulu.Namun diharap perkongsian ini terus dapat dijadikan sumber inspirasi buat pasangan yang masih menanti cahaya mata, agar terus kekal positif, jangan putus asa berusaha dan bersangka baik lah dengan apa juga yang ditakdirkanNya.
Berikut antara perkongsian beliau;
Rezeki Anak Mungkin Tidak Cepat Tapi Waktu Yang Tepat
“Kita merancang tapi ALLAH sebaik-baiknya Pemberi.2017 Pembukaan baru bagiku untukku kongsikan kisah 3 kembarku.ISLAM, IMAN & IHSAN (nama ni sempena mengingati seorang guru yang sangat penyayang sangt rendah hati mengajarku tentang TAUHID.ESQ)
Alhamdulillah, Sebenarnyer lama dah nak berkongsi berita gembira ni, ada yang dah tahu dan ada yang belum atau samar-samar. Kini mereka sudah berusia 4 bulan didalam kandungan.Gambar ini antara gambar yang terawal yang masih dapat kita lihatlagi 3 kantung berisi rezeki ALLAH padaku.
5 tahun penantian penuh kesabaran, sebelum kahwin & selepas kahwin ujian demi ujian aku lalui , kata-kata sinis sana sini ku dengarkan pada perniagaan, rumahtangga dan masalah zuriat, tapi kesabaran ku ALLAH berikan pada waktu yang tepat dan dia sebaik-baik pemberi.Walaupun lambat doaku makbul tapi diberikan waktu yang tepat dengan bilangan Subhanallah, 3 sekali.
Doktor Minta Kuruskan Badan
USAHA tidak pernah henti, 3 orang doktor aku jumpa, kebanyakkannya suruh aku kurus,maklumlah sejak kahwin badan mula berisi sangat.Berurut usah cakap pantang orang kata sana sini bagus, set appoinment nak jumpa dukun & bomoh (bukan sengaja tau, tak tahu sampai terjebak.kalau teringat kembali kisah ni aku siap elak2.Cukuplah pertemuan pertama).
Berubat sana sini dengan ustaz-ustaz.Macam-macam air dan ubat dah ku telan.IUI pun pernah buat.Sampai nak tebuk.Seram dengar.Usaha tidak henti.Sehinggalah 2016 aku jejakkan kaki ke tanah suci..
Alhamdulillah, REZEKI AKU mendapatkan MIKA MALAIKA, seorang anak yang sangat luarbiasa baik, bijak, pandai ambil hati, seorang anak yang bagiku ALLAH bagi untuk mengubat lukaku, sebab memang aku yang bermasalah bukan suamiku.
Siap cakap dengan suami. Sebelum Mika lahir, kalau takde rezeki awak kahwin lah dengan orang lain.Sedih nak luahkan.. tapi dia juga manusia biasa.Tapi kesabaran dan ketabahannya bersamaku harus kupuji. Tak mengambil kesempatan sikitpun pada kata-kataku yang terlafaz.Terima kasih suamiku Reduan Syah Putra.
Ambil Anak Angkat
Allah berikan anak yang sangat istimewa dimuka bumi. Aku menyambut kelahiran Mika sendiri di bilik bersalin, aku lihat bagaimana anak ni keluar dengan darah, tangan ibunya ku pegang kuat, aku tekad menjaga Mika sebaiknya.
Aku tatang mika bagai minyak yang penuh.Dia anakku.. kelahirannya pada bulan 2, dan dexandra lahir pada bulan 3, REZEKI ALLAH BERI tidak pernah putus selepas itu.YA ALLAH..
Setiap kali adikku-adikku kata mereka mengandung, aku tak terlepas dari bersedih, tidak lama. Tetapi air mata tetap keluar seorang diri seharian.. pelbagai alasan ku berikan tapi mereka tahu aku bersedih.
