Dua tiga hari ramai mak-mak yang post resipi viral Thai Red Ruby Dessert atau butir delima.Mungkin kerana warnanya yang merah seperti batu delima, membuatkan pemanis mulut ini kelihatan amat menarik untuk dicuba. Tapi ramai juga yang mengeluh kecewa sebab hasilnya, butir-butir tersebut hanya nampak cantik tapi liat pula ketika dikunyah.
Jangan kecewa, sebenarnya mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Mufidah Abdul Hadi Alyunusi ini. Selain menggunakan tepung ubi, resipi ini turut menggunakan Sengkuang Cina sebagai bahan utama barulah ia tak liat dan rasa lebih sedap.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Ada tak kawan-kawan yang pernah makan Tab Tim Grob atau Red Ruby Dessert. Pemanis mulut yang berasal dari negara Thai ini dibuat menggunakan Sengkuang Cina sebagai bahan utamanya.Ianya sangat mudah untuk disediakan dan merupakan hidangan yang sangat menyegarkan terutama sekali bila dihidangkan ketika cuaca panas.Semalam terjumpa sengkuang cina (water chestnuts) dijual di pasaraya.Apalagi terus saja beli untuk membuat bubur ini.”
Bahan-Bahan Red Rubies:
Sengkuang cina (water chestnuts)
Tepung ubi
Pewarna merah
Sirap:
1 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
Bahan Untuk Kuah:
Santan sederhana pekat atau susu cair (atau campuran santan dan susu cair) – boleh guna santan fresh atau dimasak terlebih dahulu
Sirap (resipi di atas)
Secubit garam
Air jika perlu
Air batu
Cara Membuat:
1.Mula-mula kita sediakan dulu sirap untuk pemanis mulut ini.Satukan 1 cawan gula bersama 1 cawan air dan sehelai daun pandan yang disimpul. Masak sehingga mendidih dan kemudian kacau hingga gula larut. Angkat dan biar hingga sejuk.
Ads
2.Sengkuang cina dibuang kulitnya. Isinya didadu kecil-kecil.Kemudian, satukan sengkuang cina yang didadu dengan pewarna merah secukupnya. Gaul hingga rata dan ketepikan selama beberapa minit.
3.Sementara itu, masukkan air yang banyak di dalam periuk dan jerang atas api sederhana.
4.Toskan sengkuang cina yang telah digaul dengan pewarna tadi dan gaul bersama tepung ubi. Masukkan sengkuang yang digaul bersama tepung ubi ke dalam penapis sayur atau penapis santan dan ayak untuk mengasingkan lebihan tepung.
Ads
5.Bila air yang dijerang tadi telah mendidih, masukkan sengkuang yang bersalut tepung ke dalamnya.Masak beberapa minit hingga adunan terapung pada permukaan air.
6.Adunan yang terapung menunjukkan ianya telah masak.Sama kaedahnya seperti membuat kuih buah melaka.
7.Sediakan bekas yang berisi air + air batu.
Ads
8.Cedok adunan Red Ruby yang telah masak menggunakan penapis besi dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air bercampur air batu tadi.Ketepikan sehingga sejuk.
9.Untuk membuat kuahnya campurkan santan atau susu cair bersama sirap dan air batu. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk mendapat kepekatan yang diingini. Kalau kawan-kawan kurang gemar menggunakan santan fresh, boleh juga dimasak santan tu dahulu.
10.Cara menghidang Red Ruby.. Masukkan si delima merah ke dalam bekas hidangan.. Kemudian tuangkan kuah santan (atau susu) yang disediakan tadi.
Ada lagi ke mak-mak yang gigih sental periuk dan kuali berkerak dengan berus tertentu? Tambah pula kalau masak dan tetiba terlupa, akhirnya masakan hangit sampai periuk dan kuali hitam.
Alahaaiii… kenapa nak buang masa kalau cara yang lebih mudah macam Puan Rusmida Rusdi ini cukup membantu untuk buat kerja dapur lebih laju!
Oh Periuk Berkerak
Senang aishhh nak hilang. Tak payah sental sakit tangan. Takyah biar semalaman.
Tip ni kasi kilat kan juga kuali berkerak di rumah, jadi kenapa tak nak cuba? Ada yang terus buang tapi kalau tahu caranya periuk dan kuali itu boleh jadi macam baru balik tau. Moga kerja mak-mak jadi lebih mudah dan jimat masa!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Cepat-Cepat Naik Pelamin Tau, Yang Penting Anak-Anak dan Shuib Happy” netizen. Begitulah antara komen netizen menerusi foto hantaran Instagram Shuib yang tular.
Menerusi foto tersebut menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai wanita yang pernah digosipkan dengan Shuib iaitu Watie Hanifiah pada cermin sebuah restoran mewah.
