Musim PKP ni tak payah nak masak menu susah-susah. Buat je menu simple, kalau kena gaya berpinggan tambah nasi. Minggu ni, saya kongsi resipi viral telur kicap cili api. Bahan-bahannya sangat ringkas, cara penyediaan mudah sangat lima minit dah boleh makan.
Resipi viral ini sesuai untuk semua orang, dari anak kecil sampai dewasa. Nak masak pun mudah, yang bujang tu mesti cuba korang akan jatuh cinta dengan resipi telur kicap cili api ni. Cuba sekali mesti nak lagi, silap-silap boleh tambah nasi sampai tiga pinggan.
Resipi Viral Mudah Jimat Dan Sedap
Paling penting, bahan-bahan resipi ni murah dan mudah didapati di kedai runcit atau pasaraya. Sesuai sangat untuk kita nak berjimat. Orang Malaysia ni, walau nak jimat, menu nak kena sedap. Jadi wajiblah korang try resipi ni, confirm tak menyesal.
Kalau tak ada ikan bilis, telur pun sudah mencukupi untuk buat resipi viral ni. Cuma kalau korang nak hasil yang mantap, memang kena tabur bilis garing tu barulah terangkat. Bagi yang suka pedas, boleh letak cili api ikut kepedasan yang korang suka. Cili api ni nak goreng bersama bawang boleh atau ditabur mentah. Ikut selera masing-masing.
Untuk mak-mak yang bekerja dari rumah, menu ni sangat sesuai. Masak menu ni dah boleh makan satu keluarga. Bagi anak-anak yang tak makan pedas, mak-mak asingkan telur kicap. Jangan tabur cili.
Kalau rajin lagi, potong timun buat ulam. Setel lah menu untuk keluarga. Semua khasiat dah cukup tu. Semoga resipi simple ini menepati selera semua. Selamat mencuba!
Ads
Resipi Viral Telur Kicap Cili Api
Bahan-bahan:
3 biji telur}digoreng sebagai telur mata
20 gram ikan bilis}digoreng garing
3 biji cili api}dipotong kecil
1 labu bawang besar} dihiris
Ads
1 biji limau nipis/ lemon}dihiris
Sedikit kicap
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Ads
1-Goreng telur mata kerbau, ketepikan.
2-Kemudian, goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan.
Selepas itu, goreng bawang bersama cili api sehinga layu. Jangan lama sangat ye. Ketepikan.
4.Masukkan telur mata di dalam pinggan atau mangkuk. Tabur bawang dan cili yang sudah digoreng tadi di atas telur.
5-Taburkan pula ikan bilis di atas telur mata tadi. Selepas itu, curah kicap di atas menu tersebut.
6-Akhir sekali, perahkan sedikit limau nipis atau lemon di atas menu tersebut. Hidang bersama nasi putih.
Nota
Masa pecahkan telur, buang lendir dan darah yang ada. Cara ini akan hilangkan bau hanyir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada banyak cara mak-mak simpan lauk basah dalam peti tetapi kali ini, tip yang Puan Noraniza Azmei kongsikan adalah bertujan untuk mudahkan anda yang suka masak dalam kuantiti sedikit.
Cara ini lebih praktikal sebab mak-mak cuma perlukan plastik dan lauk basah yang berbeza.
TIPS MALAS JADI RAJIN
Bila dah beli lauk pauk untuk seminggu setiap lauk saya asingkan ikut portion nak masak banyak mana dalam setiap plastik. Bukan tak nak guna tupperware tapi nak jimat ruang.
Tujuan asingkan dalam plastik sebab senang keluarkan satu plastik je lauk yang dah beku lepas itu kita rendam lauk yang nak masak je.
Kadang kita campur semua, rendam lepastu rasa banyak simpan balik peti ais kan. Buang masa satu hal. Renyah satu hal lagi.
Nampak macam malas..Tapi percayalah korang terus rajin nak masak lepas ni.
Hah, esok bolehlah terus cari lauk basah dan plastik untuk kemaskan peti macam yang ibu ini buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap makanan yang diberikan pada ada bulus berbeza-beza, lebih-lebih lagi kucing kacukan. Bagi anak bulus yang dah biasa makan isi ikan, semestinya pemilik akan beli stok makanan untuk kucing kesayangan.
