
Isi Kandungan
ToggleTepung bungkus merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan rasanya lemak manis.Kuih Tepung Bungkus juga dikenali sebagai Kuih Puteri Dua Sebilik. Ia merupakan kuih tradisional kegemaran ramai dan juga merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu.
Nak membuatnya tak susah mana, mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norfazleen Azliana sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
3 cawan santan pekat
sedikit garam
2 cawan tepung beras
Daun Pisang
(Inti)
Gula kerek (Gula Melaka) sekeping
2 cawan air
gula merah atas kita (warnakan inti)
3 sudu besar gula
1 biji kelapa Parut
Daun pandan
2 sudu tepung pulut
Cara Membuat:
(Inti)
Masak air gula, masukkan daun pandan, kelapa kacau sebati.Masukkan tepung dan tunggu sampai kering.
1.Kacau santan pekat dan garam sebati tanpa api.
2.Masukkan pula tepung beras dan kacau sampai sebati/larut, baru buka api.
3.Kacau dengan api sederhana sampai jadi begini.
4.Saya buat macam ni, buat lubang untuk letak inti.
5.Dah siap bungkus.Sedia untuk dikukus selama 20 minit.

Siap! Selamat mencuba!
Mak-mak boleh cuba buat tepung bungkus ni untuk minum petang. Buat sendiri lebih jimat, puas hati dan berbaloi.
Sumber:Norfazleen Azliana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PIZZA ROTI Gardenia, Bakar Dalam Oven Guna Dapur Gas Pun Boleh!

Isi Kandungan
ToggleRoti jika pandai diolah boleh dijadikan Pizza segera yang sangat sedap.Menu yang paling mudah nak buat dan anak-anak pun mesti suka.Tak perlu nak uli roti untuk buat base doh Pizza, sebaliknya gantikan dengan roti sahaja.Boleh bakar dalam oven malah nak guna dapur gas pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan Miz’s Shaliza ini;
“Pizza roti gardenia.Jom buat anak-anak mesti suka.”
Bahan-Bahan:
Roti Potong Gardenia
Telur
Sos Tomato Prego
Sos Cili
*Lada Benggala
*Jejari Ketam
*Sosej
*Cendawan Butang
Keju Cheddar
Mayonis
Sos Keju Cheddar
*Bahan-bahan untuk topping mengikut pilihan masing-masing.
Cara Membuat:
1. Potong roti dalam bentuk kiub kecil dan gaulkan dengan telur.
2. Letak sedikit butter, tekan-tekan roti bagi rata pada loyang/ kuali leper dan buka api kecil bagi separuh masak.
3. Kemudian sapukan pizza base dengan sos kesukaan.
4.Letakkan topping. Yang ni saya letak sosej, crab stik, cendawan butang dan cili.
5. Ready untuk dibakar.Ikut suhu oven masing-masing ye.Kalau nak bakar guna dapur gas pun boleh.Guna pi perlahan.Tutupkan dengan tudung periuk.
Bakar sehingga masak. Siap!

Baca Lagi Di Sini:
‘Pizza’ Segera Guna Mission Wraps, Sapu Sos, Tabur Toppings, Gulung, Susun & Bakar!
MW:Anak-anak ada di rumah,boleh cuba resipi Pizza Roti Gardenia ni. Mudah dan sedap!
Sumber: Miz’s Shaliza
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jaga Pokok CILI BARA Paling Mudah, Subur Merimbun Sesuai Bagi Baru Nak Belajar Tanam!

Isi Kandungan
ToggleJaga Pokok CILI BARA Paling Mudah, Subur Merimbun Sesuai Bagi Baru Nak Belajar Tanam! Memang seronok apabila bercucuk tanam, pokok subur menghijau dan meriah merimbun hasilnya.
Cili antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri. Sepohon merimbun cili, tak habis makan.
Cili Bara lebih kurang cili jambak. Banyak dijual dekat pasar-pasar tani. Pasaraya susah nampak. Selalu mak-mak suka cili ni sebab pedas guna sikit je dah terasa. Cili ni rasa lebih kurang je dengan cili kampung yang kecil-kecil tu cuma beza saiznya besar sikit.
Jika nak tanam pokok cili di rumah boleh baca perkongsian daripada Puan Alin Lin ini sebagai rujukan.
Nak tip jaga pokok cili bara paling mudah?
Jika saya boleh anda juga boleh. Saya ambil masa hampir satu tahun untuk kumpul semua info dan akhirnya hari ini saya dapat berkongsi pengalaman menanam cili tapi masih juga belajar dan masih banyak kekurangan.
Tip bagi yang baru nak cuba tanam Cili Bara.
1) Kenal Tanah & Nisbah
Kalau guna cocopeat campur lah ia dgn bahan lain seperti.
a)Tanah hitam
b)Topsoil *Topsoil biasanya ada tanah merah, Tanah hitam, Sekam sawit dan pasir.
c)Sekam padi/sawit
Nisbah 2+1
Contoh dua cocopeat dan satu tu boleh lah pilih antara 3 bahan tadi
Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri.
Pengalaman yang pernah terjadi masa musim pertama saya menanam, jika cocopeat baru perlulah dibasuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campur lah ia dengan cocopeat Nisbah 2+1.
Contoh dua topsoil dan satu cocopeat
Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yang peroi maka tidak lah tanah tadi padat atau mampat yang menyebabkan anak pokok bantut atau mati.
Pengalaman yang pernah terjadi ketika musim kedua saya tanam) topsoil yang dibeli secara pukal lain beno rupanya dengan yang kita beli satu beg rm3 tu. Bila hujan air tak lalu. Tidur-tidur anak pokok saya masa tu. Terpaksa buat kerja dua kali keluarkan anak pokok dan tambah cocopeat pas tu tanam semula…fuhhhh. Disebabkan rasa kecewa lepas tambah cocopeat tu saya tak jaga dah tinggal macam tu je.
Jika di tanya saya suka guna yang mana?
Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat.Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah tu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri. Pengalaman saya tanam dan tinggal tanpa baja dan siram ingat pokok tu semua mati tapi tau-tau dah ada bunga. Selepas dirawat semula itulah pokoknya yang anda lihat sekarang pada gambar di bawah.
2. Baja
Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15.
Dan racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Kalau ada duit lebih boleh la tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru nak bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap
N untuk daun
P untuk akar
K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali.
Seawal 7 hari selepas pindah dalam pasu kita boleh buat kawalan serangga. Guna sukatan paling sedikit.1ml untuk 1 litter air. Jangan sembur terlalu banyak hanya sekali lalu bagi anak-anak pokok. Perlu cegah awal dari dia baby sebelum hama datang.
3. Racun Serangga
Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu. Bila serangga dah tak nampak lagi boleh lah kita jarakkan semula seminggu sekali.
Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air.
4. Pokok Rosak Apa Nak Buat?
Bab ni atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polly beg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.
Kalau ada yang begitu kita potong pucuk tu dan asingkan dari pokok yang lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan sangat dia sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat dia satu tu je.
Kita ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan.Selepas dua minggu jika masih juga dia tak sihat, nasihat saya cabut dan buang jauh sebelum dia berjangkit pada pokok lain.
5. Siram
Pagi sebelum jam 9 dan petang selepas jam 6. Jika kawasan tu redup awal boleh lah siram awal.Siram seluruh pokok terutama bawah daun.Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.
Alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah hama putih di bawah daun.Jadi kita dah boleh jimat racun serangga dan kita dah tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang peroi. Lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.
Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan. Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas.
Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya.
Pokok ni saya dah kutip buah dia minggu lepas yang tinggal ni belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis saya suka petik yang besar-besar je so dapat lah lepak-lepak kat kebun seminggu sekali petik cili.