Rupa-rupanya ramai yang mengambil berat tentang jodoh Shuib dan salah seorang netizen mendoakan agar Shuib dan Watie cepat-cepat naik pelamin.
Shuib Sahkan Sedang Berkawan Dengan Watie
Tidak menafikan hal tersebut, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengesahkan sedang berkawan dengan Watie Hanifiah.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, pada foto berkenaan Shuib bergambar bersama dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
“Saya tidak nafikan, kami dalam fasa baru berkawan,” begitulah luahan ringkas dari Shuib.
Hantaran Shuib itu ternyata menjadi perhatian ramai sekali gus mencetuskan spekulasi mendakwa mereka sedang bercinta.
Sebelum ini, bapa kepada empat orang anak itu pernah menafikan hubungan istimewa dengan wanita itu.
Kerap Dikaitkan Dengan Beberapa Selebriti Wanita
Sejak pemergian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya.
Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 11, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Setiap hari tanpa sedar mak-mak ligat memikirkan menu apa yang sesuai untuk dimasak bagi hidangan keluarga tersayang.
Bukan mudah ya, bergelar suri anda perlu bijak agar ahli keluarga tidak jemu menikmati santapan yang disajikan. Jadi pada mak-mak yang tak ada idea tu bolehlah sediakan Nasi Ayam Pandan Madu, cuma ambil masa 45 minit untuk disiapkan.
Pada anda yang baru pertama kali hendak memasak resipi NASI AYAM PANDAN MADU jangan takut jika menu ini tak jadi.
InsyaAllah gerenti jadi. Menu yang dikongsikan oleh Puan Shida Yasin atau lebih mesra disapa Mama Shida ini cukup mudah dan mengambil masa kurang 45 minit duduk di dapur. Ditambah pula menu ini sudah lengkap, tak perlu sayur atau masakan lain.
Sesuai Juga Untuk Yang Bujang
Menu ini juga sangat sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga dan bujang. Jadi janganlah takut masak tak jadi, kalau masakan anda tu menjadi bermakna dah pro lah ya.
Mama Shida juga berkongsi, “Belajar masak dari kesilapan itu akan jadikan mak-mak atau mereka yang bujang pandai masak di masa akan datang. Ini pengalaman mama sendirilah. saja nak share dengan anak-anak yang nak masak tu. Kalau nak tahu ini adalah menu kegemaran anak-anak mama. Ingat jangan anggap masak tu susah tau”.
BAHAN-BAHAN:
NASI:
4 cawan beras ( basuh & tos)
5 cawan air rebusan ayam
3-4 hirisan halia
1 biji bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih (titik)
2 sudu makan mentega
1 sudu makan cukup rasa
1 sudu teh perasa pandan
Garam secukup rasa
CARA MASAK:
1. Panaskan mentega, tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan beras, perasakan dengan garam, perasa pandan (perasa ini warna hijau) , serbuk cukup rasa dan garam secukupnya.
4. Angkat periuk & masukkan ke dalam periuk elektrik. Masak hingga masak.
AYAM MADU:
1 ekor ayam (belah 4)
4-5 hirisan halia
1 biji bawang besar (belah4)
3 ulas bawang putih (titik)
1sudu makan serbuk cukup rasa
Garam secukup rasa
Air secukupnya.
2 sudu makan madu
2 sudu makan minyak bijan
CARA MASAK:
1. Bersihkan ayam masukkan dlm periuk bersama dgn hirisan halia dan bawang besar dan bawang putih.
2. Perasakan dgn garam secukup rasa.
3 Rebus hingga masak.
4. Setelah masak angkat & tos. Air rebusan simpan untuk sup & masak nasi.
5. Potong ayam, masukkan dalam bekas.
6. Minyak bijan campur dgn madu. Kacau rata dan tuangkan atas ayam tadi.
SAMBAL CILI:
5 biji cili merah
4 biji cili padi
1 biji tomato
1 hirisan hala
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
CARA MASAK:
1. Masukkan semua bahan dlm blender, kisar hingga hancur.
2. Kalau pedas sangat tambah gula atau kurang masin tambah sikit lagi garam.
KUAH SUP:
5 cawan air rebusan ayam
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Hirisan dun bawang dan bawang goreng
CARA MASAK:
1. Panaskan sedikit minyak tumis bawang merah & putih hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam. Masak hingga mendidih.
3. Perasakan dgn garam dan pati ayam.
4. Setelah cukup rasa. Tutup api.
5. Tabur di dalamnya dengan hirisan daun sup dan bawang goreng.
“Menu ini memerlukan masa lebih kurang 45 minit korang duduk dapur, tapi menu ini sudah lengkap, tak perlu sayur atau masakan lain. Ayam tu, kalau nak garing boleh goreng lepas rebus tu. Tak nak rebus boleh kukus, terpulang mana yang mudah. Untuk nasi takda pandan abaikan je.” Mama Shida.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...