Sudah pasti setiap orang yang membeli anak bulus ini mahu melihat kucing yang dipelihara itu sihat, gebu dan paling penting gemuk. Kadang-kadang ada yang pelik apabila melihat anak bulus yang dijaganya sama saja, tidak gemuk dan sama saja. Sedangkan sudah pelbagai cara dilakukan untuk memastikan kucing kesayangan itu gemuk dan sihat.
Sebenarnya, untuk gemukkan kucing mudah sahaja terutamanya kucing yang sudah biasa makan ikan yang dijadikan makanannya setiap hari.
Campurkan isi ikan dengan roti yang kita makan ini dan berikan kepada kucing kesayangan Gerenti akan bertambah debab kucing itu nanti. Itulah yang dikongsikan oleh Sara Fini dalam nak gemukkan kucing peliharaan.
Rasanya, cukup mudah bahan yang digunakan untuk menggemukkan kucing peliharaan. Hanya dua bahan sahaja sudah cukup. Apa yang boleh dikatakan, ikan itu perlulah direbuskan dahulu dan gantikan nasi dengan roti yang telah digunting.
Ingat! Pastikan ikan yang direbus itu tidak masin. Sebab ini boleh menyebabkan bulu kucing anda akan gugur. Mengikut kesesuaian kucing anda.
Resepi:
1. Roti gardenia digunting
2. Isi Ikan rebus
Ikan yang biasa berikan pada anak bulus.
Inilah bahan-bahannya.
Gunting roti tersebut.
Pastikan asingkan isi ikan dan tulang terlebih dahulu.
Gaul sebati isi ikan dan roti yang telah digunting tadi.
#kaksarasharing
MW: Nanti boleh cuba di rumah. Gantikan nasi yang biasa kita bagi dengan roti. Nanti lihatlah hasilnya.
Ramai yang suka makan donut, terutamanya anak-anak. Buat mak-mak yang selalu buat donut tak jadi tu, tak gebu, keras dan sebagainya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Dijamin jadi, naik kembang elok donutnya, senang tak perlu rehatkan doh dan paling penting dah sejuk pun tetap lembut.
“Bosan ke tu asik makan nasi je..Nah resepi donut 5 bahan, dijamin jadi dengan jayanya.”
“Resepi ni kompom jadik ye.Kepada yang kengkonon rasa tangan kejung tu buat kuih apa pon tak jadi, jangan risau yang ni kompom jadik. Jangan derhaka resepi ni, dijamin donut naik elok dah sejuk pon lembut”
“Ok nah amek resepi ni.Resepi donut tanpa perlu rehatkan doh.Donut gebu gebas uli tangan.”
Bahan-Bahan: (Nak banyak gandakan je)
Bahan A
2 sudu besar Yis
2 sudu besar Susu pekat
3/4 cawan Air suam
1 sudu teh Garam
-Bahan A di atas campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang.
Yis kena bebruih nampak dia macam mengembang dalam air.
Bahan B
2 sudu Marjerin
2 cawan Tepung gandum
-Gaulkan bahan B di atas. Guna tangan je.
Cara Membuat:
1. Campurkan bahan A dan bahan B. Campuran air Tu letak sikit-sikit ye Yang sesuai je, jangan letak semua takut terlebih air. Agak-agak je tau.
2. Uli guna tangan je sampai takde adunan melekat dekat tangan.
3. Bulat-bulatkan doh jadi lebih kecil.
4. Buat bulatan kecil dekat tengah-tengah. Tarik-tarik guna jari je.
5. Dah siap boleh terus goreng. Tengah-tengah goreng nanti sure donut kembang.
6. Boleh salut gula, coklat atau anything yang suka. Macam sis siap buat donut inti Cadbury lagi.
Info Ekstra!
Api tak boleh perlahan sangat tak boleh kuat sangat kenà agak-agak. Masuk kan donat masa minyak betul-betul dah panas, tapi bukan dengan api yang besar. Api sederhana je.
Ok selamat mencuba!
Kita dah cuba dan menjadi resepi daripada Shima Chym ni.
MW: Mak-mak yang selalu buat donut tak jadi tu, boleh cuba resipi ni. Mudah nak buat, tak perlu rehatkan doh boleh terus goreng. Paling penting dijamin jadi, donut naik elok dah sejuk pun tetap lembut.