Resipi viral seperti ‘Raindrop Puding’ ni mudah je rupanya nak buat. Tak perlu beria, boleh je masak ikut cara, citarasa dan selera kita je. Bahan utama yang diperlukan adalah agar-agar jernih.Bila dimasak hasilnya cukup sedap, lembut dan seperti titisan embun hujan.
Boleh cuba resipi mudah ‘Raindrop Puding’ ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Malnorashima Bt Ismail ini sebagai panduan.
Hmm..musim tengkujuh dah tiba.Hujan sana sini.Sesuci titisan hujanan rintik-rintik manja nyaman.Tetiba anak-anak duk menyebut RAINDROP PUDING. Petang tadi terbuat gak..#kakidapor. Masak cara kita-kita aje.Sedap tak sedap, selera dan citarasa masing-masing.
Bahan Diperlukan:
Serbuk Agar-agar
Air secukupnya
Gula
Gula Melaka
Kacang Tanah
Cara Membuat:
1. Masak serbuk agar-agar macam biasa. Agar-agar dah larut letak sedikit gula. Cuma tak letak pewarna je.
2. Masak biar lembut gedik-gedik dan saya letak dalam acuan lompang @ ikut suka.
3. Kuahnya pun saya masak gula melaka macam nak buat kuah kuih lopes tu je.
Ads
4. Kemudian tabur kacang tanah yang disangai dan dikisar.
Buat mana yang ada bahan kat dapur je. Tak rancang-rancang pun. Anak yang duk sebut-sebut, anak tunjuk gambar kita pun buat cara kita je.
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat ‘Raindrop Puding’ yang tengah viral ni. Buat je cara kita, lebih mudah dan puas hati anak-anak makan. Selamat Mencuba!
Sebut saja resipi paling mudah, tentu ramai boleh menganggap brownies adalah mudah untuk membuatnya. Nak tak nak saja untuk membuatnya, selbihnya risau tak menjadi pula.
Namun, tak semua boleh buat resipi brownies walaupun dikatakan paling senang untuk membuatnya. Tambah-tambah untuk mendapatkan kedutnya yang cantik. Itulah baru menjadi.
Jangan risau, ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Umi Watie untuk membuat brownies. Lebih menarik, resipi ini ‘anti gagal’ walaupun ada mak-mak yang sebelum ini tidak pernah nak membuatnya.
Hari ni kakchik nak kongsi resipi brownies anti gagal. Insya Allah menjadi walaupun tak pernah membaking tau.
Kakchik memang suka buat brownies. Selain dari pencinta coklat. Brownies sangat mudah di buat. Tanpa guna alatan yang banyak. Plink plink kelip mata dah siap.
Bahan-bahan:
200 gram dark chocolate compound
75 gram mentega atau marjerin
50 gram tepung gandum
100 gram gula
15 gram serbuk koko
2 biji telur saiz A
Cara Membuatnya:
1. Ini brownies yang sudah siap. Guna loyang saiz 7 inci. Kalau guna loyang 8 inci nanti brownies jadi sedikit nipis. Sekali buat tak sampai sehari habis. Takpe, esok boleh buat lagi.
2. Coklat dan butter cairkan cara double boiler. Double boiler tu kita panaskan air dalam kuali, lepas tu bubuh bekas yang dah kita isi coklat dan butter. Kiranya, kita tak panaskan terus atas api.
3. Bahan kering macam tepung dan serbuk koko kita ayak dulu.
4. Bila coklat dan butter dah cair, kacau rata. Masukkan telur dan bahan yang telah di ayak tadi. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Kacau manja-manja. Tak perlu beria-ia. Bakar api atas bawah 170 darjah celsius selama 45 minit.
5. Ini kira bahan dah tercampur rata. Senang je kan?
6. Masukkan dalam loyang saiz 7. Bakar ikut oven masing-masing.
7. Dah siap bakar dah. Cantikkan kedut browniesnya. Kalau tak jadi kedut ni boleh buat murung sekejap.
8. Boleh bubuh topping kegemaran. Tak suka, kosong je pun dah sedap.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat untuk minum petang nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mungkin mak-mak ada yang pertama kali dengar nama Kuih Kalakatar. Istimewanya kuih ini adalah kuih tradisi warisan Banjar. Cukup sedap dibakar cara tradiosional menggunakan sabut kelapa.
Nak tahu bagaimana rasanya, boleh cuba kuih tradisi warisan Banjar seperti yang dikongsikan oleh Amira Sayuti ini.
“Percubaan pertama buat kuih ni, Kuih Kalakatar.”
Terpengaruh sebab tengok Majalah 3, terus nak buat. Teringin nak rasa, sebab kat belah utara ni tak pernah ada kuih ni. Saya usaha untuk masih mengekalkan cara tradisional untk buat kuih ni, bakar guna sabut nyok.
