Bulan puasa ni mana nak cari bazar, apa tah lagi nak cari ikan bakar. Jangan risau, buat mak-mak yang menahan perasaan teringin nak makan ikan bakar. Ini ada satu alternatif baru yang boleh anda buat. Resipi istimewa ini perkongsianAmeera. Menurut suri rumah dan ibu kepada lima cahaya mata ini lagi, ikan bakar air tangan abahnya cukup istimewa. Tak cukup seekor ikan, pasti yang makan akan bertambah-tambah makan. Nak-nak pula di makan dengan air asam padu. Satu lauk pun, kalau macam ni punya sedap pun tak jadi masalah.
Ikanbakar dan air asambersaka
Kenapa bersaka?Kena sekali berkali kali nak. Siapa makan mesti akan terasa rindu nya.Bersaka sungguh ikan bakar abah ni. Ikan bakar versi moden.Takperlu kayu api atau arang. Simple dan sedap! Selamat mencuba gais. Abah cakap abah halalkan resipi dia
Bahan-bahan :
5 ekor ikan kembung (dibersihkan)
3 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
3 batang serai *
Halia sebesar ibu jari*
Ads
2 sudu makan serbu kunyit*
Kemudian tumbukan semua bahan yang bertanda * dan dilumurkan ke atas ikan kembung tadi.
Langkah seterusnya :
Ambil beberapa helai daun pisang, bersihkan dan buang bahagian tengahnya. Jika yang tinggal di bandar, mungkin anda boleh mendapatkan daun pisang yang telah dibungkus dan dijual di pasar raya.
Kemudian letakkan ikan yang telah pun dilumurkan dengan bahan yang telah ditumbuk tadi di atas daun pisang. Balutkan ikan itu seperti di dalam gambar. Ulang langkah serupa sehingga ikan anda siap dibalut.
Ads
Seterusnya, panaskan kuali dan susun ikan yang dibalut tadi ke dalam kuali. Kemudian tutup ikan itu dengan penutup periuk. Biarkan sekitar 20 minit. Jangan lupa balik-balikkan ikan itu bagi memastikan ikan tersebut masak sekata. Ikan bakar ekspres siap untuk dihidangkan.
Bagi melengkapkan hidangan ikan bakar anda, jangan lupa sediakan air asam istimewa. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan air asam adalah seperti berikut :
2 biji tomato *dihiris
2 biji bawang merah besar *dihiris
Ads
20 batang cili padi *dihiris (terpulang kepada selera anda, jika suka pedas boleh ditambah, jika tidak kurangkan bilangannya)
2 batang cili merah *dihiris
Belacan bersaiz ibu jari *dibakar terlebih dahulu
Dua sudu makan sos cili
Air asam, garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan air asam :
Satukan semua bahan dihiris ke dalam satu mangkuk. Kemudian tambahkan belacan, berserta dua sudu air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Akhir sekali campurkan sos cili dan gaulkan kesemua bahan tadi sehingga ia mesra. Air asam anda siap untuk dimakan bersama ikan bakar tadi. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan pedas macam ni. Mak-mak yang nak cuba kelainan masak untuk keluarga boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Asmida Asman ini. Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting memang mampu membuka selera!
Berikut perkongsian wanita ini;
“Saya tak tau nak letak apa nama masakan ni ‘Ayam Kari Kering’. Lauk ni sesuai untuk orang yang tak berapa gemar makan lauk kari berkuah, macam saya.Kalau masak kari, ambik ayam je makan dengan nasi kicap dan sambal belacan.Jadi..saya buat ayam kari kering pedas ni.”
Bahan-Bahan:
Ayam (Goreng dulu dengan garam dan kunyit)
(Ditumbuk)
Segenggam Cili padi
2 biji lada besar
Sebiji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
Sedikit Halia dan lengkuas
2 batang Serai (diketuk)
Serbuk kari ikan (lebih sedap rasanya)
Air Asam Jawa
Cara Membuat:
1.Tumiskan serai dahulu supaya wangi.
2.Masukan bahan-bahan tumbuk.
3.Setelah agak garing, masukan serbuk kari ikan.
4.Gaul sebati, letak garam, gula @aji siap siap.
5.Masukan ayam yang telah digoreng tadi.
6.Masukan air asam jawa dan gaul mesra.
Ok siap!
