Diam tak diam, tahun ini kelibat dua penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search dan Ella selamat menunaikan ibadat haji dan bergelar Haji dan Hajjah. Syukur Alhamdulillah.
Kedua-dua penyanyi kesayangan ramai ini ditemani pasangan masing-masing untuk menunaikan ibadat Haji tahun ini. Amy, 65, ditemani isterinya, Norhasniza Hassan, manakala Ella, 56, pula bersama suaminya, Kapten Azhar Ghazali.
Berpeluang mengunjungi Tanah Suci dan mengerjakan Haji bersama pasangan masing-masing sememangnya rezeki buat kedua-dua selebriti ini yang kini sudah bergelar haji dan hajjah usai melaksanakan fasa terakhir dalam rukun haji.
Menjengah laman Instagram milik Ella, pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah ini berkongsi sekeping foto bersama suami tersayang selepas selesai menyempurnakan sebahagian daripada rukun haji itu.
“Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah Ella dan Azhar telah selesai sempurnakan sebahagian daripada rukun haji.
“Terbanglah ke sini mencari abadi, terbangkan ke mari mencari hakiki,”-Ella
Bagi vokalis Kumpulan Rock Search, Amy atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Abdul Rahman, pemergiannya ke Tanah Suci bersama isteri merupakan hadiah terindah untuk isterinya yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahiran.
“Demi cintaku padamu, ke mana pun kan kau ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejora.
Amy berkongsi posting di Instagram miliknya berkenaan keistimewaan hari tersebut untuk dirinya dan isteri tersayang.
“Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah daripada Allah SWT buat mu Hajah Nor, Hari panggilan yang dinantikan dan lebih istimewa kerana hari wukuf jatuh di hari lahirmu.
“Begitulah aturan Allah SWT. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Zulhijjah bersamaan 15 Jun 2024.
“Semoga kita mendapat haji mabrur. Selamat hari lahir hajah Nor Hasniza Hassan. Cinta ku pada mu hingga ke Jannah,” tulisnya dalam hantaran di Instagram miliknya.
Ads
Terdahulu, menurut Amy dia dan isterinya dijadualkan mengerjakan Haji ketika PKP, tetapi atas beberapa kekangan, ia terpaksa ditangguhkan.
“Sepatutnya saya pergi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, tetapi tak dapat visa. Alhamdulillah, tahun ini rezeki saya untuk ke sana.
Ads
“Saya berdoa ALLAH berikan saya perjalanan yang lebih baik dan lebih indah. Apa saja dugaan yang bakal saya terima di sana nanti, saya terima dengan reda.
Selain Amy dan Ella, antara selebriti tempatan yang menunaikan haji pada tahun ini termasuklah Johan dan isteri, Ozlynn, Datin Alyah dan Elfira Loi. Selamat menjalani ibadat Haji dan semoga memperolehi Haji yang mabrur.
Sekitar April lalu, pelakon Elly Mazlein mengesahkan kehamilannya untuk cahaya mata kedua. Terbaru, Elly berkongsi foto scan ‘baby’ nya. Malah, ibu sama teruja lihat jari baby yang tunjuk ‘good’.
Comel sungguh. Dalam perkongsiannya juga, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41 turut sama mendoakan isteri yang sedang berusaha untuk hamil agar diberikan zuriat.
Doa Untuk Yang Sedang Berusaha Mendapat Zuriat
Katanya, ada usaha yang perlu dilakukan dengan konsisten. “Kak kepom (nama panggilan Elly) pun doakan anda yang sedang usaha untuk mendapat zuriat, terus kekal, doa dan tawakal ya.
Kesihatan pun kena jaga juga. Senaman kena buat. Jaga makan. Ambil ubat yang sesuai ya. InsyaAllah, Allah susun cantik buat kita semua.
Cuma cepat dan lambat je. Bersangka baik selalu.” Pesannya yang turut melalui tempoh menanti yang panjang untuk memperoleh zuriat.
Foto Scan ‘Baby’ Tunjuk ‘Thumbs Up’
Sebab itulah, bila ada foto scan ‘baby’ mana-mana ibu pun pasti teruja. Sebab macam-macam gelagat, bayi dalam perut akan lakukan.
Macam ‘baby’ Elly ini siap tunjuk ‘thumbs up’. Sampai Elly sendiri naik geram.
“Baby cakap, cantikkkkkkk dikkkkk .. tengok tu ibu jari dia.. mama gerammmmmm da.. Syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.
“Doakan Kepom & baby selamat ya kesayangan.”
Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31 pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Sebelumnya, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Puteri Sarah Tak Halang Syamsul Jumpa Syaikul & Sumayyah. Biarpun kini pasangan sensasi ini naik turun mahkamah bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka namun Syamsul Yusof memberitahu Puteri Sarah tidak menghalang dirinya daripada bertemu dengan dua anak kesayangan.
Syamsul pagi tadi hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan tuntutan nusyuz difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana. Mahkamah Rendah Syariah telah menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei depan berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara.
Untuk rekod anak kepada Datuk Yusof Haslam itu telah memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu.
Puteri Sarah Tak Halang Syamsul Jumpa Syaikul & Sumayyah
Seperti mana dilaporkan Berita Harian, Syamsul memuji Puteri Sarah kerana tidak menghalangnya bertemu anak-anak.
“Setakat ini, saya berjumpa anak-anak. Puteri Sarah memberi kerjasama baik biarpun memfailkan hadanah atau hak penjagaan.
“Apapun, insya-Allah Puteri Sarah tidak perlu risau,” ungkapnya.
Malah dia dan Puteri Sarah juga bersikap profesional dalam membabitkan anak-anak.
“Biarpun bermasalah, saya dan Puteri Sarah bersikap profesional mengenai anak dan memberi kerjasama.
“Alhamdulillah, saya dapat berjumpa anak-anak,” ungkap Syamsul yang akui telah banyak kali berjumpa dengan Syaikhul dan Summayyah.
Puteri Sarah Tidak Hadir Wakilkan Peguam
Manakal Puteri Sarah pula tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Peguam juga memaklumkan Puteri Sarah juga memaklumkan bakal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz dibuat suaminya.
“Kami ambil maklum tuntutan (nusyuz) diterima pada 24 Mac lalu. Kami akan memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan tersebut,” katanya
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon dan pengacara yang kini bergiat aktif dalam dunia politik, Dira Abu Zahar yang dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Dira Bergelar Datuk
Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 36, merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
Acara tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-71, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka semalam.
Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.
Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.
Ucapan Tahniah & Doa
Sejurus umum mengetahui perkahabaran tersebut, laman Instagram Dira turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang dititipkan rakan-rakan dan para peminat yang tumpang berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.
Sumber Foto: Instagram Dira Abu Zahar Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.