Kuih warisan Banjar, kini dinikmati semua kaum di Malaysia.
*Saya sertakan resipi kat sini, saya pun cari dalam FB juga. Mungkin ada kawan-kawan yang ada resipi warisan turun temurun, boleh share resipinya.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
4 cawan air kelapa muda
*1 cawan santan pekat
Isi kelapa muda secukupnya
Sebiji telur
Garam secukup rasa.
Cara Membuatnya pun mudah saja:
1.Gaulkan tepung gandum+tepung beras dengan gula, garam dan telur. 2.Lepastu masukkan air kelapa+santan sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. 3.Bila dah sebati boleh tapiskan, barulah masukan isi kelapa muda.
4.Masak atas api sekejap sampai adunan ni pekat sikit, pastu boleh masukkan dalam loyang.
5.Bolehla bakar guna kaedah masing-masing. Bila permukaan kuih dah jadi golden gitu, dah boleh angkat.
Siap untuk dinikmati.
Baca Lagi Di Sini:
RPA Kongsi Resipi “Bread And Butter Pudding”, Guna Isi Kelapa Muda
Kuih ‘Beko Nyor’ Yang Original Atau Perisa Pandan, Guna Kelapa Parut Muda Lebih Sedap!
MW:Nampak menarik resipi Kuih Kalakatar ni. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan nak buat pun mudah je.
Sumber: Amira Sayuti
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masakan Baba Nyonya atau Peranakan turut diminati di kalangan rakyat Malaysia. Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya tersohor di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun daripada nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.
Dikongsikan tiga resipi masakan Baba Nyonya yang tak kurang sedapnya.
TIGA RESIPI MASAKAN BABA NYONYA
LOH BAK SAYUR
BAHAN-BAHAN INTI LOH BAK:
1 biji sengkuang | potong Julliene
1 biji beet root | potong julliene
1 biji lobak merah | potong julliene
1 paket tauhu telur
1 paket tauhu lembut
1 sudu makan serbuk 5 rempah
2 sudu makan tepung jagung
Garam secukupnya
1 biji telur | untuk lekatkan kulit
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBALUT LOH BAK:
Kulit tauhu kering secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat inti; Satukan kesemua bahan sayuran serta serbuk 5 rempah, tauhu telur, tauhu lembut, tepung jagung dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Ketepikan.
2.Potong kulit tauhu kering selebar segi empat sama.
3.Lapkan tauhu kering itu dengan menggunakan kain basah sehingga tauhu kering itu lembut.
4.Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu kering seperti membalut popia. Anda boleh menggunakan sayur lain yang anda suka.
5.Balut dengan ketat dan gamkan dengan telur. Ulangi hingga selesai. Ketepikan.
6.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dinikmati.
50gm genggam udang kering | rendam 10 minit dan toskan
1 inci belacan | bakar
3 biji cili merah
BAHAN SAMBAL BELACAN:
1 cawan cili kisar
1 inci belacan | bakar
Garam dan gula secukupnya
ULAM:
Sedikit timun | hiris nipis dan mayang halus
Sedikit bawang besar | hiris nipis dan leraikan
Sedikit tauge | cuci dan toskan
Sedikit kek ikan yang telah digoreng
Bunga kantan | hiris halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip)
Limau kasturi secukupnya | belah dua
Sambal belacan tumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk sambal belacan tumis: Tumis cili kisar dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa kemudian boleh matikan api. Ketepikan.
Untuk kuah laksa lemak: Panaskan minyak di dalam periuk lebih kurang ½ cawan. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus hingga terbit harum.
Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan-bahan tadi garing, kemudian masukkan pes kari ikan dan air asam jawa.
Kemudian tuang air rebusan kulit udang. Kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan pula udang, bunga kantan dan daun kesum. Kacau dan biar udang masak. Tambah kek ikan, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sebati. Tutup api
Untuk menghidangkan laksa nyonya: Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk. Tuang kuah laksa bersama isinya sekali (termasuk udang). Hias dengan ulam-ulaman, sambal belacan tumis dan perahkan jus limau kasturi sebelum makan. Boleh juga dihidangkan bersama ulam-ulaman daun selasih, dan telur rebus.
MASAKAN SETERUSNYA…
SAMBAL IKAN BILIS NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
300gm ikan bilis
BAHAN-BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili kisar
1/2 mangkuk air asam jawa
CARA MEMASAK:
1.Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan tumis sehingga garing.
3.Kemudian masukkan air asam jawa. Goreng lagi sehingga garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4.Setelah kering, masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata. Tutup api dan angkat. Sedap juga jika dimakan dengan ubi kayu rebus atau roti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...