Ambil pinggan, cedok nasi, letak kicap dan ayam. Dah tak perlu sambal.Pedas merecik..
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
MW:Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering tak berkuah tapi sedap, pedas merecik boleh lah cuba resipi ini.
Pertama kali buat Dumpling terus menjadi dan sedap anak-anak suka makan, malah memang ‘laku keras’ sekejap je habis licin. Bagi yang suka masakan cina boleh cuba buat sendiri di rumah. Mudah je. Malah kalau tak berapa rajin nak buat kulit dumpling, boleh beli je yang dah ‘ready made’.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah ini sebagai panduan;
Saya tak terer bang..tapi saya try.First time makan, first time buat memang sedap dumpling ni. Anak-anak pun suka makan, laku keras sat je licin.
DUMPLING AYAM & UDANG
Bahan-Bahan (Kulit Dumpling): (boleh juga beli yang ready made)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam halus
1 cawan air panas
Bahan-Bahan (Inti Dumpling):
1 cawan isi ayam
1/2 cawan isi udang
1 labu bawang besar -di cincang
1/2 batang carrot -di parut
1 batang daun bawang -di hiris
1 sudu teh serbuk lada putih Aji Shio
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula
Bahan-Bahan (Minyak Cili):
1/2 cawan minyak masak/jagung
3 ulas bawang putih -di cincang
1 inci halia -di cincang
1 batang daun bawang (ambil bahagian putih saja) -dihiris
1/4 cawan cili flakes
1/4 cawan kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam halus
1 batang daun bawang (ambil yg hijau)-dihiris
1/2 sudu teh bijan yg disangai
Cara Membuatnya:
1.Kulit Dumpling
Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak & garam. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu.
Kemudian, gaul dengan tangan & uli hingga menjadi doh. Tutup & rehatkan 30 minit.
Potong doh kecil-kecil. Ambik satu & canai nipis. Tekap dengn acuan bulat. Tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu.
Satukan isi ayam & udang bersama bawang, carrot, daun bawang, serbuk lada putih, sos tiram, kicap, minyak bijan, tepung jagung, telur, garam & gula. Kacau sebati.
3.Ambil sekeping kulit, letak sedikit inti. Sapu air ditepinya & tutup. Kelim beberapa kali di tepinya & tekan kemas.
4.Didihkan air di dlm pengukus dulu. Sapu dulang dengan minyak supaya dumpling tidak melekat & kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
5. Minyak Cili
Panaskan minyak di atas api. Di dalam bekas, satukan bawang putih, halia, daun bawang putih, cili flakes, gula, garam, kicap & minyak bijan. Cili flakes yang saya guna baki beli pizza domino 2-3 bulan lepas.
Tuang minyak panas perlahan-lahan dan biar ia mendidih bersama bahan-bahan tadi seketika, kemudian kacau.
Campur dengan daun bawang hijau & bijan. Kacau sebati. Hidangkan dumpling bersama minyak cili.
Biasanya kalau ke gerai makanan atau food court di ‘shopping mall’ memang ada jual Sizzling Yee Mee ni. Disediakan panas-panas dan dihidangkan dalam ‘hot plate’. Sebenarnya lebih puas hati bila mak-mak dapat sediakan dan masak sendiri di rumah. Boleh letak banyak bahan, jimat kos dan terjamin kebersihannya.
Nak cuba buat Sizzling Yee Mee yang sedap ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Maya Miera.
“Sizzling Yee Mee lagi sedap dari food court, puas makan boleh letak ayam dan cendawan banyak-banyak.Saya buat untuk 15 orang makan.”
Bahan-Bahan:
2 ekor ayam (dipotong kecil)
4 senduk kicap kipas udang
3 senduk sos tiram
3 senduk kicap pekat
4 senduk kicap cair
3 sudu besar minyak bijan
2 ketul kiub ayam
2 jug air
Sayur pakchoy *saya celur
6 ulas bawang putih *saya cincang
Seketul besar halia *saya hiris
6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
2 peket cendawan shitake *hiris
6 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air
1 senduk minyak masak utk menumis
Cara Membuat:
1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.
2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul-gaul bagi ayam masak dalam 5 minit.
3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
Info Ekstra!
Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je.
Masukkan kuah yang dah siap tadi, masukkan mee dan telur.
Bila mee dah lembut, masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...