Info Ekstra!
Saya beli anak pokok. Saya tak tanam sendiri guna biji benih. Kalau untuk makan sendiri boleh tanam sendiri.
Begini Caranya:
Bila anak pokok dah ada 7,8, atau 9 daun alihkan dalam pasu atau Polly beg. Kemudian biarkan dekat tempat teduh 7 hari. Tujuan bagi akar dia kuat dulu. Tempat tu perlu ada matahari tapi bukan terus.
Contoh macam bawah net hitam atau bawah pokok. Lepas 7 hari tu boleh lah baja dan pindah keluar tempat yang kita nak letak atau nak tanam terus pada tanah. Jika kita cabut dan terus tanam kat tanah dia terkejut dan akan layu tapi kalau kita pindah kat beg atau pasu tu bagi dia belajar keluar akar dan hidup dulu baru lah dia tak terkejut.
Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Mesti Baca:CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!
Baca Lagi Di Sini:Cantas POKOK CILI Sewaktu Tinggi Sejengkal, Pucuk Baru Naik Merimbun Berbuah Banyak!
Artikel Menarik:Guna Syampu Baby Dan Cuka, Hilangkan Bena Putih Pada Pokok Cili
Mingguan Wanita:Jadi kalau ada tanam pokok cili di rumah tu,boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Memang cili meriah merimbun, sesuai bagi yang baru nak belajar tanam pokok cili.
Sumber:Alin Lin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Elak Isi Kerang Kecut, Bubuh Cuka & Gaul Dengan Ais, Memang Menjadi!

Makanan laut yang mungkin menjadi kegemaran sesiapa saja. Malah, pelbagai jenis masakan yang boleh dibuat dengan lauk ini. Tapi, kalau tak kena cara, isi kerang boleh jadi kecut dan tidak segar bila kita makan.
Macam mana nak pastikan isi kerang yang kita beli itu tidak kecut. Memandangkan isinya di dalam cengkerang itu dan sukar untuk kita pastikan ia adalah kerang yang masih segar, busuk dan sebagainya.
Jadi, perkongsian daripada Emma Kasmuri ini boleh membantu mak-mak untuk dapatkan isi kerang yang besar dan tidak kecut.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lelaki Ini Kongsi Cara Rebus Kerang Tanpa Air, Barulah Isi Lembut, Tak Liat
Buat Char Kuey Teow Pastikan Guna Api BESAR,Masak Setiap Pinggan Berasingan
Info Lebih Menarik DI SINI
Cara Mudah Isi Kerang Tidak Kecut
Cara-caranya:
1. Basuh kerang bersih-bersih.
2. Kemudian ketuk 2 batang serai, 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih.
3. Panaskan air dan biarkan ia mengelegak. Kemudian masukkan bahan tadi dengan ½ sudu secukup rasa dan 1 sudu besar garam.
4. Bila semua sudah mengelegak, barulah masukkan kerang yang sudah dibersihkan tadi.
5. Tutup periuk dan masak selama 1 minit dengan api besar. Kemudian tutup api.
6. Toskan kerang. Dalam bekas lain, masukkan 2 sudu besar cuka ke dalam bekas air batu.
7. Gaul kerang selama satu minit dan toskan.
8. Siap, inilah hasilnya.

Mingguan Wanita : Wow, sedapnya. Isi kerang yang meriah cukup hanya dicicah dengan sos pun sedap. Kalau yang suka mukbang. Boleh jadikan salah satu bahan asasnya untuk gandingan dengan lauk lain.
Sumber: Emma Kasmuri
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI