Resipi Tofu Lembut Ala Chicken Rice Shop Buat Kat Rumah, Lagi Jimat!

Share

Bagi yang biasa makan di restoran cina muslim atau chicken rise shop, tak lengkap kalau tak makan tofu lembut ini. Rasanya cukup untuk buka selera kita dengan rasa bawang goreng dan kelembutan tofu tersebut.

Harga yang dijual pun boleh tahan juga. Kalau buat sendiri kat rumah, tentu jauh berbeza. Cuma, fikir sedap dan sama ke tak dengan yang biasa kita makan di restoran.

Nak buat tofu lembut ala-ala chicken rice shop ini tidaklah susah sangat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini. Memang menjadi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Apricot Custard Tart Sedap Cantik Berkilat, Resipi Mak Mentua!

Resipi Biskut M&M ‘Terpaling’ Senang, Setengah Jam Siap, Boleh Buat Biskut Raya Lagi!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Tofu Lembut Ala Restoran

Kalau pergi ke Chicken Rice Shop atau restoran chinese muslim, mesti ada menu ni. Harga yang dijual di restoran dalam RM9-10 kalau tak silap.

Kat pasaraya soft tofu mentah ni dijual dalam RM0.80 – RM1.20. Jadi boleh lah cuba buat sendiri.

Bahan-bahan:
1 blok soft tofu
Kicap cair
Gula
Sos tiram
Minyak bijan
Cendawan shitake
2 ulas bawang putih cincang
2 sudu besar udang kering – dicincang kasar
Halia – dicincang (anggaran saiz separuh ibu jari)

Cara Membuat:

1. Bawang putih, halia dan udang kering.

2. Kukus dulu tofu ni dalam 10-15 minit. Cendawan shitake tu pilihan.

3. Sambil tunggu tofu dikukus, goreng sekaligus halia, bawang putih dan udang kering sehingga garing

4. Bila dah garing, angkat.

5. Untuk buat kuah, ambil dalam 2 sudu minyak lebihan goreng tadi, masukkan kicap cair dan sos tiram.

6. Masukkan 50ml air lebih kurang dan masukkan sedikit gula. Didih sehingga larut dan rasa yang mengikuti selera anda. Kalau terlalu masin, tambah air. Kalau kurang masin, tambahla kicap cair atau sos tiram. Bila dah tutup api, titiskan sedikit minyak bijan.

7. Tofu yang sudah dikukus. Buang kan air kukusan itu. Sebab air keluar tu bau cendawan. Tak sedap bau dia.

8. Tuang kuah yang telah dimasak tadi atas tofu

9. Kemudian, tuang semua bahan yang digoreng garing tadi (halia, udang kering, bawang putih). Tabur daun bawang dan bawang goreng untuk lebih meriah.Kalau nak pedas, hiris cili padi merah.

10. Rasanya memang tiptop! Mudah dan senang..

Mingguan Wanita : Kalau beli agak mahal. Nak mudah dan senang buat sendiri, jimat pun jimat.

Sumber: Wan Luqman

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora