Apabila bercakap pasal rezeki, ramai yang membayangkan ia dalam bentuk material samada wang atau harta benda. Kenapa kita mesti sempitkan fikiran kita sehingga sebegitu? Rezeki Allah sangat luas, ia datang dalam pelbagai bentuk. Jangan nampak duit je!
Tidak semuanya Allah berikan ganjaran rezeki dalam bentuk material. Tubuh yang sihat, anak comel, suami baik dan keluarga bahagia. Ini antara contoh rezeki Allah yang ramai orang terlepas pandang.
Usah dinafikan, memang ramai yang mengharap durian runtuh seperti menang cabutan bertuah, bonus dan kenaikan gaji. Hanya itu yang dilihat sebagai rezeki dan ganjaran. Bayangkan jika kita memiliki wang setinggi bukit tetapi kita sakit dan tidak mempunyai keluarga yang bahagia. Bagaimana kita mahu menikmati wang ini bersama insan tersayang?
Jangan Bandingkan Dengan Mereka Yang Di Atas
Luaskan pandangan, bersangka baik dengan Allah. Yakin dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan. Ada orang gajinya besar tapi bertahun mendirikan rumah tangga namun belum lagi diberikan rezeki anak. Walau memiliki kediaman yang selesa namun dekorasi cantik ini menjadi suram tanpa kehadiran tangisan dan gelak tawa anak.
Ads
Lain pula situasinya dengan keluarga A. Gaji tidak lumayan, kadang-kadang cukup-cukup makan. Tetapi rumah yang sempit ini meriah dengan kehadiran anak-anak. Konklusinya, jangan kita membandingkan diri kita dengan orang yang di atas.
Sebaliknya bandingkan diri kita dengan orang yang di bawah. Kita akan menjadi manusia yang bersyukur dan menikmati setiap rezeki Allah berikan. Jangan pernah semat di minda dan hati, material adalah segalanya.
Bersangka Baik Dengan Allah
Ads
Tetapi jangan pula berputus asa berusaha memiliki pendapatan yang lebih baik untuk keselesaan kita dan keluarga. Saat kita memandu kereta ketika hujan, terlihat orang yang menunggang motosikal dalam keadaan basah kuyup. Ucapkan Alhamdulillah dengan nikmat yang kita miliki. Jangan lupa juga berdoa agar insan yang menunggang motosikal itu kelak diberi rezeki pada masa depan untuk menikmati keselesaan menaiki kereta.
Saya ingin menitipkan pesanan kepada semua di luar sana termasuk diri saya sendiri. Bersangka baik dengan Allah. Syukuri segala nikmat yang diberikan. Jika mahukan sesuatu, usaha dengan gigih dan berdoalah kepada Allah. Andai apa yang dihajati dimakbulkan Allah, bersyukurlah. Namun jika yang diminta tidak dapat, jangan bersangka buruk kepada Allah. Yakinlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Jangan Berhenti Berdoa
Begitu juga dengan situasi yang berlaku sekarang, serangan Covid-19. Jangan hanya dilihat pada yang buruk tapi selami hikmah musibah ini. Apa yang berlaku adalah pengajaran daripada Allah. Manusia berasa bongkak yang apa yang dimiliki sehingga melupakan Allah, maka ALLAH TEGUR DENGAN CARANYA.
Ads
Jadi janganlah kita mencari salah sesiapa, cukuplah menuding jari. Mari kita rapatkan saf, kita berjuang perangi Covid-19 habis-habisan. Yakinlah Allah bersama kita, kita usaha dan terus doa. Selebihnya kita letakkan sepenuh pergantungan pada Allah. Jangan pernah berhenti berdoa! Jangan pernah angkuh!
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Rita Rudaini pun ada rasa simpati dengan nasib yang menimpa anak beruang matahari yang ditinggalkan kelaparan di sebuah unit kondominium di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Menurut sumber berita, wanita yang ditahan kerana menyimpan beruang matahari itu tak menyangka haiwan yang dijaga itu beruang matahari. Sebaliknya dia ingat itu adalah anjing.
Bila mana baca kisah yang tular itu, Rita yang sememangnya cukup sayangkan haiwan terutama kucing ini seakan tak boleh hadam dengan tindakan wanita berkenaan.
Kucing Pun Sisturr Tinggal Kat Hotel Kucing
Tulisnya, “Kesian.. macam mana boleh tinggal macam tu? Kucing pun sisturr pi tinggal kat hotel kucing.. sebab depa bukan bole masuk dapoq kupas bawang tumih masak manggi kalau lapaq.”
“Sisturr dok pikir lama jugak. Kalau dah tau tu BERUANG, pu lah serah kat yang berhak. Kalau tak tau nak buat lagu mana, pi balai polis minta bantuan.”
“Dan kalau ingat anjing pun takkan boleh stop ambik?Pastu sah-sah beruang, memang ada binatang yang kita tak boleh simpan.. tak kan tak tau.”
Naya Beruang Tu Lapar..
“Kalau tak ada akta, sisturr pun nak bela rimau dan singa kat rumah. Naya beruang tu lapar. Dia bukan biasa dok kondo.. mana la dia tau nak cari makan lagu mana.”
