Dah hampir separuh perjalanan kita dalam bulan Ramadan sebelum sampai ke bulan Syawal. Habis semua resipi dah selongar untuk berbuka mahu pun bersahur. Kadang-kadang naik buntu sebab tak tahu nak masak apa.
Jadi, untuk membangkitkan selera anak-anak terutamanya semasa sahur, Zulfaza Loves Cooking ZLC nak kongsi resipi paling mudah, semudah ABC untuk membka selesa anak-anak terutamanya wuaktu bersahur. Menurutnya:
Bahan-bahan:
6 biji telur rebus – hiris nipis
1 cawan tepung
1 pokok daun bawang – hiris
Garam secukup rasa
1 cawan air
Cara Membuat:
Satukan tepung, garam dan daun bawang. Masukkan air dan gaul rata.
Boleh tambah atau kurangkan ikut jenis tepung gandum yang digunakan.
(Adunan tepung sama seperti tepung goreng pisang.
Panaskan minyak.
Ambil hirisan telur dan celupkan dengan adunan tepung tadi. Goreng dengan api kecil hingga keperanga
n.Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan dengan sos atau sebagai lauk pauk.
Makan dengan nasi goreng simple pasti terangkat! Selamat mencuba.