Bulan puasa ni mana nak cari bazar, apa tah lagi nak cari ikan bakar. Jangan risau, buat mak-mak yang menahan perasaan teringin nak makan ikan bakar. Ini ada satu alternatif baru yang boleh anda buat. Resipi istimewa ini perkongsian Ameera. Menurut suri rumah dan ibu kepada lima cahaya mata ini lagi, ikan bakar air tangan abahnya cukup istimewa. Tak cukup seekor ikan, pasti yang makan akan bertambah-tambah makan. Nak-nak pula di makan dengan air asam padu. Satu lauk pun, kalau macam ni punya sedap pun tak jadi masalah.
Ikan bakar dan air asam bersaka
Kenapa bersaka? Kena sekali berkali kali nak. Siapa makan mesti akan terasa rindu nya. Bersaka sungguh ikan bakar abah ni. Ikan bakar versi moden.Takperlu kayu api atau arang. Simple dan sedap! Selamat mencuba gais. Abah cakap abah halalkan resipi dia
Bahan-bahan :
5 ekor ikan kembung (dibersihkan)
3 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
3 batang serai *
Halia sebesar ibu jari*
2 sudu makan serbu kunyit*
Kemudian tumbukan semua bahan yang bertanda * dan dilumurkan ke atas ikan kembung tadi.
Langkah seterusnya :
Ambil beberapa helai daun pisang, bersihkan dan buang bahagian tengahnya. Jika yang tinggal di bandar, mungkin anda boleh mendapatkan daun pisang yang telah dibungkus dan dijual di pasar raya.
Kemudian letakkan ikan yang telah pun dilumurkan dengan bahan yang telah ditumbu
k tadi di atas daun pisang. Balutkan ikan itu seperti di dalam gambar. Ulang langkah serupa sehingga ikan anda siap dibalut.Seterusnya, panaskan kuali dan susun ikan yang dibalut tadi ke dalam kuali. Kemudian tutup ikan itu dengan penutup periuk. Biarkan sekitar 20 minit. Jangan lupa balik-balikkan ikan itu bagi memastikan ikan tersebut masak sekata. Ikan bakar ekspres siap untuk dihidangkan.
Bagi melengkapkan hidangan ikan bakar anda, jangan lupa sediakan air asam istimewa. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan air asam adalah seperti berikut :
2 biji tomato *dihiris
2 biji bawang merah besar *dihiris
20 batang cili padi *dihiris (terpulang kepada selera anda, jika suka pedas boleh ditambah, jika tidak kurangkan bilangannya)
2 batang cili merah *dihiris
Belacan bersaiz ibu jari *dibakar terlebih dahulu
Dua sudu makan sos cili
Air asam, garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan air asam :
Satukan semua bahan dihiris ke dalam satu mangkuk. Kemudian tambahkan belacan, berserta dua sudu air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Akhir sekali campurkan sos cili dan gaulkan kesemua bahan tadi sehingga ia mesra. Air asam anda siap untuk dimakan bersama ikan bakar tadi. Selamat mencuba!