“Dah tau tu beruang, pi kurung pulak. Bukan nak pi buat pesah cepat-cepat antaq kat yang berkuasa. Boleh plak balik raya tinggal.. sisturr memang tak leh terima.”
“Sisturr sayang binatang.. sedih tengok. Nasib baik tak jatuh tingkap.”
Buat Ini Kalau Jumpa Binatang Takleh Simpan
Pesan Rita lagi, “Pikir la cerdik sikit. Kalau jumpa binatang-binatang yang tak leh simpan, cepat-cepat pi antaq kat Jabatan PERHILITAN. Kalau jumpa manusia berhati binatang pun, cepat-cepat antaq jugak.”
Dalam laporan Sinar Harian menyebut, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim memaklumkan wanita berusia 27 tahun yang ditahan itu mendakwa menemui haiwan berkenaan berkeliaran sendirian berdekatan sebuah hutan.
Bagaimana pun, pihaknya percaya haiwan berkenaan diperoleh daripada pihak lain.
Alahan waktu pagi, Ernie Zakri hamil empat bulan, seperti mana ibu mengandung lain penyanyi Ernie Zakri juga melalui alahan semasa hamil atau ‘morning sickness’ yang biasanya berlaku di awal kehamilan.
Alahan Waktu Pagi, Ernie Zakri Hamil 4 Bulan
Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 25 Mac lalu setelah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020.
Tahniah diucapkan buat Ernie dan juga suami, Syamel yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram masing-masing.
Kini penyanyi lagu Ku Bersuara itu sudah hamil empat bulan.
“Buat masa ni gambar kita berdua dulu, tak lama lagi bertiga pulak,” kongsi Ernie.
Bukan itu saja malah mereka juga membuat hantaran dan menyatakan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikna oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulis mereka.
Tidak Mengidam Benda Pelik-Pelik
Menerusi temubual bersama BH Online, Syamel memberitahu isterinya kini sudah hamil empat bulan dan mengalami alahan pada waktu pagi.
“Alhamdulillah, usia kandungan Ernie sudah empat bulan. Setakat ini, Ernie tidak pula mengidam benda pelik-pelik dan sepanjang trimester pertama, kesihatannya memuaskan.
“Cuma, apabila nak masuk trimester kedua, Ernie mula mengalami alahan terutama pada waktu pagi. Doktor maklumkan ini petanda yang bagus kerana bermakna ada tindak balas antara ibu dan bayi dalam kandungan.
Semoga Segalanya Berjalan Lancar
“Saya bersyukur segala-galanya berjalan lancar dan saya harap orang ramai dapat mendoakan isteri dan zuriat kami sihat,” katanya yang tidak kisah tentang jantina anak yang bakal lahir nanti,” luah Syamel.
Sumber Foto : Instagram Ernie Zakri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia. Penangan lagu Dawai sememangnya membawa tuah buat penyanyinya, Fadhilah Intan. Penyanyi yang berasal dari Indonesia itu mengakui dirinya lebih dikenali dan mendapat perhatian peminat di Malaysia sejak lagu Dawai mula dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Kerana lagu Dawai
Lagu runut bunyi filem Air Mata Di Ujung Sajadah itu telah memberi impak positif terhadap karier nyanyian Fadhilah Intan, 25 sehingga mampu meraih populariti di negara ini.
“Saya bersetuju kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia. Sebenarnya selepas lagu Dawai menjadi popular, perubahan ketara itu banyak berlaku di Malaysia. Berbeza di Indonesia, sebelum lagu ini popular, ramai orang minta bergambar dengan pelakon filem Air Mata Di Ujung Sajadah sahaja.
“Saya sebagai penyanyi runut bunyi filem itu tiada yang minta bergambar. Kalau di Malaysia orang selalu sokong saya.
Kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia
“Walaupun kadang-kadang ada yang terlupa nama, tapi mereka akan panggil saya ‘Dawai’, saya gembira. Alhamdulillah sekarang sudah lebih ramai yang mengenali saya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ & ‘Dawai’ In Penang di Gula Cakery, KL East Mall, di sini, semalam.
Penyanyi berasal dari Surabaya, Indonesia itu berkata, sebagai langkah terus mengukuhkan nama dalam industri muzik, Fadhilah bakal melancarkan dua single baharu tidak lama lagi.
“Saya sudah ada dua single baharu dan baru sahaja selesai rakaman beberapa hari lalu. Mungkin akan dilancarkan pada Februari ini,” katanya.
Fadhilah Intan kongsi rasa teruja diterima baik di Malaysia
Berita baik buat peminat penyanyi berusia 25 tahun ini. Fadhilah diundang untuk menjayakan Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang anjuran Orange International bersama kumpulan Wali Band, Khai Bahar dan Saixse di Spice Arena, Pulau Pinang pada 3 Februari depan.
“Saya anggap ini kesempatan baik dan indah apabila dapat membuat persembahan di Malaysia. Sebelum ini, saya adalah pencipta kandungan di media sosial, tapi sekarang sudah lebih dikenali sebagai penyanyi,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...