Berita

Restoran Nasi Kandar Ditutup Kerana Beroperasi Dalam Keadaan Kotor, Dapur Menjijikkan, Berbau & Ada Tahi Lipas

Share

Restoran nasi kandar ditutup kerana beroperasi dalam keadaan kotor, dapur menjijikkan, berbau dan ada tahi lipas. Sebuah restoran nasi kandar 24 jam dikesan beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan diarah tutup selepas diperiksa dalam Operasi Khas Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak di sekitar Station 18, di Ipoh.

Restoran Nasi Kandar Ditutup Kerana Beroperasi Dalam Keadaan Kotor

Pemeriksaan dilakukan juga mengesan, barangan masakan seperti mi segera, bawang, kentang dan tepung dibiarkan dalam keadaan terbuka dan hanya ditempatkan di laluan tangga kediaman pekerja.

Dapur Menjijikkan, Berbau & Ada Tahi Lipas

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, arahan penutupan selama 14 hari itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Dalam pemeriksaan bermula sekitar jam 9.30 malam itu mendapati, premis terbabit sengaja membiarkan dapur dalam keadaan tidak bersih, berbau dan terdapat tanda najis lipas.

“Saya sangat sedih dan tidak boleh terima perkara seumpama ini masih berlaku di premis makanan sedangkan di luar ramai pelanggan dan mereka tidak tahu pun keadaan sebenar.

“Kalau boleh diberi penilaian mengenai tahap kebersihan premis ini, saya akan beri markah kosong. Keadaannya sangat teruk sehingga boleh membuatkan kita rasa loya dan hampir muntah,” katanya.

Operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan polis itu turut disertai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Noor Rizawati Mahpot dan Pengarah JTK Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani.

Sivanesan berkata, operasi sama telah digerakkan di seluruh negeri bertujuan menambah baik isu kebersihan premis makanan khususnya yang beroperasi 24 jam dan premis-premis yang beroperasi pada sebelah malam.

Katanya, sebanyak 359 premis terlibat dalam pemeriksaan tersebut dan sejumlah 316 notis kesalahan dikeluarkan kepada pengendali makanan melibatkan kompaun RM44,200 kerana tidak mematuhi kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.

“Bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, sebanyak 81 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun lebih RM20,000.

“Operasi kali ini turut dijalankan aktiviti pensampelan makanan dan swab pengendali makanan bagi menentukan tahap kebersihan sebenar premis,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 5,443 pemis makanan diperiksa melalui aktiviti penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.

“Daripada jumlah itu, 1,330 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun RM244,176 dan sebanyak 31 premis makanan pula telah dikenakan perintah penutupan sementara kerana premis tidak suci,” katanya.

Dalam pada itu, petugas media yang mengikuti pemeriksaan di empat restoran makanan dimaklumkan, penempatan pekerja di semua premis berkenaan tidak mendapat perakuan penginapan daripada JTK.

Mengulas perkara itu, Sivanesan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pihak majikan melakukan pelbagai pelangaran Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Kerja 1955.

Kesalahan itu termasuklah tiada kontrak kerja, tiada penyata gaji, gagal melaporkan penggajian pekerja asing dan bayaran kerja lebih masa yang tidak mengikut akta ditetapkan.

“Jumlah pekerja terlibat dalam isu ini adalah seramai 61 warga asing dan 20 warga tempatan, namun saya yakin jumlah sebenar adalah lebih ramai.

“Akta kita tidak mengasingkan pekerja asing dan tempatan jadi saya telah minta kepada Pengarah JTK dapatkan kenyataan daripada mereka mengenai pelanggaran ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

Baca artikel lain juga: Berang Dipanggil Pakcik, “Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah

Petua Rahsia Masak Sotong Tidak Kecut Lembut Ala Restoran Nasi Kandar

Anak Kena Tenung Meragam Di Restoran, Cikgu Suruh Bungkus Makan Di Rumah Kalau Tak Selesa

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

Published by
Has