Resipi Tau fufa Simple Anti Gagal. Guna Tiga Bahan. ‘Sebijik’ Sama Kat Pasar Malam

Share

Dahulu, kalau nak makan tau fu fa mesti tunggu pasar malam. Sebab masa inilah baru ada yang menjualnya. Kalau bulan Ramadan lagilah kan. Mesti ada dan pakejnya beli sekali dengan air kacang soya. Bestnya.

Pernah juga terfikir, macam mana nak buat sendiri. Leceh betul. Tak kena cara, memang tak jadilah. Cara mudah beli sahaja. Nieza Nor Hamnira berkongsi resipi yang paling simple untuk mak-mak buat sendiri di rumah.

Guna Air Kotak Soya

Siapa dah buat tau fu fa segera guna air kotak soya tapi tak gegar, tak lembut, jadi pejal sama macam puding atau agar-agar saja?

Kali ini, saya ingin kongsi tau fufa yang sama macam kat pasar malam. Lembut dan menyelerakan. Gunaa tiga bahan sahaja. Kalau tak jadi tak tahulah.

Bahan-bahan:

2 kotak susu soya – yang 1 liter tu (beli 2 kotak yang besar tu)
Agar-agar tali 8 gram SAHAJA
1 cawan air + daun pandan simpul (kalau ada)

Cara Membuat:

1.Masukkan air dan agar-agar tali sehingga semuanya cair dan tak nampak tali agar-agar itu lagi
2.Selepas itu, tuang 2 kotak air soya ke dalamnya.
3.Biarkan ia mendidih.
4.Tapis dan masukkan ke dalam bekas.
5.Tunggu selama 3 jam dan ke atas. Masukkan ke dalam peti ais atau letak sahaja dalam suhu bilik.
6.Sementara itu, buat air gula merah atau gula putih. Ambil 5 sudu besar gula (putih atau gula merah) dan 1 cawan air masing-masing. Panaskan atas dapur.
7.Apabila mendidih, ketepikan.
8.Boleh cedok tau fufa depan anak-anak. Boleh rasa keseronokan anak bila tengok sama seperti beli kat pasar malam.

Selamat mencuba!.

MW: Nanti bolehlah buat kat rumah. Rasa macam agar-agar, mesti anak suka.

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Published by
Nora