Musim PKP ni tak payah nak masak menu susah-susah. Buat je menu simple, kalau kena gaya berpinggan tambah nasi. Minggu ni, saya kongsi resipi viral telur kicap cili api. Bahan-bahannya sangat ringkas, cara penyediaan mudah sangat lima minit dah boleh makan.
Resipi viral ini sesuai untuk semua orang, dari anak kecil sampai dewasa. Nak masak pun mudah, yang bujang tu mesti cuba korang akan jatuh cinta dengan resipi telur kicap cili api ni. Cuba sekali mesti nak lagi, silap-silap boleh tambah nasi sampai tiga pinggan.
Paling penting, bahan-bahan resipi ni murah dan mudah didapati di kedai runcit atau pasaraya. Sesuai sangat untuk kita nak berjimat. Orang Malaysia ni, walau nak jimat, menu nak kena sedap. Jadi wajiblah korang try resipi ni, confirm tak menyesal.
Kalau tak ada ikan bilis, telur pun sudah mencukupi untuk buat resipi viral ni. Cuma kalau korang nak hasil yang mantap, memang kena tabur bilis garing tu barulah terangkat. Bagi yang suka pedas, boleh letak cili api ikut kepedasan yang korang suka. Cili api ni nak goreng bersama bawang boleh atau ditabur mentah. Ikut selera masing-masing.
BACA SINI
https://www.mingguanwanita.my/guna-air-mendidih-rahsia-cucur-bilis-rangup-di-luar-lembut-di-dalam/
https://www.mingguanwanita.my/cucur-manis-tiga-bahan-untuk-anak-tak-suka-sayur-gerenti-licin/
Untuk mak-mak yang bekerja dari rumah, menu ni sangat sesuai. Masak menu ni dah boleh makan satu keluarga. Bagi anak-anak yang tak makan pedas, mak-mak asingkan telur kicap. Jangan tabur cili.
Kalau rajin lagi, potong timun buat ulam. Setel lah menu untuk keluarga. Semua khasiat dah cukup tu. Semoga resipi simple ini menepati selera semua. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
3 biji telur}digoreng sebagai telur mata
20 gram ikan bilis}digoreng garing
3 biji cili api}dipotong kecil
1 labu bawang besar} dihiris
1 biji limau nipis/ lemon}dihiris
Sedikit kicap
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1-Goreng telur mata kerbau, ketepikan.
2-Kemudian, goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan.
4.Masukkan telur mata di dalam pinggan atau mangkuk. Tabur bawang dan cili yang sudah digoreng tadi di atas telur.
5-Taburkan pula ikan bilis di atas telur mata tadi. Selepas itu, curah kicap di atas menu tersebut.
6-Akhir sekali, perahkan sedikit limau nipis atau lemon di atas menu tersebut. Hidang bersama nasi putih.
Nota
Masa pecahkan telur, buang lendir dan darah yang ada. Cara ini akan hilangkan bau hanyir.