Emosi kan! aku juga ada perasaan tau.Bagaimana aku hilangkan kesedihanku ?, seperti biasa busykan diri dengan urusan perniagaanku.Selalu cakap seorang diri “Erna perlu tabah,cekal,ALLAH ADA.. ”
Kini segala hikmah terbentang.Bila ALLAH nak bagi dia akan berikan.. Kun fa ya kun.. Akhirnya khabar ini ku terima selepas perjumpaan ku setiap minggu dengan DR THOKHA di Johor, setiap minggu ulang alik Jb-KL dan usaha dan doa akhirnya ALLAH MAKBULKAN.
Aku tahu bukan sahaja doaku malah disebabkan doa mama ayah, adik-adik, sahabat andai, dan anak-anak tahfiz & yatim yang banyak mendoakan sehingga terlorongnya rezeki ini.ALLAH..tak terucap kata-kata TERIMA KASIH , kepada mereka semua..
Reaksi Lihat Dua Garis Merah
Aku tak dapat bayangkan ketika itu wajahku dan suamiku ketika melihat 2 line merah diatas TEST TUBE PREGNANCY.. Air mata tak terkeluar.. depan doktor ku ucap terima kasih.. Sujud syukur selepas tu.., kemudian keluar.
“Awak… saya mengandung!!”…
3 minggu kemudian.. bila doktor scan… ya ALLAH.. 3 kantung buatku..
“Awak.. 3 baby?” tak terucap,walaupun dalam hati tertanya.. macam mana nak jaga. Gembira dalam kebingungan..
Aku bersyukur, aku lihat hikmah kenapa ALLAH tak berikan dengan cepat, tetapi waktu yang tepat,kerana ketika ini perniagaan ku mula berkembang dan sudah diberikan sebaiknya tugasan menjaga perniagaan pada suami dan adik-adik yang lain.Supaya ketika ini, aku mampu fokus menjaga MIKA MALAIKA dan 3 adiknya sekali dalam 1 masa.
Bayangkan dengan ujian dan kesusahanku ketika dulu.Masa awal-awal perkahwinan.Mungkin ketika itu aku betul-betul tidak bersedia dengan pelbagai tekanan.ALLAH, ENGKAU BAIK PADAKU.. apa lagi nikmat yang ingin ku dustakan.Semuanya amanah buatku untuk ku jaga sebaiknya.
Insyaallah , triplets ini akan lahir bulan 5 , 2017, doakan ya ALLAH jaga dan lindungi baby kembar ini.
Pesanan Buat Yang Sedang Menanti Zuriat
Kepada yang masih berusaha mendapatkan zuriat, jangan pernah berputus asa, bahagia & redha lah dengan setiap apa yang berlaku kerana setiap sesuatu yang berlaku mungkin tidak cepat tapi ia waktu yang paling tepat buat kita.
Teruskan mencari kebaikkan dan hikmah disebaliknya supaya hati sentiasa redha. Saya yakin anda juga bakal menimang cahaya mata.
Kepada yang nak ambil anak angkat, jangan ragu-ragu.Membesarkan anak angkat banyak sangat hikmah nya.Jangan pandang dia anak luar nikah atau apa sekalipun kerana mereka tidak berdosa.Mungkin anak-anak ini lah yang akan menjaga kita sebaiknya.Mereka anak syurga.
3 kembar dalam visualization board yang ku buat 2 tahun lepas.Gambar 3 baby.Setiap pagi bangun ku lihat vission board ini.. ALLAH mengikut sangkaan hambanya.. MASYAALLAH.ALHAMDULILLAH.”
Update Terkini:
Puan Ernayanee Nur Julaimi, telah selamat melahirkan bayi-bayi kembarnya, iaitu 2 Lelaki dan 1 Perempuan.Yang Dinamakan IHSAN, IMAN, dan ISLAM yang kini telah berusia 4 bulan.
Sumber & Foto: Puan Ernayanee Nur Julaimi